04/04/2016

LGE Perlu Buat Deklarasi Harta Sebelum Dan Selepas Jadi CM!



Kita sebenarnya agak hairan dan pelik apabila cerita pasla pembelian rumah Banglo di Jalan Pinhorn itu bagai ada banyak benda yang disembunyikan. Terlalu banyak episod yang mendedahkan skandal demi skandal.

Kekayaan dan pemilikan harta yang secara tiba-tiba mendadak naik membuatkan kita tertanya-tanya dari mana wang Lim Guan Eng dapat? 

Sebagai Ketua Menteri Lim menerima gaji pokok sebanyak RM14,000 sebulan. Namun, sebagai ADUN Air Putih, beliau turut menerima RM11,250 sebulan. Lebih kurang RM15,000 sebulan.

Tetapi beli kereta ratus ribu dan Rumah Banglo harga jutaan ringgit. Apakah dia secara tiba-tiba boleh jadi kaya bila jadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Di sini kita nak desak dia supaya memberanikan diri.

Guan Eng perlu membuat deklarasi harta secara terbuka tentang hartanya ketika sebelum menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang dan selepas. Sebab rasa macam terlalu banyak perubahan.

Bersediakah Guan Eng untuk berbuat demikian?

K7L : Kalau betul kena berani laaa...

01/04/2016

Kenapa LGE Tidak Ambil Tindakan Terhadap KLIDC Yang Tak Usik Taman Manggis?



Sangat menghairankan apabila Lim Guan Eng seakan memejam matanya untuk tidak melihat pembangunan yang sepatutnya dijadualkan dan dipersetujui antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat KLIDC.

Syarikat terbabit yang telah diberikan pengaungerahan untuk membeli tanah Taman Manggis daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memenuhi syarat-sarat tender setelah 6 tahun tiada satu pun pembangunan.

Jangankan bangunan, tapak untuk binaan pun tak ada. Biasa kalau dah ada tapak orang ata Projek Gajah Putih. Tapi yang ini nak panggil apa? Projek Bela Belalang sebab rumput tebal meninggi?

Persoalannya tiada tindakan pun diambil walaupun 6 tahun sudah berlalu? Apakah terdapat unsur-unsur kepentingan peribadi dalam hal ini? Mencurigakan juga siapa sebenarny Miss Phang di mata Lim Guan Eng?

K7L : Skandal apakah yang sedang berlaku sebenarnya?..

Apa Kata Akhbar Cina Pasal Pembelian Banglo Jalan Pinhorn?


 

Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.

“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.


Habislah Lim Guan Eng. Benteng terakhirnya ialah akhbar cina, kini semua sudah berasa marah dengan skandal rasuah tersebut. Dinasihatkan bercutilah. Jadi seperti Dr Khir Toyo. Gentleman letak jawatan dan biar dirinya disiasat.

K7L : Ini masalah orang yang tak mahu berganjak daripada kerus empuk Ketua Menteri..

Pergolakan DAP Selepas Mereka Yakin Guan Eng Tidak Kuat?



Isu skandal rasuah ini sebenarnya memberi tekanan yang hebat kepada seluruh kepimpinan DAP. Disebabkan itu ramai yang mula bersuara setelah merasakan Guan Eng akan menjadi terlalu sibuk mempertahankan diri.

Sebelum ini juga DAP Pulau Pinang pernah melontarkan isu agar Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja. Kerana dia sendiri mungkin tidak bersetuju untuk mengekalkan orang yang bukan berasal daripada Pulau Pinang untuk terus menerajui Kerajaan Negeri.

Apatah lagi apabila seorang Ketua Menteri telah terlibat secara langsung dengan skandal rasuah melibatkan rumah banglo dan tanah membuatkan kenyataan untuk menukar kepimpinan Kerajaan Negeri diperlukan.

ADUN Tanjung Bungah (DAP), Teh Yee Cheu mahu supaya Lim Guan Eng bercuti sementara siasatan SPRM ke atasnya selesai. Apa lagi tunggu sila bercuti dan bersedia menerima keputusan siasatan.

Kalau tengok pada cara nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang akan ditukar lebih awal sebelum PRU14. Kemungkinan untuk PRK tidak ada kerana telah habis haul untuk mengadakan PRK.

Sekarang apa yang sedang berlaku DAP Pahang mula berpecah, ada yang sokong LIM dan ada yang tidak. Melaka sudah sampai jadi Adun Bebas. Di Perak mereka bertelagah sesama sendiri. Di Johor sampai ada yang tak mahu datang program.

Akhirnya mereka yang melawan sudah berani keluar taring tatkala Guan Eng dalam keadaan lemah dan rapuh macam biskut merry.

K7L : DAP akan adakan pemilihan jika Guan Eng didapati bersalah?..

DAP Melaka Sudah Lama Tolak Keluarga Lim?



Dalam pada kecohnya Malaysia dengan kisah rasuah Guan Eng. Politik tanah air juga dikejutkan secara tiba-tiba pasal skandal rasuah Guan Eng yang melibatkan Rumah Banglo serta Tanah Taman Manggis.

Semuanya berhubung kait dengan isteri LGE dan LGE sendiri yang sebenarnya merupakan barisan kepimpinan DAP Melaka. Pada tahun 2005, penolakan DAP Melaka terhadap keluarga LIM sudah bermula.

Pada tahun tersebut, apabila pemilihan semula DAP Melaka dijalankan, isteri Guan Eng mendapat tempat kedua terakhir dan kalah. Lim Guan Eng juga kalah namun autoatik berada dalam kepimpinan kerana kedudukannya sebagai Setiausaha Agung DAP.

Teresa Kok ketika itu juga ada menyatakan wuud konspirasi menolak keluarga Lim yang akhirnya Betty dihumban sebegitu teruk dalam kepimpinan. Dia menjadi calon ADUN pun kerana ia ditentukan oleh DAP Pusat, jika tidak haram dia nak dapat.

ADUN Kota Laksamana ini sehingga hari ini tidak diberi peluang sangat pun oleh DAP Melaka. Akhirnya kepimpinan DAP Melaka oleh Goh sudah mula bergolak dan memberi tekanan kepada DAP.

Ia seakan-akan signal bahawa Guan Eng sedang lemah dan ini masanya untuk singkirkan terus Betty dari Melaka dan tidak akan menerima Guan Eng ke Melaka jika dia ditolak daripada Singapura.

Siapa yang jadi pilihan DAP untuk menjadi Setiausaha Agung? Ramai yang tunggu Lim Kit Siang 'padam' sebenarnya. Jika tidak masakan Guan Eng mampu berdiri teguh. Mereka juga 'berkongsi' apa sahaja.

K7L : Mungkin Miss Phang lebih tahu?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk