09/10/2014

Masjid Di Kedah Ada Lambang Yahudi? #Kegilaan #TeoriKonspirasi



Mctheory yang kongsikan semalam. Keris rasa memang perlu sebarkan juga.


Kita semua sedia maklum terdapat segelintir umat melayu yg amat fobia terhadap salib, yahudi dan sebagainya dan selalu percaya teori dan konspirasi.

Umum tahu symbol hexagram (star of david, maggen david, seal of solomon, najmat dawud, khatem sulaiman, cop sulaiman, perisai daud etc etc.)atau apa shj namanya pada hari ni adalah simbol yg di'associate dgn yahudi dan judaism. Israel pon guna simbol ni kat bendera dia.


Simbol ni boleh dikatakan terdapat dlm pelbagai agama, dan kebudayaan lain di seluruh donia, spt kristian, hindu, buddha , kabbalah dan jugak islam.

Simbol ni diperakui sebagai simbol identiti judaism dan yahudi hanya semenjak tahun 1800. Pada abad ke-17 meletakkan simbol ni di luar sinagog adalah amalan popular utk habaq kepada org ramai itu adalah rumah ibadat mereka spt mana orang kristian letak simbol salib di gereja. Kiranya semenjak kurun ke-17 sahaja simbol ni mula represent komuniti yahudi.

Simbol ni sebenarnya adalah simbol yahudi yg baru. Dalam jewish folklore, simbol ni adalah simbol yg ada pada perisai King David yg dipakai masa p berperang. Walaubagaimanapon teori ni disanggah kerana ikut tradisi lambang yahudi adalah Menorah.

simbol star of david dalam islam
Pada abad pertengahan (medieval) simbol ni dikenali sbg seal of solomon adalah simbol biasa dalam islam. jaman ottoman empire simbol ni digunakan sebagai perhiasan di mesjid, syiling dan bendera peribadi pasha (gelaran utk ranking tinggi dalam sistem politik empayar ottoman , lebey kurang mcm Lord British).

simbol ni jugak digunakan sbg bendera negeri Karamanoğlu, pada kurun ke-13 negeri ni adalah antara negeri terkuat di Anatolia. jaman la dikenali sebagai wilayah karaman. satu lagi emiriah Candaroğlu pong guna simbol ni kat bendera depa.




The Karamanid flag according to the Catalan Atlas



Flag of Candar according to the Catalan Atlas

Simbol ni jugak boleh dilihat di masjid2 di seluruh donia termasuk di Malaysia.
to be more spesific masjid zahir alor staq.


masjid zahir alor staq

masjid2 lain




A Star of David inside the prayer niche of a 16th century mosque at Bakhchysaray.




A Solomon’s seal on a tombstone in old Mamilla, or Ma’man Allah(Sanctuary of God), a 13th century Mamluk Cemetery, which used to be, until 1948, Jerusalem’s main Muslim cemetery.

Digunakan dalam Quran lama.


Picture of Solomon’s seal in a Mosque near Al-Azhar,Cairo, Egypt is courtesy of "phool 4 XC" who published it on Flickr. The Mosque was constructed by a Mamluk Sultan in 1503 - 1504 AD. In this period Islamic Solomon’s seals were widely used.

Humayun Tomb, India


sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hexagram
http://star-of-david.blogspot.com/2006_09_01_archive.html

diharap lps ni kalo ada yang nampak logo ni di mana2 mesjid ka makam ka takyah la sentap kata dakyah yahudi la apa la. nampak ignorant sgt pasai agma sendri.

Turki uthmaniyyah pun gunakan lambang ni.. .. tu tembok yg keliling kota jerusalem (old city wall) pun ada lambang ni.. sultan suleiman the magnificient yg bina semula tembok tu dan lambang ni diletak kt tembok katanya berfungsi sebagai protection.


Di dalam Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang pon ada.... Kalau sapa2 masuk sembahyang kat dalam, tengok kat hiasan kat atas.... ada dekat2 kubah tu... Lambang star of david...


Janganlah taksub sangat...jahil namanya


sumber daripetikanbuku.blogspot.com/2010/09/simbol-star-of-david-dalam-islam.html?m=1

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View #Bahaya #Privasi



Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berjalan di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh Semenanjung Malaysia!

Tetapi dengan adanya teknologi ini, anda terdedah dengan bahaya! Penjenayah boleh nampak jenis kereta yang anda pakai, berapa banyak buah kereta anda, pintu pagar selalu berkunci atau tidak dan macam-macam lagi maklumat. Privasi anda telah dicereboh!

Ini adalah cara untuk memadam rumah anda dari Google Street View. Hanya ada 4 langkah sahaja.

1. Buka Google Maps
2. Taip alamat rumah anda, klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
4. Pada pilihan ReQuest Dance Crew blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit
Kongsi kepada rakan-rakan anda supaya privasi anda tidak dicereboh.

K7L : Kena buat...

08/10/2014

Puak Penentang Anwarinnas PAS Cuba Main Api Dengan DAP?



Rakyat Malaysia semakin bosan dengan drama 'tunduk diam angguk geleng' yang sedang dilakonkan oleh PAS. Mereka yang sekian lama ditindas tetap mahu berada di bawah kaki DAP dan PKR.

Kini ada yang mencabar ini, berapa lama mereka mampu bertahan? Selagi Mat Sabu menjadi orang no 2 PAS, apakah mereka mampu menyekat para parasit PAS? Kita tunggu dan lihat.

K7L : Buat kami nak tengok..

Nama Kedai Nasi Kandar Di Penang Yang #LGE Cuba Tutup Sebab Popular?



Ini senarai yang Keris dapat daripada Whatsapp. Apapun tak ada kena mengena dengan Biawak sengal tu Haha!

SENARAI NASI KANDAQ PALING BEST DI PENANG :

Pagi

1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak) org panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari

1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)

Malam

1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)

Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul

Cargas Cafe (Byn Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")

nasik kandar kpg melayu rasanya lain sikit dr nasi kandar kedai lain..especially daging nye...

Speciality Lauk Tiap-Tiap Nasi Kandar


Pagi

1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pd harga yg agak murah)

2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.

3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
- daging, gulai ikan.

4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng

K7L : Sedap toq.....

Apa Sudah Jadi Dengan Badminton Dan Takraw Malaysia? @KhairyKJ


Jika tahun 70-90 an, dua sukan ini memang menjadi 'kacang' untuk skuad Malaysia merangkul pingat emas. Dua sukan yang jika nama Malaysia disebut pasti menggigil lutut lawan. Namun kini apa sudah jadi?


Badminton kita semakin merosot. Hanya Datul Lee Chong Wei menjadi sandaran negara. Sampai bila mahu diperah keringat dia? Nak dia main badminton sampai umur 77 tahun kah? Mana pergi pelapis?

Apa masalahnya sekarang ini? BAM dah jadi macam persatuan yang ditubuhkan untuk mereka 'bertanding' sahaja. Peningkatan untuk mencari bakat baru seolah-olah tidak wujud lagi. 

Punyalah ramai orang Melayu, Cina, India dan bangsa lain yang Keris lihat boleh bermain badminton, tinggal untuk dilatih sahaja. Mengapa mereka ini tidak diambil untuk berlatih? Apa yang tidak kena?

Rasanya sudah tiba masa BAM dipelopori oleh orang sukan. Ramai yang mampu bawa nama Malaysia digeruni semula. Kalau semua sibuk nak pegang sebab nama, memang hancurlah.


Kita dimalukan di Sukan Asia 2014. Takraw yang suatu ketika dahulu, negara Gajah Putih pun goyang kalau dengar Skuad Malaysia jejak gelanggang. Sekarang mereka anggap skuad takraw Malaysia sama macam Siput Sedut je.

Pesatuan Sepak Takraw Malaysia wujud? Bukan ada yang baru menang ke pemilihan baru-baru ini? Masih tidak tukar kepimpinan. Ok tak mengapa itu masalah korang. Tapi kalah teruk ni apa cerita?

Kenapa orang politik sibuk nak pegang jawatan dalam persatuan sukan? Dah tiba masa beri orang sukan juga. Hanya mereka yang tahu lebih dalam. Hentikanlah zaman 'Tempa Nama' dengan persatuan sukan. 

Kita mahu kualiti sukan bukan duit sahaja. Tolonglah YB KJ buat sesuatu. Jangan sampai kita dah tak ada pingat baru nak sedar. 

K7L : Kecewa tengok game takraw.. macam 'shit'!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk