17/03/2015

PAS Sound DAP Suruh Belaja Pasal Hudud Dengan MCA?






Hudud akan dilaksana di Kelantan? Perlaksanaan hudud di Kelantan sebenarnya adalah titik penting dalam hubungan PAS, DAP dan PKR samada masih mahu bersama atau tidak dalam Pakatan Rakyat. 

Masih berpakat atau mengambil jalan keluar untuk berpisah selepas Kelantan meluluskan Hudud di Kelantan? Yang mana Barisan Nasional juga dijadikan sebab oleh DAP untuk dipersalahkan walaupun PAS yang nak laksana hudud.

Dengan ketiadaan Anwar sebagai jambatan penghubung antara PAS dan DAP, besar kemungkinan DAP akan mengambil jalan untuk berpakat dengan PKR bagi singkirkan PAS dari Pakatan.

Pada tahun 2001, DAP yang keluar dari Pakatan bila tidak bersetuju dengan PAS, kali ini dijangka PAS akan disingkir keluar oleh pakatan baru PasMa, PKR dan DAP. Apakah semua ini akan berlaku?


K7L : Killing each other?...

Lokman Adam Malukan Rafizi Pasal #GST Beb!


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya tempoh hari telah menganjurkan satu forum mengenai GST dengan membawa tajuk Sejauh Manakah Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi. Bertempat di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, 

Debat GST ini  memaparkan tiga orang tokoh iaitu YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dan juga Ketua Eksekutif Pejabat Ekonomi Selangor, Dr Zaharudin Abd Rahman, pensyarah UIAM dan juga penyokong PAS dan Saudara Lokman Adam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas.

Sangat menarik apabila kita lihat Rafizi hanya cakap kosong tanpa fakta dan berhujah semata-mata berpandukan persepsi. Tak payah Keris tulis panjang sebab lebih elok anda semua tengok dan fahami video ini.



K7L : Botak kepala Rafizi dengar hujah Lokman?

16/03/2015

Siapa Nak Tahu Pasal Apa Itu ULTRAS #SilaBaca



APAKAH ITU ULTRAS?

Ultras adalah golongan peminat sukan terkenal dengan sokongan mereka yang fanatik. Mereka lebih banyak tergolong dalam pengikut pasukan bola sepak Eropah.

1.Apakah itu "Ultras"?


Perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain. 

Manakala mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.

Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.

2. Curva


Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. 

Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. 

Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit. Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.

3. Corteo 


Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. 

Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

4. Tifo


Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.

5. Capo


Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. 

Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. 

Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

6. Flares dan Bom asap


Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. 

Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. 

Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal.

7. Bagaimana mengenal ultras?


Dalam artikel Ultras Malaya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. 

Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya.

8. 4 teras dalam Ultras:


1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & Away), tidak mengira kos dan jarak.
4) Kesetiaan kepada lokasi ultras. (Curva)

9. Perbezaan Ultras dan Hooligans.


Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlangsung tanpa insiden pergaduhan. 

Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out”

10. Kesimpulan


Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan termasuklah firma ini untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.


Rujukan :

ultraSel curva
UM’07
Um.Net


K7L : Kita Bersaudara! .. Oh Malaysia.. Satukan Jiwamu..Selamanya Harimau Malaya.. Selagi Kita Bernyawa Oh Malaysia.. Kau Kebangganku..

Dua 'Chai' Untuk Orang PAS Masa Muktamar Telah Tersebar?


Nampaknya belum lagi Muktamar tapi pencalonan dah mula panas. Masing-masing dah mula letak calon. Tapi 'Chai' dua puak dalam PAS sebenarnya dah tersebar. Mengikut cakap-cakap orang PAS.

Senarai berikut dah terkeluar. Semuanya ikut susunan yang puak-puak itu impikan. Kat bawah ni Geng PasMa punya 'Chai' mungkin?


Memang ada betulnya kalau ikut team yang ada. Kat bawah ni pula pilihan puak Ulama PAS. Nampak lebih tersusun namun setiap satu dari mereka sedang 'dibunuh' imej oleh puak satu lagi.


Mungkinkah 'Chai' ini akan terjadi? PAS kini dalam 'Perang Saudara' yang terancang. Siapa di sebalik semua ini jika bukan DAP?

K7L : Bahayanya DAP..

Dalang Sebenar Pencalonan Tuan Man Sebagai Presiden Telah Terbongkar?


 

Nampaknya PAS mengikut kawasan masing-masing dah mula mencalonkan siapa yang layak duduk sebagai pemimpin PAS. Terbaru daripada Shah Alam, agak mengejutkan apabila pencalonan Presiden berpihak kepada Haji Hadi.

Ini kerana Khalid Samad sebenarnya orang kuat Mat Sabu. Tetapi itu sebenarnya hanyalah satu propaganda puak PasMa. Mereka buat begitu dengan alasan menuduh kem ulama di bawah Hadi menyalahgunakan kuasa.

Siapa dalangnya? Dikatakan mereka yang terlibat diketuai oleh orang yang sama iaitu Mat Sabu? Termasuk mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Jadi dia sedang 'create' kebencian di kalangan ahli PAS kepada Haji Hadi.

Korupsi, salahguna kuasa dan terdesak. Itu elemen yang diterapkan oleh Mat Sabu. Hari ini kita meihat DAP semakin kuat dengan Melayu-Melayu bodoh yang dijadikan upahan untuk membeli sokongan orang Melayu, tetapi kita lihat PAS semakin rebah.

Puncanya pun bermula daripada Mat Sabu kan? Apa hubungan Mat Sabu dengan DAP ya? Siapa yang dibayar elaun setiap bulan hasil daripada Perbadanan Air Pulau Pinang? Ini semua rancangan DAP.

Ahli PAS yang berada di bawahan kena sedar semua ini angkara DAP. Mereka nak lihat PAS jatuh, jika tidak PAS akan menerajui Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim telah tiada, Azmin Ali disekat Presiden PKR dari ke hadapan, Izzah terlalu muda.

Jadi Hadi dibimbangi oleh DAP. Hudud dah nak laksana. Tetapi DAP sekat hudud dan sibuk dengan hukum Islam yang dibuat di beberapa negeri. PAS kata perjuangannya untuk Islam. Jadi tolong sedar. Nak kuasa atau nak Islam.

K7L : Kesian pun ada kat puak PAS ni.. 

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk