12/10/2017

Ramasamy Tidak Yakin PKR atau PPBM Untuk Jadi PM Malaysia?




PROF RAMASAMY: LIM KIT SIANG CALON PM PALING LAYAK

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO


Prof Ramasamy dakwa, tiada calon yang paling layak jadi PM kecuali Lim Kit Siang. Menurutnya lagi, Lim Kit Siang berada di carta paling “atas” berbanding orang lain. Itulah pendapat bekas seorang pensyarah universiti yang juga dikenali sebagai “Prof samseng” setelah menjadi wakil rakyat DAP.

Kenyataannya itu mengesahkan lagi bahawa Lim Kit Siang memang bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri atau pun menjadi agenda utama DAP kalau Pakatan Harapan memerintah.

Menurutnya lagi, Lim Kit Siang sudah lama berjuang. Sudah 52 tahun. 52 tahun? Masih boleh bertahan? Itu bermakna kalau dia jadi PM, dia akan jadi PM paling dikatator dalam sejarah Malaysia. Agaknya lebih diktator berbanding Tun M.

Kalau dalam DAP dia boleh bersikap kuku besi apakah perangai sama tidak berlaku bila dia jadi PM. Silap hari bulan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihidupkan semula. Sampai hari ini DAP tidak pernah mengecam Singapura kerana mengamalkan ISA sedangkan Najib sudah lama menghapuskannya.

Hairan sungguh, bagaimana Lim Kit Siang berada di carta paling atas sebagai Perdana Menteri paling layak. 


Mengulas apa yang dikatakan oleh Dato Puad Zarkashi. Keris lihat Prof Ramasamy meletakkan bahawa tiada calon yang paling layak di kalangan Harapan, menjadikan Mukhriz, Muhyiddin, Azmin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sendiri sebagai orang yang tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dipilihnya si tua nyanyuk yang sudah menjadi Dinasor Politik. Tidak mahu bersara langsung. Apakah DAP sebenarnya sudah mula tidak percaya dengan Harapan mereka?

K7L : Hilang akal apa?..

Najibnomics Buatkan Mahathir Marah Dan Hampir Sakit Membacanya? #KekalNajib




Adakah Najibnomik bagus untuk Malaysia?

Oleh:
Bruce Gale, BFM, 2 Oktober 2017

DJ: Pagi ini di Breakfast Grill, tetamu kita adalah Bruce Gale, pengarang buku bertajuk Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomik. Selamat pagi Bruce dan selamat datang ke Breakfast Grill.

Bruce: Terima kasih.

DJ: Bruce, dalam buku anda, anda menyebut bahawa anda bukan orang pertama yang membuat istilah Najibnomik.

Bruce: Ya, benar.

DJ: Tetapi anda mempunyai definisi anda sendiri.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Jadi, apakah maksud Najibnomik pada anda?

Bruce: Baiklah, untuk tujuan buku ini, saya memutuskan bahawa Najibnomik benar-benar memerlukan definisi. Anda tidak boleh hanya memutuskan bahawa ini adalah istilah yang bagus dan comel untuk dibicarakan tentang. Jadi, saya memberikannya satu definisi. Kepada saya, Najibnomik adalah amalan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan meneruskan dengan pembaharuan makroekonomi dan pentadbiran tanpa mengira kos politik jangka pendek mereka. Saya suka mengatakan bahawa ia adalah satu ciri kerajaan semasa, terutamanya Najib, kerana ia amat sukar untuk mencari kerajaan yang kekal meneruskan dasar ekonomi yang tidak popular, walaupun hakikat bahawa mereka mungkin akan kalah pada pilihan raya akan datang. Biasanya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah ia akan menangguhkan dasar sedemikian atau mencari jalan untuk mengurangkan keseriusannya. Najib tidak berbuat sedemikian malah terus dengan polisi yang asal.

DJ: Jadi, dalam cara pengendalian, definisi iaitu kekal meneruskan atau pembaharuan, yang mana yang anda letakkan penekanan yang lebih besar, hakikat bahawa beliau mempunyai pembaharuan sedemikian atau hakikat bahawa beliau kekal meneruskannya?

Bruce: Itu soalan yang sangat baik. Saya tidak tahu mana yang lebih penting, saya akan katakan bahawa kedua-duanya benar-benar penting. Pembaharuan adalah penting, sama ada perdana menteri lain mungkin melakukannya dengan cara yang berbeza, tetapi pada saya, Najib sangat bersungguh-sungguh dengan ini, jadi saya perlu mengatakan bahawa kedua-duanya adalah penting.

DJ: Kerana misalnya, GST. Idea itu telah ada sebelum pentadbiran Najib.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Betul. Jadi hakikat bahawa beliau yang melancarkannya, barangkali itu adalah kredit untuk beliau? Adakah itu yang kamu katakan?

Brice: Ya, maksud saya kembali ke era Mahathir, mereka ada bercakap tentang itu, maksud saya mereka mempunyai cukai jualan pada masa itu. Jika anda masih ingat, GST sebenarnya menggantikan cukai jualan. Pentadbiran Abdullah mula bercakap tentang GST tetapi Najib yang melaksanakannya. Ya.

DJ: Jadi pendek kata anda berpendapat bahawa Najibnomik adalah baik untuk ekonomi Malaysia?

Bruce: Secara keseluruhan, ya kerana apa yang kita ada sekarang adalah ekonomi yang lebih kuat berbanding ketika beliau mula-mula mengambil alih. Terdapat banyak dimensi untuk perkara itu, tetapi kita akan membincangkannya nanti.

DJ: Mari kita bincangkan alasan mengapa anda menulis buku mengenai Najibnomik ini dan adakah ada orang yang mengarahkan untuk projek ini dijalankan?

Bruce: Tiada arahan. Tiada siapa yang memberitahu saya untuk menulis buku ini atau meminta saya menulis buku ini. Ia adalah idea yang bermula, saya tidak tahu bagaimana idea datang kadang-kadang. Seperti yang anda ketahui, saya telah menulis buku lain mengenai politik dan ekonomi Malaysia tetapi itu adalah tahun-tahun yang lalu. Dan saya fikir saya patut mula melihat semula keadaan Malaysia. Saya menyedari bahawa Najib telah melakukan sesuatu yang nampak unik, iaitu dengan kekal meneruskan pembaharuan ekonomi walaupun ia jelas tidak popular, satu tindakan yang dengan jelas mungkin mengakibatkan beliau digulingkan. Dan maka anda bertanya, mengapa beliau melakukan itu? Maksud saya, bagaimana beliau boleh meneruskannya? Maksud saya adakah ia sesuatu yang penting? Dan saya merasakan bahawa orang ramai tidak melihatnya dalam konteks yang betul. Salah satu masalah dengan Malaysia hari ini ialah, apabila kita bercakap tentang ekonomi Malaysia, semua orang bercakap mengenai 1MDB, mereka bercakap mengenai Felda Global Ventures. Masalahnya ialah orang ramai melihat segala-galanya di Malaysia, dalam apa-apa dasar ekonomi melalui lensa itu, dan segala apa yang mereka lihat dalam politik Malaysia diwarnakan olehnya. Dan walaupun benar bahawa 1MDB dan Felda Global Ventures adalah penting dalam beberapa aspek, jika anda melihat pada gambaran makroekonomi, mereka sebenarnya tidak begitu penting seperti yang anda fikirkan, hanya kerana jumlah publisiti yang diberikan kepadanya

DJ: Tetapi apa yang salah dengan melihat pemerintahan Najib melalui lensa 1MDB atau FGV kerana jika katakanlah kita mengambil kira skala kontroversi 1MDB, ia merangkumi banyak negara dan angka yang terlibat dalam skandal itu juga adalah dalam puluhan bilion, maka adakah ianya tidak adil untuk melihat itu sebagai petunjuk utama ke mana arah tujuan dasar Najib?

Bruce: Itu sama sekali bukan petunjuk utama. Maksud saya, lihat 1MDB dan kita tahu bahawa pada permulaan tahun lepas, saya rasalah, apabila kerajaan sendiri mengumumkan bahawa saya rasa 1MDB mempunyai liabiliti sekitar RM50 bilion dan RM53 bilion dalam aset, ia adalah dalam kedudukan yang serius. Tetapi jika kita melihat tindakan kerajaan ke atas 1MDB, dari segi apa yang wajib dilakukan oleh kerajaan, mereka telah menjamin RM5 bilion dalam pinjaman, iaitu pinjaman yang diambil 1MDB, kerajaan telah berjanji untuk menjamin ia akan membayar balik mereka jika 1MDB tidak boleh membayar RM5 bilion itu. Tetapi jika anda melihat jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan dalam pelbagai sektor swasta berkaitan kerajaan, kita bercakap tentang RM177 bilion berbanding RM5 bilion 1MDB. Ia adalah bahagian yang sangat kecil. Sekiranya anda ingin bercakap tentang betapa seriusnya RM177 bilion, maka mungkin kita tidak patut bercakap tentang 1MDB sama sekali kerana ia adalah sangat kecil. Kita harus bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan negara, dan kita akan bercakap tentang pinjaman yang dijamin sebanyak lebih kurang RM30 atau RM35 bilion. Dan organisasi itu sedang menghadapi masalah. Ini kerana kita tahu bahawa pelajar tidak membayar balik pinjaman mereka. Itu adalah masalah yang serius. Dan jika hanya melihat kepada skalanya, itu adalah lebih serius berbanding 1MDB. Tetapi 1MDB mendapat publisiti mungkin atas alasan politik.

DJ: Atas sebab-sebab politik dan juga dakwaan korupsi (Bruce: Sudah tentu.) pada skala besar dan malah terdapat beberapa kenyataan negatif yang dibuat misalnya, dari Jabatan Kehakiman AS, betul? Jadi, jika anda membandingkannya dengan PTPTN, iaitu sistem pinjaman pendidikan tinggi negara, sekurang-kurangnya ada rakyat Malaysia yang mendapat faedah daripadanya iaitu dengan mendapatkan pendidikan, sementara dengan 1MDB, rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat daripadanya. Bukankah begitu? Itu adalah persepsi di luar sana. Adakah itu pandangan yang adil?

Bruce: Okay, saya boleh terima itu. Maksud saya, tidak mengapa. Maksud saya, saya menulis buku mengenai keadaan makroekonomi di Malaysia, bukan tentang rasuah di Malaysia, walaupun itu sudah pasti adalah faktornya. Ia bukanlah satu fakta yang begitu serius untuk mewujudkan krisis makroekonomi besar-besaran.

DJ: Dan merujuk kepada buku anda, anda membezakan antara dasar makroekonomi dan politik Perdana Menteri. Jadi mengapa perbezaan ini perlu dan bagaimanakah anda membezakan kedua-duanya?

Bruce: Sukar untuk memisahkan kedua-dua mereka kerana rakyat Malaysia biasa tidak berbuat sedemikian. Maksud saya jika anda benar-benar mahu memahami ekonomi Malaysia pada hari ini, anda perlu berusaha, kerana jika anda melihat segala-galanya melalui lensa 1MDB, anda akan mengatakan negara ini dalam keadaan yang kucar-kacir dan bahawa negara sedang menghadapi krisis. Tetapi realitinya adalah sebaliknya. Pertumbuhan KDNK tahunan negara ini jauh melebihi purata global. Anda banyak mendengar orang bercakap tentang inflasi. Inflasi di bawah Najib, purata inflasi adalah sekitar 2.5%, yang mana adalah lebih rendah daripada inflasi purata bagi 45 tahun sebelumnya di Malaysia. Masalah saya adalah bahawa orang ramai tidak melihat isu-isu ini dalam konteks sejarah. Dan kita boleh membincangkan mengapa ini benar, mengapa orang percaya bahawa negara sedang menghadapi krisis. Maksud saya itu sendiri adalah satu persoalan.

DJ: Atau mungkin ia tidak berkaitan. Mengapa anda merasakan tiada kaitan antara kebaikan dasar mikroekonomi ini, Najibnomik, berbanding dengan sentimen berkaitan dengannya?

Bruce: Saya rasa satu sebab penting adalah bagaimana politik Malaysia telah berubah sejak 2008. Maksud saya, pada tahun 2008, kita melihat kerajaan kehilangan dua pertiga majoriti melalui pilihan raya buat kali pertama sejak tahun 1969, dan kita mempunyai pembangkang yang kuat di parlimen. Pembangkang ini mula membangkitkan perkara-perkara yang menjadi kelemahan negara dan sebenarnya, 1MDB bukanlah satu-satunya kelemahan dalam ekonomi. Maksud saya, kita boleh membincangkannya nanti kerana saya tidak mengatakan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan sempurna. Saya hanya mengatakan ia semakin baik. Jadi, anda mempunyai pembangkang yang kuat yang menimbulkan perkara ini supaya ianya didengari. Dan perkara kedua adalah bahawa kita kini mempunyai internet dan media sosial, dan kita juga mempunyai surat khabar dalam talian yang boleh membangkitkan perkara ini. Oleh itu, bukan sahaja anda mempunyai pembangkang yang kuat, anda juga mempunyai cara supaya suara pembangkang boleh didengari.

DJ: Dan itu mungkin telah menjadi kritikan dalam buku anda. Betulkah?

Bruce: Ya, mungkin juga. Maksud saya, seseorang boleh mengatakan bahawa Malaysia lebih demokratik sekarang berbanding semasa kemerdekaan.

DJ: Selepas ini, kita akan mendalami isi buku anda dan mungkin bercakap mengenai kebaikan Najibnomik. Saya kini sedang mewawancara Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics.

DJ: Terima kasih kerana masih bersama kami. Saya Tan Chung Han dan bersama saya di studio ini adalah Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Bruce, pada separuh pertama, anda bercakap tentang bagaimana melalui lensa anda, anda melihat ekonomi Malaysia menjadi lebih baik. Apakah hujah yang menyokongnya?

Bruce: Anda hanya perlu melihat kepada fakta-fakta. Orang ramai bercakap tentang defisit fiskal. Apabila kita bercakap mengenai defisit fiskal, kita perlu membincangkannya sebagai sebahagian daripada KDNK, kerana itu adalah satu-satunya cara ia akan benar-benar masuk akal dan bukan hanya nilai mutlak. Jika anda berbuat demikian, pada tahun 2009, dengan melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK ia adalah 6.7%. Pada tahun 2016, ia turun kepada 3.1%. Sekiranya kita hanya melihat pada perdagangan antarabangsa, kita akan dapat melihat bahawa walaupun eksport sebenarnya telah bertambah baik dan kita masih mempunyai imbangan positif, namun begitu ekonomi secara keseluruhan telah menjadi kurang kebergantungan pada perdagangan antarabangsa berbanding ketika beliau mengambil alih. Jauh lebih kurang kebergantungan, yang bermaksud bahawa sebarang kemelesetan dalam perdagangan antarabangsa akan memberi impak yang lebih rendah sekarang terhadap ekonomi Malaysia berbanding dengan 18 tahun yang lalu.

DJ: Tetapi apakah kebaikan makronekonomi ini jika ia tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia? Kerana, inflasi misalnya, inflasi telah memuncak pada kira-kira 5% pada bulan Mac tahun ini, peningkatan kos sara hidup, dan ini adalah isu-isu serius yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, apakah yang bagusnya dengan eksport pada dua digit, apakah kebaikan pertumbuhan 4.5-5% KDNK jika rakyat Malaysia tidak mendapat faedah daripadanya?

Bruce: Saya rasa mereka akan mendapat manfaatnya kelak. Anda bercakap mengenai pertumbuhan sebanyak 5.7% ini. Itu bukan fenomena tahun ke tahun. Tahun ke tahun adalah lebih baik daripada itu. Saya juga ingin menegaskan bahawa kita membincangkan tentang GST apabila kita bercakap tentang kos hidup dan GST disalahkan untuk inflasi ini terutamanya apabila kita bercakap tentang segmen masyarakat yang lebih miskin, dan ini keranamereka yang banyak membayar untuknya. Tetapi jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati bahawa sebenarnya terdapat banyak perkara yang tidak tertakluk kepada GST. Maksud saya tidak ada GST ke atas beras, atau buah-buahan segar, atau daging dan sayur-sayuran, tidak ada GST ke atas tepung, gula, kopi, teh, formula bayi, semua jenis buku, dan semua ubat-ubatan yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Nasional, tiada GST ke atas perkhidmatan roaming Telekom, tidak ada GST ke atas akhbar dalam talian, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi jika harga barang-barang itu naik, dan saya tidak akan menafikan bahawa kenaikan itu ada, ia bukanlah kerana tindakan kerajaan memperkenalkan GST.

DJ: Sekarang dalam program ini, kita telah mendengar banyak merit GST dan kami memahaminya. Tetapi kerap kali kebimbangan itu berpunca dari bagaimana hasil kutipan GST itu digunakan, dan ini membawa kita kembali ke tanah milik 1MDB, FGV kerana jika inisiatif ini, di bawah pentadbiran Najib, 1MDB khususnya, jika ini boleh berlaku, apa lagi korupsi atau pembaziran yang akan berlaku kerana dasar Najib? Pada asasnya, adakah dasar makroekonomi Najib bebas daripada risiko yang serupa memandangkan salah urus yang kita lihat dengan 1MDB, dengan FGV?

Bruce: Kami telah melihat salah urus dalam masyarakat Malaysia sejak lama dahulu. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Ia hanyalah kerana ia mendapat lebih banyak publisiti sekarang. Saya tidak menafikan itu. Maksud saya sudah tentu kita harus melihat dan membincangkan kelemahan-kelemahan ini. Kita boleh bercakap tentang masalah dan korupsi dan pentadbiran Mahathirbahkan juga sebelum itu. Adakah anda tahu pada tahun 1957, sebelum kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mempunyai masalah dengan Ahli Parlimennya kerana beliau memperkenalkan kepada mereka bajet defisit dan beberapa ahli Parlimen kerajaan mengancam untuk mengundi menentangnya dan menggulingkan kerajaan, namun Tunku Abdul Rahman berkata jika anda melakukan itu, saya akan meletak jawatan. Dan jika anda membaca surat khabar pada masa itu, anda akan melihat perbincangan mengenai pembaziran dalam kerajaan dan korupsi. Sebenarnya terdapat pemeriksaan rasmi kerajaan terhadap korupsi pada tahun 1955. Semua isu ini bukanlah perkara baru.

DJ: Betul, tetapi skalanya berbeza, saya rasa itulah yang paling merunsingkan orang sekarang. Walaupun korupsi mungkin berlaku lama dahulu, skala kontroversi 1MDB berbeza. Jadi ianya tidak adil...

Bruce: Tetapi sebelum kita bercakap mengenai 1MDB, saya ingin bercakap tentang RM5 bilion, iaitu tahap pendedahan formal kerajaan berbanding dengan keseluruhan ekonomi yang tidak sampai pun 0.01% itu. Biar saya beri contoh kepada anda. Pada bulan April tahun ini, apabila 1MDB menumpukan kepada orang-orang Timur Tengah, ada pertikaian di sana, agensi penarafan antarabangsa tidak terkesan pun. Mereka tidak mengubah penilaian mereka terhadap keupayaan Malaysia untuk membayar balik hutangnya kerana mereka tahu bahawa jumlah wang itu sangat kecil dalam gambaran keseluruhan. Saya bercakap tentang kesuluruhan gambaran. Terdapat buku mengenai 1MDB, tapi itu bukan buku saya.

DJ: Sudah tentu anda dapat melihat bahawa agensi penarafan antarabangsa ini, jelas mereka melihatnya melalui lensa yang berbeza.

Bruce: Mereka melihat pada keupayaan kerajaan untuk membayar balik kewajipannya.

DJ: Betul, bertentangan dengan rakyat Malaysia yang melihat dasar-dasar ini dan nampak adanya tekanan besar terhadap kos sara hidup. Jadi, sekali lagi, apakah bukti Najibnomik benar-benar bagus?

Bruce: 1MDB tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ia tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ini adalah percubaan kerajaan yang gagal untuk menggalakkan beberapa jenis pembangunan ekonomi.

DJ: Jadi anda menggambarkannya sebagai kekecewaan yang mahal.

Bruce: Ya.

DJ: Tetapi anda masih boleh menegaskan bahawa Najibnomik baik?

Bruce: Dalam konteks keseluruhan, ya. Kerana isu-isu ini kecil berbanding dengan yang lain. Maksud saya, anda sering juga mendengar orang berkata, anda tahu angka RM177 bilion yang saya rujuk sebelum ini, apa yang akan berlaku sekiranya semua syarikat itu bankrup dan kerajaan terpaksa membayar mereka, apa yang akan berlaku? RM177 bilion adalah bersamaan dengan 16% daripada KDNK negara. Kerajaan semasa mempunyai pinjaman hutang secara langsung bersamaan dengan sekitar 54% daripada KDNK. Anda menambah kedua-duanya, dan anda masih mempunyai jumlah yang jauh lebih rendah dari segi KDNK berbanding dengan apa yang Malaysia ada pada tahun 1990. Mereka mempunyai nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 80% yang tidak termasuk liabiliti kontingen yang baru saja ditambah. Pada tahun 1980-an, hutang kepada KDNK Malaysia melebihi 100%. Apabila orang bercakap mengenai hutang hari ini di Malaysia, mereka tidak mempunyai konteks sejarah ekonomi. Dan jadi mereka fikir keadaaan sekarang tidak baik.

DJ: Namun pada masa yang sama, jika kita melihat dengan lebih dekat angka-angka itu, anda lihat beberapa ‘accounting gymnastics’ misalnya, pentadbiran Najib telah memindahkan beberapa hutangnya, pinjaman perumahan oleh penjawat awam, ke entiti berasingan supaya ada penelitian yang lebih dekat pada kenaikan item bajet.

Bruce: Itulah liabiliti kontingen. Itulah angka yang saya berikan kepada anda sebelum ini.

DJ: Selain itu ada kenaikan emolumen, gaji dan pencen, dan lain-lain untuk penjawat awam yang sentiasa meningkat. Kembali pada tahun 2010, sekurang-kurangnya bajet 2010, ia berjumlah RM42 bilion. Bajet 2017, tahun ini naik sehingga lebih RM77 bilion. Itu adalah peningkatan lebih daripada 80% dalam 8 tahun. Bagaimanakah ini dasar fiskal yang kukuh?

Bruce: Sekali lagi, anda lihat gambaran keseluruhan. Anda perlu melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK. Dan sebagai sebahagian daripada KDNK, ianya menurun. Jadi gambaran keseluruhannya, tidak mengatakan bahawa angka tertentu telah meningkat dengan jumlah tertentu, anda perlu melihatnya dalam konteks betapa besarnya ekonomi sekarang, berapa banyak wang yang diterima oleh kerajaan dan berapa banyak yang sebenarnya dibelanjakan .

DJ: Mari kita beralih kepada dasar lain. Dalam bab 4 buku anda, anda menulis tentang usaha Najib untuk meliberalisasikan ekonomi Malaysia (Bruce: Itu adalah beberapa langkah awalnya, ya.), lebih banyak pemilikan asing syarikat insurans domestik. Tetapi kita mula melihat ia mula terungkai. Sebagai contoh, Bank Negara nampaknya mahu mengehadkan pemilikan asing di dalam sektor insurans. Mereka dilaporkan bercadang untuk mengenakan kuota Bumiputera sebanyak 30% untuk pengimport daging lembu. Adakah ini menunjukkan bahawa dasar Perdana Menteri, Najibnomik, adalah dasar dengan niat yang baik tetapi dengan pelaksanaan yang tidak begitu baik?

Bruce: Saya tidak akan pergi sejauh ini. Mungkin benar untuk mengatakan dengan pilihan raya yang akan datang beliau perlu mengubah beberapa aspek dasar untuk menggembirakan pangkalan politiknya. Ya.

DJ: Mungkin terpaksa tunduk kepada kepentingan mereka?

Bruce: Itu mungkin betul. Tetapi ini adalah orang yang melancarkan GST walaupun terdapat peningkatan besar dalam protes awam, beliau terlibat dengan perkongsian Transpacifik, sekali lagi, menghadapi protes yang serius, walaupun itu munkin tidak lagi akan berkesan. Beliau mengumumkan GST sebelum pilihan raya dan melaksanakannya selepas pilihan raya walaupun kerajaan-kerajaan lain telah mempertimbangkan perkara yang sama dan menolaknya. Mereka memerlukan wang untuk mengimbangi belanjawan. Beliau menghapuskan subsidi bahan bakar walaupun bantahan daripada orang ramai, kerana sebelum itu semasa bahan bakar disubsidi, 20% perbelanjaan kerajaan dibelanjakan untuk subsidi ini. 20%, yang bermaksud semua wang yang tidak dapat dibelanjakan untuk pendidikan, tidak boleh dibelanjakan untuk kesihatan, tidak boleh dibelanjakan untuk infrastruktur. Sekarang angka itu turun kepada sekitar 10% kerana masih terdapat beberapa subsidi yang sedang berjalan.

DJ: Mari kita tamatkan perbincangan dengan ini. Semasa saya membaca buku anda, nampaknya ia lebih bersifat kewartawanan daripada sesuatu yang merupakan analisis yang lebih kasar terhadap Najibnomik. Malah Ahli Parlimen Ong Kian Ming meminta untuk "pemeriksaan Najibnomik yang lebih kritikal dan komprehensif". Bagaimana anda menjawab itu?

Bruce: Jika beliau memberitahu saya dengan tepat apa yang beliau tidak suka, saya boleh tampil dengan edisi kedua. Pada saya, apa yang saya sesali adalah mungkin saya tidak menerangkan secara terperinci dalam buku ini mengapa saya fikir 1MDB tidak akan dibincangkan secara terperinci. Mungkin saya patut menambahkan beberapa halaman lagi untuk membincangkan mengapa 1MDB benar-benar penting secara politik dan mungkin secara moral, ianya tidak begitu penting secara makroekonomi, dan saya fikir mungkin jika ada edisi kedua, saya perlu menangani isu itu.

DJ: Dan barangkali kita dapat menjangkakan perbincangan berkaitan itu dalam buku anda yang seterusnya. Itu sahaja masa yang kita ada. Terima kasih kerana membincangkan topik ini dengan kami. Itu adalah Bruce Gale, penulis buku Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Saya Tan Chung Han dan ini adalah BFM 89.9.

Sumber : BFM

Orang Cina Kata Agenda DAP Bahayakan Masa Depan Kaum Cina?



Agenda DAP bahaya untuk masa depan kaum Cina di Malaysia dan jika dibiarkan berterusan ia akan memudaratkan keseluruhan kaum itu sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia, kata Arthur Sim.

Menurutnya pada era 60-an, Presiden Indonesia Sukarno telah dijatuhkan kerana dituduh mempunyai hubungan intim dengan parti Komunis China dan Parti Nasionalis Cina Komintang, namun kenaikan Presiden Indonesia yang baharu, Suharto bukan menguntungkan masyarakat Cina di republik itu, sebaliknya membinasakannya.

“Presiden baharu Suharto menyedari bahawa orang-orang Cina akan menimbulkan masalah dan harus dipinggirkan untuk menyelamatkan Indonesia dari kekacauan.

“Kerajaan baharu (Indonesia) bermula dengan memaksa mereka (kaum Cina) mengubah nama mereka ke bahasa Indonesia, watak Cina tidak dibenarkan untuk dipamer di tempat awam, sekolah Cina ditutup dan Jabatan Cukai Pendapatan berada di atas mereka untuk memastikan mereka membayar balik apa yang telah mereka ambil.

“Lesen perniagaan dilanjutkan hanya untuk tempoh tertentu bertujuan untuk menghalang mereka (kaum Cina) daripada mengawal keseluruhan ekonomi dan sebagainya,” ulas Arthur Sim dalam Facebook.

Tambahnya, walaupun era kepimpinan Suharto telah tumbang, namun pemerintahan pasca reformasi terus memudaratkan masa depan masyarakat Cina di republik itu.

“Dalam acara baru-baru ini, Gabenur berbangsa Cina di Jakarta, Ahok terpaksa meletak jawatan dan meringkuk selama dua tahun dalam penjara hanya kerana salah petik satu ayat Al Quran dalam salah satu ucapannya.

“Adakah kita mahu semua ini berlaku di Malaysia?,” soalnya.

Katanya, apa yang berlaku di Indonesia itu tidak mustahil juga bakal berlaku di Malaysia.
“Ramai kawan-kawan Cina saya dari Indonesia memberitahu supaya berhati-hati dengan DAP. Parti ini (DAP) jahat dan mesti dibasmi sebelum terlambat.

“Mereka terus mengingatkan saya bahawa Malaysia adalah sebuah
 negara yang hebat …. sebuah negara yang aman dan harmonis untuk semua orang.
“Kenapa DAP masih berusaha keras untuk memusnahkannya ?

“Sejarah kaum Cina Indonesia mungkin berulang di Malaysia jika kaum Cina terus menyokong DAP dalam mewujudkan ketidakpercayaan yang tidak menentu bagi masyarakat Melayu sederhana.

“Apakah Datuk Seri Najib boleh lakukan sekiranya beliau dipaksa memperjuangkan hanya nasib bangsa Melayu kerana orang Melayu adalah Melayu dan untuk mempertahan survival hidup bangsa mereka pasti mereka akan bersatu dalam apa keadaan sekalipun.
“Buktikan kenyataan saya salah?.”

Menurutnya, tanda-tanda awal pemingGiran kaum Cina di Malaysia sudah mula berlaku selepas PRU 13.

“Selepas PRU13, dilihat pakatan pembangkang Pakatan Rakyat telah membawa orang Cina ke destinasi yang jelas.

“Akhir-akhir ini, ahli-ahli parlimen 
gabungan baharu Pakatan Harapan masih berusaha keras untuk menggali kubur untuk orang Cina dan orang bukan Melayu untuk melompat dan menguburkan diri mereka ke dalam lubang kotor yang lebih dalam.

“Kaum Cina lebih baik bangun dan mula berfikir secara serius sebelum perkara ini sudah tidak boleh dikawal lagi.

“Menongkah arus dengan melawan UMNO sederhana yang sedang memerintah akan membawa kita tanpa haluan dan anda hanya akan memaksa mereka (kaum Melayu) mengambil langkah-langkah melampau untuk mengecualikan semua kaum bukan Melayu dalam arena politik negara demi kelangsungan kehidupan bangsa mereka (kaum Melayu) sendiri.

“Hidup Malaysia!.”

K7L : Peringatan?.

11/10/2017

Tawaran 100 Hari Berkuasa Harapan Penuh Tipu Daya!


 

4 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas. Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini, ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar.

Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam?

Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan. Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST.

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Bila naik 4 sen, mereka barulah "keluar gua" menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang, mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang.

Dulu kata kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun. Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata. Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya.

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.

Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan.

Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara.

Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang.

Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja.

Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang? "Bapa Reformasi" pun sudah berbaik baik dengan "Mahafiraun". Reformasi apa lagi yang ada?

Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan? Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi.

Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka.

Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti.

Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010, kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan, mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi?

Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah.

“Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau” tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim.

Samalah juga dengan Guan Eng, masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah. Malah, hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi.

Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB.
Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw.

Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini.

Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion, ke mana wang itu pergi? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya, terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang. Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang.

Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’.

Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah.

Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka.

Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini.

Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa “manifesto bukanlah janji”. Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang. Di Selangor, sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat.

Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja. Bila berkuasa mereka akan mungkir janji. Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.

Jangan beri peluang pembangkang sebegini, rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti. Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.

K7L : Tq Beruang Biru!..

Respon Rakyat Apabila Mahathir Pergi Solat Hajat Bebas Anwar!


Ramai yang rasa tertipu dengan lakonan politik Mahathir. Bayangkan berapa ramai yang mengecam Mahathir termasuk penyokong Anwar Ibrahim sendiri apabila beliau hadir memberi tazkirah untuk melawan DS Najib.




Rata-rata daripada mereka sangat marah kerana beliau sendiri yang membenam dan meletakkan Anwar Ibrahim di dalam penjara tetapi hari ini dek keran dahagakan sokongan dan undi, beliau sanggup jilat ludah yang beliau buat.


 

K7L : Apa cerita..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk