25/05/2014

Pilih Wakil Rakyat Anak Tempatan Atau Orang Luar?



Jika kita diberi pilihan hari ini. Untuk pilih seorang wakil rakyat dari kawasan itu sendiri ataupun orang luar. Sudah tentu anak tempatan akan menjadi pilihan. Apa sudah tidak cukup baguskah anak tempatan yang membesar di kawasan itu untuk berbakti pada rakyat di kawasannya sendiri?

Pilihan ini pilihan pengundi. Bayangkan kesusahan yang akan ditimpa jika tersalah pilih. Sejarah telah mengajar kita DAP punya ahli parlimen tak pernah turun padang dan tidak akan ambil peduli hal rakyat.

Kita perlukan sorang pemimpin yang mengambil berat tentang semua kaum dan memahami keluhan rakyat. Bukan yang hanya tahu komplen tapi abuk pun tarak. Calon DAP pun nak bercakap pass mikrofon pada orang lain. Cukup 'kuat' untuk jadi wakil rakyat?


K7L : Jangan salah langkah.gelang patah dah jadi mangsa..

Nak Jumpa Mah SIew Keong? Ini Jadual Dia Hari Ini! #PRKTelukIntan



Klik gambar untuk besarkan..



24/05/2014

Perangkap & Penipuan RBA Untuk #PRKTelukIntan - Part 1



Mesej yang dihantar di atas dikhuatiri adalah perangkap RBA. Harap para blogger dan pengamal sosial media berawas.

Malah gambar bawah ini pun mungkin disebar RBA untuk memerangkap secara halus.



Yang berpolitik si anak dan si ibbu. Tak perlu heret si bapa yang kini bilal surau walaupun tak setuju dengan hudud.

Kalau betullah cerita ini, padanlah anak Yammy ....


... macam Marina. Mak pun liberal...!!!

sumber : The Unspinners

Kerana UNDI - Melayu Diperbodoh DAP Untuk Tunduk Pada Daging Babi?



Sedih! Hampir menitis airmata bila melihat demi meraih undi, Dyana Sofea dibawa ke Pasar yang menjual babi. Ini membuktikan DAP berjaya 'mengotorkan' jiwa Dyana Sofea sehingga terlupa babi itu jijik dan haram.

Maruah melayu Dyana kini sedang dihenyak dan diinjak oleh DAP. Bersalaman dengan penjual babi. Nanti hukum kata 'kering' boleh pegang akan diutarakan. Kalau dahulu nak lalu tempat ada babi pun berfikir panjang. 

Ini siap raih undi dan bermesra dengan penjual babi di pasar yang bergantungan daging-daging babi. Sedarkah kamu sedang diinjak DAP? DAP sedang buktikan mereka mampu mengawal Melayu hanya dengan imbuhan dan jawatan. Parti multi racial yang hanya ada melayu 2 orang dalam struktur?


Mana menikusnya Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS? Mana Suhaizan Kaiat yang cakap berdegor sangat? Apa hukum bagi perbuatan Dyana yang meraih undi di pasar babi? Harus? Haram? Wajib?

K7L : Hukum Allah tak ikut zaman..hukum tetap hukum..

Cadbury Dairy Milk Hazel Nut Disahkan Ada DNA Babi #PenggemarCoklatCadbury




Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar luas melalui aplikasi media sosial semalam.

Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.

Tambah Noor Hisham, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” katanya.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

SUMBER : FMT

K7L : Ini semua agenda nak lemahkan otak umat Islam..hati-hati..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk