08/10/2017

Exco Perumahan Selangor Lebih Pentingkan Pesta Arak Daripada Masalah Rakyat?




Exco DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram berdiam diri apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah bekas pegawai (kuarters) masjid di Lapangan Terbang Subang semalam, tetapi mula melenting apabila pesta arak di negeri itu dihalang oleh pihak polis.

“Exco kerajaan tempatan dari DAP ni bila kuarters masjid Subang dirobohkan oleh MBSA, dia senyap walau bawah dia ….tang arak ni cepat je…..binawe betul le dia ni…,” kata Abdul Manan dalam Facebook.


Hari ini, Ean Yong tampil mengecam pihak polis berkaitan dengan isu pesta arak Selangor dalam kenyataan media seperti berikut:

Kenyataan Media oleh YB Ean Yong Hian Wah pada 5hb Oktober 2017 di Shah Alam.
Saya amat terkejut terhadap ulasan pihak pihak polis mengatakan penganjuran acara “Bavaria F & B Fest” di Kompleks Beli-belah One Utama PJ akan menjadi tarikan serangan militan dan seterusnya mencetus situasi ketenteraman awam.

Pertanyaan di kalangan rakyat sekarang ialah kemampuan polis untuk menjaga keselamatan awam. Mengikut situasi terkini, nampaknya polis sudah hilang kawalan sehingga terpaksa untuk menghalang penganjuran acara sebegini. Dengan sebab itu, saya ingin tanya 5 soalan kepada Ketua Polis Negara:

1. Mengapa pihak polis dapat menjaga keselamatan di Sukan SEA tetapi tidak mampu mengawal aktiviti Oktoberfest/ Bavaria F & B Fest yang berskala jauh lebih kecil?

2. Adakah ini bermaksud jamuan makan atau aktiviti yang beralkohol tidak lagi selamat di Malaysia?

3. Mengapa Melaka, Johor, Sarawak dan negeri lain boleh menganjur aktiviti Oktoberfest, tetapi Selangor dihalangkan? Adakah ini “double standards”?

4. Mengapa pihak polis tidak boleh menghantar pasukan untuk menjaga keselamatan selain daripada menghalangnya?

5. Adakah Malaysia sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan penuh dengan ancaman serangan militan?

Rakyat malaysia bukan sahaja memerlukan ulasan polis yang profesional, tetapi juga tindakan polis yang profesional.

Jikalau polis hanya mampu memberi pandangan tetapi enggan mengambil tindakan fizikal untuk mencegah jenayah yang berpontensi mengancam keselamatan, rakyat anggap ini sebagai ketidakcekapan dan tidak berkeupayaan dan seterusnya hilang keyakinaan terhadap polis.

Justerus itu, saya menyeru kepada Ketua Polis Negera supaya menjawab soalan yang ditanya-tanya oleh rakyat.


Persoalannya sekarang, bila bab roboh rumah senyap bisu macam tak ada lidah. Yang MB pergi salahkan Noh Omar. Apa punya bengap MB Selangor ni? Rakyat tak bleh marah BN/UMNO sebab kuasa kalian serah pada PKR-DAP-PAS dulu. Sekarang rasalah pahitnya mereka buat ikut kehendak mereka bukan kehendak rakyat!

K7L : Sebab itu PRU 14 bagi semula kepada BN!.. Rejim Ubah Selangor!...

Semua Ini Salah Najib? - Senarai Kesalahan Najib Yang Dipersoalkan!




Keris kongsikan status daripada Dr Rahman Abdul Kadir ataupun DARK yang dengan beraninya menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan oleh puak pembangkang.

#SEMUA_INI_SALAH_NAJIB?


Saya nampak cai2 banyak yg copy paste dan share status spt di dalam gambar di bawah. Mereka menyalahkan DS Najib atas perkara yang bukan2.

Berikut adalah jawapannya.

1. Proton- memang hancus sejak zaman Madey. Kasi vendor2 kroni sapu duit sampai Proton bungkus. Proton bukan milik kerajaan sejak Tan Sri Syed Mokhtar takeover. Bisnes kena untung. Kalau 30 tahun buat bisnes tapi rugi, tu sebab Syed Mokhtar pun jual Proton. Tak tahan.

2. F1- Memang x menguntungkan rakyat dan projek ini x mendatangkan hasil pun. Macam mana F1 tak tutup...peminat tempatan tak support. Nak support macam mana? Kalau rakyat semua pakai Merc, pakai Ferrari, munasabah lah jugak nak gi support. Tak macam MotoGP, jentera yang bertanding Yamaha, Honda, peminat tempatan pun layan. Masuk akal lah nak support pun. Sebab tu organizer MotoGP still berminat nak anjurkan Malaysian Grand Prix.

3. Sg Besi airport- Lapangan terbang ini dah hilang nilai strategik ketenteraan lama dah. So tanah ini dijual dengan harga 400 juta tetapi akan digantikan oleh 1MDB dengan 7 lagi base ketenteraan dan 1 pengkalan udara baru bernilai berbillion ringgit!

4. 1MDB gagal- Kerajaan letak modal 1 juta, aset 1MDB 52 billion. Jadah apa gagal?

5. Ringgit Malaysia paling banyak merudum zaman Tun. 1USD= RM 4.80. Sekarang RM 4.17 kira ok. Rezab Bank Negara kita sudah hampir setengah trillion ringgit, paling tinggi dalam sejarah BNM. Malah rezab negara kita lebih tinggi dari negara maju spt Australia dan Canada. Zaman Tun, BNM bankrap sebab ada malaun tua main FOREX.

6. GST adalah sistem percukaian paling cekap di dunia. 133 negara telah amalkan dan tidak ada negara yg berpatah balik kepada SST yg kuno. GST pada nilai 6% adalah merupakan antara nilai paling rendah di dunia. Zaman Tun kita kena cukai SST sebanyak 16%. Peniaga caj kita tapi tak beri pada kerajaan dan masuk kantung sendiri. GST bagus.

7. Tol semakin bercambah?- Ini bullshit. Tol ni adalah akibat kebodohan Tun. Tun sendiri ngaku Tun bodoh bab ni. DS Najib arah Khazanah beli saham PLUS sehingga harga tol stabil dan tak naik2 lagi dah. Kalau tak dulu hampir setiap tahun naik. DS Najib bina Pan Borneo yang jaraknya jauh lebih panjang dari lingkaran lebuhraya PLUS TANPA TOL.

8. Kedai 1M tutup- Ini adalah fitnah. Ia ditutup untuk tujuan upgrade ke tahap lebih besar. Kalau kedai ni ada pun korang maki. Bila takde pun ko tension. Kevavian sungguh.

9. Hutang negara semakin tinggi- Hutang negara ada internal dan external debt. Internal debt kita yang tinggi. Internal debt ni hutang rakyat beli rumah, loan kereta, kredit kad, PTPTN etc.

Hutang external negara masih ok.

US, Singapore, Jepun , UK hutangnya trillions...tak bankrap pun.

10. Minyak naik- Subsidi minyak tidak adil. Orang yg pakai Pagani Zonda dan Bugatti Veyron macam Mokhzani dan kroni2 Tun saja yang ambik manfaat maksima. Sebab itu subsidi ini ditarik balik dan harga minyak diapungkan. Rakyat dibantu dengan BR1M untuk meringankan kesan rasionalisasi subsidi. Kenaikkan harga minyak kita adalah mengikut pasaran global. Jika kita mahu minyak murah dengan subsidi tinggi spt yang pembangkang contohkan Venezuela pada tahun 2013, lihatlah bagaimana hancurnya Venezuela kini.

11. Jenayah semakin meningkat- Ini pun salah Najib gak? Aisey...macam la Zaman Tun takde jenayah. Al Maunah, Bentong Kali, pembunuhan Canny Ong, Mona Fandey ni semua salah Tun ka?

12. Harga barang naik- Takde satu negara pun dalam dunia yang harga barang kekal atau turun. Kalau ada sila migrate pi sana.

Ada satu perkara yang kekal harga dah berpuluh2 tahun di negara kita iaitu caj perubatan.

13. Rakyat ramai menganggur- Ini adalah penipuan.

Kadar pengangguran negara kita adalah pada kadar 3.3% (tahun 2017). Nilai ini jauh lebih baik dari kadar pengangguran Korea Selatan (4.4%), US (9.6%) dan Kesatuan Eropah (9.5%).

Pada zaman Tun, kadar pengangguran kita adalah hampir 5%! Sejak tahun 2010 sehingga 2016, DS Najib telah berjaya mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Nasional.

14. Pelabur asing keluar dari Malaysia?- Kekarutan apakah ini??? Saudi, China, India, Bahrain, US dan banyak lagi datang melabur beratus2 billion ke dalam negara kita! DS Najib telah berjaya membawa masuk RM 400 billion pelaburan asing hanya dalam tempoh 7 bulan dari November 2016 sehingga Mei 2017.

15. Ahli UMNO ramai keluar- Hihihi. Hari2 kita dengar pemimpin pembangkang yang ramai tinggalkan depa. Untuk rekod, ahli UMNO keluar besar2an dari UMNO ni pernah terjadi zaman Semangat 46 dan ketika pemecatan DSAI. Kedua2 ni zaman Tun. Tapi UMNO relax gak kekal memerintah.

16. PTPTN disekat- Ni apa le yang dia ni mengarut. First time dengar.

17. Arak dah jadi budaya- Laaa....yang kasi venue pesta arak Kerajaan Selangor. Ni pun salah DS najib dan UMNO? jadah apa ni?

Saja nak tambah...San Miguel tu anak2 Tun punya. 🤣

18. Warga asing bertambah- Memang la bertambah. Negara kita makmur ekonomi. Depa berebut2 mai nak cari makan. Negara ekonomi teruk memang depa tak pi la.

19. Kapalterbang hilang- Aisey...ni nahas. Takkan ni pun salah Najib? 2 kapal terbang MAS terlibat.

Tapi 30 billion wang negara hilang sebab main FOREX tu memang pasti.

Skyhawk tu 48 pesawat hilang kat gurun tak pernah tiba ke Malaysia. Apa cer? Zaman siapa Menteri Pertahanan tu?

20. Elektrik naik- Ni salah Tun la ni wujudkan IPP utk kayakan kroni mcm YTL dan Ananda.

Bila 1MDB beli Edra ko jugak sakit hati. Sedangkan pembelian ni utk elak kroni suka suki naikkan harga. Zaman DS Najib kroni xleh cari makan.

21. Kedai Game makin banyak- Lesen perjudian ni semua kan milik Vincent kawan Tun. Tun siap hadiahkan lesen perjudian sukan paling besar pada Vincent sebelum pencen pada tahun 2003.

DS Najib lah yang telah menggantung lesen ini pada tahun 2010 sehingga menimbulkan kemarahan Tun yang membuat kenyataan, jika beliau PM, beliau akan luluskan.

22. Tambang bas naik- Aisey....yang ni tak payah ulas banyak. Semua sedia maklum transformasi raksasa yang DS Najib lakukan untuk pengangkutan awam negara. Kini pilihan pengangkutan awam begitu banyak dengan adanya alternatif tren yg moden.

Projek bas Intrakota zaman Tun lingkup dan DS Najib lah yang telah menghidupkan dan memodenkannya dengan Rapid.

Zaman Tun, Puduraya adalah tempat busuk, tak selamat, daif dan sesak.

DS Najib bina Terminal Bersepadu Selatan yang begitu model dan selesa persis terminal airport utk rakyat.


23. Felda jahanam- Aik? Jahanam apa? Tiap2 tahun peneroka dapat durian runtuh! 🤣

Zaman Tun Felda pun dia tak pandang. Harga getal sawit jatuh pun x peduli. Tun ada Petronas dan sibuk rugikan negara dengan Proton. 🤣

24. Nombor gelap tambah naik- Ni aku tak faham apa dia cuba cakap. Kutuk skandal BMF ka?

Tambahan:

25. Tidak pernah ada kelewatan pemberian gaji zaman DS Najib. Hatta sekupang pun gaji tak pernah kena potong. Gaji staf gomen siap naik berganda2 zaman DS Najib.


aman Atok dah la gaji tak naik, siap kena potong lagi. Malah pernah semasa zaman gawat ekonomi, gaji tertangguh x bayar sampai 2 bulan!

#RinduZamanTun

K7L : Terkedu tukang soal...

Terbukti Azmin Hanya Akur Kepada Arahan Kit Siang?



Apabila Pakatan Harapan dipimpin DAP, ia telah menyongsangkan kehendak majoriti rakyat di Malaysia dengan menyokong pesta arak dan menolak Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU Akta 355).

Pesta Arak direstui Lim Kit Siang, dalam masa sama penasihat DAP itu menolak RUU 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Terdapat sesuatu yang serius dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP apabila mereka mahu rakyat Malaysia dan terutama orang Melayu menerima Pesta Arak, tetapi menolak RUU355, usul persendirian yang dikemukakan Presiden PAS, Hadi Awang.

“Jelas inilah jenis liberalisme yang dikehendaki oleh Lim Kit Siang untuk Malaysia. Salah satu maksiat digalakkan manakala idea untuk mengukuhkan undang-undang untuk umat Islam tidak disokong,” ulas The Malaysian Observer blog.

Menurut blog itu, Kit Siang seorang politikus pembangkang yang hipokrit apabila campur tangan dalam RUU 355, walaupun tidak ada kaitan dengan bukan Islam, namun dalam masa sama melarang umat Islam untuk campur tangan urusan Pesta Arak dengan alasan hanya untuk bukan Islam.

“Lim Kit Siang dan mereka yang sealiran dengan pemikirannya telah berkempen kepada orang bukan Islam untuk mempercayai bahawa RUU355 akan menghalang mereka untuk minum arak, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat haram yang dianggapnya suci atas nama kebebasan pilihan.

“(Namun), Lim Kit Siang dan pembangkangnya yang diketuai oleh DAP mengatakan bahawa orang Islam tidak perlu mengulas mengenai Pesta Arak kerana ia tidak ada hubungannya dengan mereka.”

Kini kita lihat keputusan Azmin seolah-olah cerminan daripada pendirian yang ditetapkan oleh Lim Kit Siang. Rata-rata comms line mereka akan sama. Apakah DAP sebenarnya masih mengawal Azmin yang dikatakan pro-PAS suatu ketika dahulu

07/10/2017

Penjawat Awam Komited - Malaysia Pelaku Global Part 2




Hakikatnya, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, saya telah memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang amat menitik beratkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkualiti.

Dengan kesungguhan penjawat awam sebagai tulang belakang kepada prakarsa-prakarsa seperti yang kita rancangkan, pelbagai kejayaan serta pencapaian telah diperolehi oleh negara dengan pengabsahkan oleh Badan-Badan Pemiawaian berwibawa.

Kita sentiasa bersyukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif sejak tahun 2009, di bawah NBOS khususnya, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah lebih RM3.5 bilion perbelanjaan negara, melalui pelbagai program berimpak tinggi, dengan kos yang lebih rendah, tanpa berkompromi tentang kualiti dan kuantiti.

Selain itu, pelbagai kejayaan dan pencapaian telah diraih oleh negara antaranya:-

Pertama: Kita telah berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.1 peratus tahun 2016.

Kedua: Dalam tempoh 2009 sehingga 2016, sebanyak 2.26 juta peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu pencapaian 69 peratus daripada 3.3 juta yang kita sasarkan pada tahun 2020.

Ketiga: Berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017, Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 negara paling aman di dunia.

Keempat: Dalam Doing Business Report 2017 oleh Bank Dunia, Malaysia berada pada posisi ke-23 dalam Ease of Doing Business dalam kalangan 189 buah negara; dan

Kelima: Nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Sesungguhnya, dunia kini sedang diselubungi oleh pelbagai ketidaktentuan. Mengambil pengajaran itu, saya ingin menyentuh tiga cabaran utama yang bakal kita tempuhi iaitu:

Pertamanya: Mendepani era “the new order”, geopolitik dan keamanan sejagat. Realitinya, negara kini sedang berdepan dengan cabaran risiko geopolitik baharu dunia yang serius antaranya membabitkan krisis di antara negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi Brexit.

Malah, sejak akhir-akhir ini pula, kes-kes keganasan, letupan dan pengeboman di tempat-tempat awam oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremisme di pelbagai sudut dunia.

Kita perlu beringat-ingat bahawa, seandainya krisis dan ancaman ini tidak dibendung dengan sebaik mungkin, tempiasnya mungkin akan merebak dan menimpa negara kita. Mohon Allah Jauhkan daripadanya.

Oleh sebab itu, Kerajaan sentiasa memantau situasi keamanan dan keselamatan negara, sekaligus berusaha mempastikan agar para penjawat awam tidak terpengaruh apatah lagi terlibat dengan kegiatan puak pelampau ini seperti Daesh dan IS, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad sebenar.

Keduanya: Dalam memelihara kepentingan dan memenuhi kehendak serta kebajikan rakyat, Kerajaan telah melaksanakan prakarsa-prakarsa strategik di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional demi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya dalam kalangan B40 dan M40, Kerajaan berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada golongan masyarakat yang memerlukan tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

Antaranya, inisiatif dan bantuan di bawah jenama 1Malaysia seperti, BR1M, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PR1MA serta Klinik 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta para peneroka FELDA dan bermacam lagi subsidi, akan terus diperuntuk serta dipergiat demi kebajikan masyarakat teramai.

Selain itu, Kerajaan ini akan terus memfokus kepada Projek-Projek Infra-Rakyat seperti MRT yang jelas bertaraf dunia dan jajaran pertamanya sudahpun berjaya kita siapkan, bakal membawa impak kepada 500 ribu pengguna setiap hari. Begitulah juga dengan projek-projek East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang kini sedang rancak dan bakal dibina.

Menjengah kemudahan prasarana kepada saudara serta saudari kita di Sabah dan Sarawak pula, kita telah mengotakan janji melalui pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Moga-moga saudara dan saudari kita di Sabah dan Sarawak berasa gembira dengan limpahan kemajuan yang tiba di kaki-kaki kampung halaman masing-masing. Malah, kawasan-kawasan terpencil seperti Kapit dan Ulu Song yang sebelum ini terputus hubungan, kini turut bersama merasa nikmat kemajuan.

Ketiganya: Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ yakni Revolusi Perindustrian Keempat atau IR 4.0 dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

Sememangnya, IR 4.0 ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh.

Ini menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena yang tidak pernah tergambar dek fikiran seperti autonomous car, quantum computing dan artificial intelligence.

Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacau-ganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional serta kombinasi top-down dan bottom-up, inside-out serta outside-in, khususnya dalam penggubalan dasar, regulasi baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.

Untuk mara ke hadapan, dalam usaha membina ketamadunan yang lebih cerah lagi unggul, kita tidak boleh sekadar bernostalgia atau hanya bergantung kepada prestasi hari semalam.

Justeru itu, demi mewajah masa depan dalam melakar perjalanan mendakapi aspirasi TN50, Perkhidmatan Awam hendaklah berpegang kepada 6 Falsafah dan Garis Besar Haluan Menuju TN50.

Pertamanya: Seandainya secara sedar atau pun tidak, pembentukan negara bangsa Malaysia telah dan untuk tempoh 30 tahun mendatang, dicorakkan atas kanvas KERANGKA MAQASID SYARIAH, makanya, perkhidmatan awam sudah semestinya juga, berpandukan jalur-jalur Manhaj yang sudah pun tersulam asasnya, sejak sekian lama, sekurang-kurangnya 60 tahun yang lalu.

Sepanjang tempoh 6 dekad ini, perkhidmatan awam telah bergerak pada landasan yang sama, seiring sejalan dengan Kerajaan, sehingga Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, bermanhajkan Maqasid Syariah, dengan berpegang kepada prinsip Wasatiyyah atau moderation, Perlembangaan Persekutuan dan Ideologi Kebangsaan yang kukuh serta tentunya kesinambungan gagasan-gagasan pucuk pimpinan Kerajaan.

Sebenarnya, manhaj Maqasid Syariah yang dipegang oleh Kerajaan, mensasarkan kepada maslahah umum yakni yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat terbanyak, dengan mengambil kira tahap kemampuan kebertanggungjawaban Kerajaan mengikut 3 keutamaan, sama ada di peringkat DHA-RU-RIYAT yakni KEPERLUAN ASAS YANG PALING UTAMA, sesuatu yang tidak boleh tidak tanpanya.

Manakala HA-JIY-YAT pula, berkaitan dengan KEHENDAK DAN KEPERLUAN UMUM yang membawa kepada kelapangan hidup, TETAPI TIDAK TERLALU MENDESAK serta ketiganya, TAH-SI-NIYAT sebagai PENGHIAS, PENCANTIK DAN BERSIFAT PENGINDAH semata-mata, dalam memberi kesempurnaan hidup.

Ditambah lagi di peringkat DHA-RU-RIYAT, yang amat mementingkan kepada usaha berterusan dalam pemeliharaan lima prinsip asas utama kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, harta benda serta keturunan, khususnya dalam hal-ehwal pembangunan dan kebajikan rakyat serta memajukan negara.

Kesemua dasar, usaha dan pendekatan ini terbukti telah membuahkan hasil apabila laporan State of The Global Islamic Economy 2016/2017 oleh Thomson Reuters, kita bukan sahaja telah menduduki tangga pertama secara keseluruhan daripada senarai 73 buah negara di dunia, bahkan turut diakui sebagai ‘the best developed ecosystem for Islamic Finance in the world, sekaligus KWSP negara ini dilaporkan mempunyai Islamic Saving Plan yakni Pelan Penyimpanan Islam yang terbesar di dunia.

Kedua: Tahun 2017 sebagai “Year of Delivery” atau Tahun Penyampaian, sebagai fokus dan bidang keutamaan. Ertinya, jentera perkhidmatan awam perlu mempastikan bahawa, penyampaian perkhidmatan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mempunyai nilai kepada rakyat dalam mempastikan segala projek, insiatif dan bantuan yang telah dirancang, benar-benar sampai kepada rakyat.

Jika tidak, sia-sialah segala perancangan dan dasar yang telah digubal oleh Kerajaan, termasuklah pelbagai bajet yang telah diperuntukkan, namun dek kerana salah penyampaian, maka berlakulah ketirisan dan gagal-lah matlamat Kerajaan.

Lantaran itu, aspek delivery atau penyampaian ini, perlu berdarah daging dan bersebati dengan Perkhidmatan Awam, sampai kepada tahap apabila disebut tentang Penyampaian Yang Cekap, ia seharusnya sinonim dengan Perkhidmatan Awam Malaysia. Itulah setinggi-tinggi matlamat yang kita dambakan.

Oleh yang demikian, effective and efficient delivery, Perkhidmatan Awam, yang bukan sahaja menjadi slogan pada tahun ini, tetapi saya tahu pasti bahawa, ia telah menjadi iltizam sejak sekian lama kepada perkhidmatan ini apa yang penting ia mesti terus diperkasakan lagi.

Jadinya, Pengukuhan dan Pemerkasaan Perkhidmatan Awam harus bertumpu dengan menjadikan perkhidmatan awam yang lebih berfokus kepada rakyat, inklusif, dengan penyertaan komuniti dan berbudaya kerja serta perkhidmatan par excellence dan mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada keutuhan organisasi.

Selain itu, saya menyeru agar para penjawat awam tidak bekerja dan terus terkongkong dalam ‘silo’ masing-masing atau mengamalkan “turf management”, yakni mengatakan itu hak kita, orang lain jangan campur tangan atau ambil kisah, sehingga boleh mengundang karenah birokrasi yang menyukarkan rakyat.

Sedangkan amanah dan tanggungjawab Perkhidmatan Awam, adalah sebagai pemudahcara dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Barulah secara kolektifnya, Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati oleh rakyat.

Satu lagi nilai yang sangat penting dalam kepimpinan dan organisasi ialah prinsip Wala’ dan Kesetiaan, yakni memberi kepatuhan, sumpah setia, ketaatan serta bai’ah yang wajib kepada seseorang pemimpin yang sah dan institusi kepemimpinan serta kemuncaknya anggota pentadbiran Kerajaan,

Selagi mana, radar kepimpinan dan kepemimpinan itu masih kekal berada dalam parameter maslahah umum serta tidak terjadinya unsur-unsur kezaliman.

Pokoknya, jika prinsip dan nilai Wala’ serta Kesetiaan ini menjadi amalan dalam Perkhidmatan Awam, barulah adanya disiplin dan kelancaran dalam organisasi yang menunjangi Kerajaan ini.

Malahan, Ibnu Khaldun sendiri, seorang tokoh ilmuwan besar Islam yang sangat terkenal dengan karya agungnya, “Muqaddimah”, bukan sahaja menghuraikan tentang ketamadunan secara umum, bahkan turut mengupas tentang kepentingan sifat kesetiaan sebagai pemacu kepada tadbir urus yang profesional.

Turut disebut oleh Ibnu Khaldun lagi, bahawa, golongan yang memiliki nilai kesetiaan tinggi adalah mereka yang hingga sanggup berkorban nyawa dalam melunasi setiap amanah yang diberikan. Begitulah tingginya nilai Wala’ dan Kesetiaan dalam organisasi seperti yang dituntut dalam ajaran agama.

Keempat: Budaya Kerja Di Luar Kelaziman yang bermaksud, bekerja melepasi dan melangkaui tahap keupayaan lazim atau kebiasaan, di luar lingkungan kotak pemikiran biasa, demi keberhasilan yang luar biasa.

Ini termasuklah juga meraikan idea-idea baharu dan sentiasa melakukan penambahbaikan, demi mencapai keberhasilan, selain mempiawai diri serta meningkatkan kompetensi dan nilai tambah, supaya our benchmarking, bukan lagi sekadar menjadi jaguh kampung, akan tetapi untuk menjadi Pelaku Global yang lebih sistematik dan berdaya maju.

Selanjutnya, Kerajaan juga menyarankan agar, para penjawat awam di negara ini terus melipat gandakan usaha, dalam melatih diri menjadi multi-tasking, multi-skills dan multi-talented, berbudaya kreatif lagi berinovatif, yang mampu menyumbang kepada budaya kerja ‘high productivity’, ‘high value’, ‘high thinking’, ‘high skills’ dan ‘highly motivated’, untuk sentiasa bekerja keras bagi mencapai kejayaan untuk negara.

Dalam hal demikian, pada minggu lepas, Kerajaan telah mentransformasi dan menjenamakan semula Institusi TVET di negara ini menjadi “TVET Malaysia”, dengan menggabungkan 7 Kementerian di bawah satu kolaborasi unggul lagi bersepadu, bagi melatih warga dan anak-anak muda Malaysia untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi.

Mustahaknya di sini, civil servants must transform to be more efficient, breaking the traditional boundaries, to go beyond the usual achievements, and more importantly, we must always raise the bar high and continue to keep the bar high to create more success stories for Malaysia.

Kelima: Menjengah masa depan, ke arah Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50, dunia kontemporari kini berada dalam transisi, yang bakal menyaksikan massive structural change dan membawa bersamanya teknologi yang bersifat disruptif dan breakthrough;

Daripada robotik dan artificial intelligence kepada teknologi nano; daripada the Internet of Things kepada analitik kesihatan, yang membawa satu quantum leap kepada kehidupan kita.

Ketika itu, negara bakal menikmati kebestarian kehidupan, merangkumi pelbagai bidang seperti smart energy, smart mobility, smart healthcare, smart infrastructure, smart governance and smart citizens.

Berhubung itu, berbalik kepada realiti Malaysia dan Perkhidmatan Awam khususnya serta pasaran kerja dunia secara keseluruhannya, telah mula timbulnya kebimbangan bahawa pelbagai sektor dan bidang pekerjaan tidak lagi wujud, sebaliknya diambil alih oleh teknologi terkini seperti artificial intelligence dan automasi.

Dalam konteks yang lebih luas, kerana itulah Kerajaan ini mempunyai visi yang menjangkau jauh ke depan, dengan mengambil serius akan perkembangan semasa dan berusaha melakukan langkah-langkah proaktif dalam menangani hal tersebut, dengan menceburi bidang Digital Economy yang dianggap sebagai industry of the future. Di sinilah, sebagai sebuah Kerajaan kita perlu menggunakan teknologi digital untuk melonjakkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Apa yang ingin saya katakan adalah, bermula dari sekarang kita bukan lagi seperti lazimnya bekerja keras semata-mata, tetapi urusan kerja dapat dimangkinkan dengan hasil lonjakan yang berganda melalui penggunaan kemudahan kemajuan bidang teknologi digital seperti membolehkan orang ramai memperbaharui lesen, cukai jalan, pasport, penggunaan sistem MyEG, hinggakan laporan polis pun boleh dibuat secara online.

Akhir sekali, Falsafah dan Garis Besar Haluan yang keenam kepada Perkhidmatan Awam Menuju TN50 adalah Merekayasa Malaysia untuk menjadi negara maju yang mencapai pengertian Al-Falah, yakni Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi, sebagaimana yang diseru dalam surah Al-Baqarah ayat 201.

Sesungguhnya lagi, tiada siapa yang tahu, apakah rupa bentuk dan wajah dunia amnya dan Malaysia khususnya, tatkala menyinsing fajar subuh tahun 2050 kelak.

Akan tetapi, Allah SWT sukakan hamba-hambanya terus merancang masa depan, bekerja dan bertawakal, tanpa duduk bersimpuh dengan hanya berserah kepada keadaan serta nasib.

Lalunya, dari perspektif Perkhidmatan Awam, saya menyeru kepada semua penjawat awam supaya membuat persediaan rapi dan merencana strategi berkesan dari sekarang, khususnya untuk menongkah dengan beberapa fasa perubahan menuju TN50, di mana Malaysia disasarkan akan menjadi:

i) High Income Advanced Economy pada tahun 2020;

ii) Nilaian ekonomi dan dagangan semasa menjadi 2 trilion ringgit pada tahun 2025;

iii) Revolusi Perindustrian Keempat mula memberikan impak yang signifikan pada tahun 2030;

iv) Negara kompetitif bersifat hampir ‘zero defects’ pada tahun 2040; dan

v) Sebuah ketamadunan unggul, tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia.

Apa yang mustahak, di kala kita menggariskan haluan Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi, generasi Perkhidmatan Awam yang ada kini dan akan datang dicungkil bakat, diasuh serta diasah bukan sekadar dilengkapi dengan kemahiran duniawi, akan tetapi sewajibnya dibekalkan dengan nilai-nilai murni sejagat dan Islami, supaya bila tibanya tahun 2050 nanti, akan lahirnya Malaysia yang terimbang kemajuannya memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu. InsyaAllah, beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk semua penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 haribulan Oktober ini nanti.

Jelasnya, Alhamdulillah, kita mengatur syukur atas nikmat kurniaan Allah, terutama sejak beberapa bulan ini, selain menyambut Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia, negara ini telah dijulang sebagai Juara Keseluruhan dalam Temasya Sukan Sea Ke-29 dan tempat Kedua di Sukan Para ASEAN Ke-9, yang telah menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta kasih rakyat kepada negara secara yang amat positif. Mudah-mudahan semangat yang membentuk solidariti padu antara sesama rakyat ini akan terus marak dan menyala demi kestabilan Malaysia yang tercinta.

Setelah hampir genap setahun, gagasan TN50 diperkenalkan, maka pada pagi ini juga, saya ingin melancarkan BUKU FALSAFAH ASAS TN50.

Walaupun begitu, kandungan buku ini bukanlah sesuatu manual yang sudah lengkap, namun, ia adalah falsafah asas yang terpandu dan terkumpul daripada siri-siri dialog sepanjang setahun lalu.

Lantaran, saya mahu dari semasa ke semasa agar Falsafah TN50 terus subur, mekar berkembang, dibahas dan diwacana dengan dinamiknya, menjadi landasan arah tuju negara, sebagaimana gagasan 1Malaysia.

Mudah-mudahan, Perkhidmatan Awam Negara akan terus menjadi pasak yang membina, tunjang yang mengukuh, di mana para Penjawat Awamnya pula adalah sebahagian daripada generasi Khayra Ummah, yang menjadi benteng Kerajaan, Mengakar lagi Mengumbi, Mengharum lagi Mewangi, megah tersohor, Duniawi dan Ukhrawi. InsyaAllah.

K7L : PM hargai penjawat awam..

Mahathir Mengamuk Sebab Berita Ini Kepada Tun Daim?



Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.

Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.

“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.

"Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.

Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.

“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia's economy”.

Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.

Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.

Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.

"Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat," kata Datuk Seri Najib.

Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).

Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.

Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106. Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.

Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.

Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.

Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.

Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.

Sumber : Beruang Biru

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk