23/03/2015

@RazlanRafii Sound Tepat Malaysiakini? - Kenapa DAP Yang Terasa?



Portal Malaysiakini terus menerus dengan agenda utama untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam di sini. Jika sebelum ini dengan isu khutbah Solat Jumaat di Masjid, kini isu cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan pula menjadi modal mereka. 

Sasaran mereka kali ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula difitnah apabila editor portal terbabit sengaja menggunakan tajuk artikel yang berbunyi "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. " 

Portal Malaysiakini menjadi seperti ular kena sawan apabila melihat bibit-bibit penyatuan umat Islam semakin ketara hari ini dan mereka sengaja mencari perkataan yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam. 

Hasilnya sebuah artikel provokasi yang seakan tergantung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan ini telah diterbitkan. Saya berharap semua pembaca terutamanya umat Islam membaca dan meneliti terlebih dahulu isi kandungan yang sebenar kenyataan Tengku Adnan daripada pelbagai sumber sebelum mengambil maklum yang ditulis dalam Malaysiakini. 

Saya mencadangkan adalah lebih baik sekiranya para pembaca sekalian memboikot sahaja portal ini agar kita bersama tidak terjerumus dengan fitnah yahudi. Begitu juga dengan kenyataan biadap daripada ektrimis Kristian, Eric Paulsen menerusi twitter nya sengaja cuba menggambarkan seolah-olah pelaksanaan hukum Hudud ini seperti kuno dan tidak diperlukan pada zaman sekarang. 

Beliau juga menambah kononnya hudud yang bakal digunapakai kelak akan menyebabkan seseorang pesalah dihukum secara terseksa, tidak berprikemanusiaan dan juga akan menyebabkan kaum wanita serta kanak-kanak menjadi mangsa ketidakadilan hukuman Islam ini. 

Saranan saya, sebelum nak berbicara mengenai sesuatu perkara baharu. Kajilah dan lakukan carian di Internet terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian mengenai hukum hudud Islam ini. Jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti orang tiada otak. 

Undang-undang Hudud sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, sekiranya keperluan untuk dibentang di Parlimen, sila beri ruang dan peluang secukupnya. Debat dan berikan hujah di Parlimen demi untuk kebaikan umat Islam di Kelantan khususnya dan negara Malaysia secara amnya. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 

20/03/2015

@KhalidSamad Kata Hudud Hanya Sesuai Ikut Suasana Dan Politik Negeri?



Khalid kata tak sesuai Hudud di Selangor berbanding di Kelantan. Salam ya Alaik Sheikh! Apa di Kelantan orang Islam di Selangor orang Kafir? Kau cakap apa ni bang? Inilah masalahnya kalau orang PAS yang berpihak kepada DAP.

Terlalu mengarut dan tidak tercapai akal kita sebagai umat Islam untuk berkata begitu. Hari ini undang-undang Hudud yang boleh terlaksana malahan ada yang kata wajib dilaksana jika mampu, dikaitkan dengan poltik negeri.

Ini bermakna hukum Allah juga kena ikut situasi Politik? Mengarut sangat ni. Keris harap ahli-ahli PAS yang berada di bawah sana dapat bantu umat Islam dengan tidak mengundi atau memberi kerusi lagi kepada Khalid Samad.

K7L : Khalid Samad cakap bukan muslihat UMNO.

Hudud PAS Kelantan Adalah Muslihat UMNO? Habis Kenapa Nak Qazaf Dulu?



Biadap betul puak-puak ni. Yang terbaru Presiden PKR yang juga telah bertukar menjadi boneka DAP mula ber-Kung Fu perihal hudud yang mana telah diluluskan oleh PAS Kelantan dan UMNO Kelantan tempohari.

Hari ini mereka keluarkan kenyataan :

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat pada 17 Mac 2015 dan membincangkan dengan khusus pindaan-pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Muafakat Pakatan Rakyat

KEADILAN terikat dan menghormati keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud yang dicapai di dalam Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 seperti berikut:

1. Pelaksanaan hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat

2. Walau bagaimana pun, parti-parti Pakatan Rakyat menghormati bahawa pelaksanaan hudud telah menjadi dasar perjuangan PAS dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 dibentangkan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak munasabah bagi PAS menggugurkan pelaksanaan hudud daripada agendanya

3. Sebarang dasar atau pelaksanaan dasar yang melibatkan Pakatan Rakyat perlulah mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti

Jadi sekarang ini DAP dan PKR tidak akan bersetuju dengan perlaksanaan Hudud PAS yang akan dibentangkan di Parlimen nanti. Mengikut kenyataan oleh Wan Azizah juga, ia berbunyi seakan menuduh Datuk Nik Amar yang melanggar perjanjian melalui kenyataan di bawah :

Keputusan bersama ini sering dirujuk sebagai “agree to disagree” mengambil kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 telah wujud sebelum Pakatan Rakyat.

Oleh sebab itu, apabila wakil Kerajaan Kelantan Datuk Nik Amar memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat (4) perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993, KEADILAN mengambil sikap menghormati bahawa pindaan itu bukanlah undang-undang baru dan tidak mengubah status sedia ada. Oleh yang demikian, pindaan seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar itu masih berada di dalam kerangka persetujuan bersama dan muafakat Pakatan Rakyat mengenai hudud yang dicapai dalam tahun 2011.

Walau bagaimana pun, KEADILAN tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri). Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat. Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Oleh yang demikian, KEADILAN melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai perkara ini. 

Jadi sekarang ini semuanya tertumpu kepada permasalahan dalam antara PAS-DAP-PKR. PAS memang nak laksana hudud tetapi tidak kepada dua parti yang teranf-terang tak kena mengena dengan hudud.

Tak ada pula dengar hudud dilaksana di Selangor ataupun Pulau Pinang kan? Yang melompat lebih kenapa? Sebab mereka lihat UMNO-PAS senada dalam persetujuan perubahan enakmen berkaitan Jinayah Syariah itu.

Persoalannya sekarang apa kaitan dengan UMNO? Salah untuk bersetuju perkara baik? Bangsatnya PKR boleh tuduh ini adalah muslihat UMNO. Apa masalahnya ni? Kawan sendiri buat hal orang lain yang kena.

Beginilah, mungkin Wan Azizah tidak faham sangat. Jadi Keris cadangkan Wan Azizah ambil kelas agama belajar tentang Hudud ataupun pergi rujuk mana-mana pakar sains politik, belajar pasal DEMOKRASI BERPARLIMEN.

Salah sikit salahkan UMNO. UMNO tak suruh pun Anwar meliwat. Dia sudahpun didapati bersalah meliwat so dah boleh tulis tanpa sekatan. Nak tanya juga, kenapa masa Anwar dibicara minta Qazaf pula kalau tak setuju Hudud?

K7L : Pergi sekolah baliklah...

Apa Itu Hudud? Sudah Bersediakah Rakyat Melayu Malaysia?




Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang
munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam
ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah
Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan
takzir.

Makna HUDUD:


Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia
wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib
sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka
tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong
tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di
dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh
ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman
Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang
yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat
dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak,
mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan
harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan
atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum
ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan
;seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam
al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman
qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan
hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud
ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap
wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas
ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Suratul Baqarah : 178)

b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan
orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan
dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
membawa maksud:

"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas
seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Ma`idah : 45)

DIYAT:

Hukuman Diyat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan
kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas
kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau
melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna
perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau
mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang
yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178
yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya
(waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang
baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah
bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat
daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT
kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,
maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/
hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat
bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat
diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh
menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40
sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras
yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman
takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan
ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah
sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak
termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan
keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan
yang mereka lakukan tadi, yakni bukan untuk menyiksa mereka.


Apakah keterbukaan masyarakat melayu terutamanya didalam mengikuti undang-undang tersebut?. Sudahkah anda bersedia sedangkan anda semua telah diajar dengan undang-undang Malaysia?.  

Bagi pihak politikus seperti DAP, adakah mereka ini takut sekiranya hudud ini dilaksanakan maka Kerajaan Malaysia ini akan menjadi negara Islam?. Walhal Malaysia sememangnya negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara mengikut perlembagaan serta Malaysia juga menganggotai persidangan negara-negara Islam sedunia.

Apapun tidak ada masalah sekiranya Hudud dilaksanakan. Kalau tak buat salah tak perlu takut.

K7L : Hudud satu penyatuan..

19/03/2015

Mampukah PAS Meraih Undi Pakatan Di Parlimen Bagi Perlaksanaan Hudud Kelantan?




Hari ini semua tahu Undang-Undang Hudud telah berlangsung dengan jayanya di Sidang DUN Negeri Kelantan. Tidak ada masalah dan malahan perbahasan daripada Dato’ Md Alwi, ADUN Kok Lanas semasa menyokong perlaksanaan HUDUD di Kelantan ini amat menyentuh hati. 

Beliau berucap semasa membahas Pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 semalam. Menyentuh bahawa Hudud ini bukanlah satu perkara yang dilihat sebagai kepartian.

Tiada unsur lain maka UMNO Kelantan sudah beberapa kali bersetuju dengan pelaksanaan Hudud di negeri Kelantan, dengan harapan impian umat Islam di Kelantan tercapai. Selama ini Hudud menjadi isu politik bagi memecah-belahkan dua parti Islam/Melayu, hari ini semua bukan lagi satu halangan.

Disebabkan itu, selepas diluluskan dalam Sidang DUN Negeri Kelantan berkenaan Hudud, langkah seterusnya yang akan diambil oleh pihak PAS Kelantan adalah mengemukakan usul ke Parlimen melalui Ahli Parlimen PAS untuk mendapatkan pindaan perlembagaan. 

 

Bagi pihak UMNO yang mempunyai Kerusi Parlimen sebanyak 88 kerusi tidak membimbangkan pihak PAS. Sementelahan UMNO Negeri Kelantan sendiri bersetuju dengan pindaan bagi memastikan Hudud terlaksana di Kelantan.

Apa yang bermain didalam minda Keris ketika ini, sejauh manakah kemampuan PAS yang mempunyai 21 kerusi berjaya meyakinkan 29 undi daripada PKR dan 37 undi daripada DAP? 

Sebahagian daripada 21 kerusi PAS di Parlimen Malaysia juga belum tentu mendapat undian 100%, bagaimana dengan rakan mereka didalam Pakatan?


Difahamkan juga PKR dan DAP senada untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan PAS di Kelantan. Atas beberapa faktor yang disembunyikan, mampukah PAS meraih undi daripada mereka kelak?


Kelantangan DAP terutamanya jelas kelihatan sejak daripada dahulu lagi. Apakah langkah PAS dalam cubaan mendapatkan sokongan ini? Apapun Hudud bukan sahaja satu undang-undang yang melibatkan umat Islam, ia juga satu lambang penyatuan. 

Rasanya itu yang menjadi kebimbangan puak PKR dan DAP. Sebab itu mereka cuba ugut untuk keluar daripada Pakatan. Tetapi apakah Tahaluf Siyasi DAP-PKR PAS lebih penting daripada undang-undang Hudud yang diperjuangkan PAS sejak dahulu lagi?

K7L : Hudud atau Kuasa Politik.. mana lebih utama?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk