26/06/2014

Johari Abdul Sahkan Kes Pukul Pakai Kerusi Atas Sebab Apa?


 

Semua tahu pasal kes kerusi terbang masa pemilihan PKR yang makan masa lebih kurang setengah tahun untuk selesai. Difahamkan JPP juga dah jumpa bukti kenapa bertumbuk masa pemilihan.

Rupanya sebab perkara tak masuk akal. Ini Johari yang cakap bukan Keris yang cakap. Dia kata kadang-kadang bergaduh sebab girlfriend boleh jadi hal masa pemilihan. Ini bermakna mereka yang ada dalam PKR adalah golongan yang tidak matang.

Tak reti pakai otak. Itu diperakui oleh Pengerusi JPP sendiri beb. Sendiri mengaku ahli PKR bengap dan tak rasional. Jadi rakyat dah boleh nilai sendiri.

K7L : Parti budak hingusan...

25/06/2014

12 Kaum Yang Dibinasakan Allah #MuhasabahDiri


 

1. Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Salleh

Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

K7L : jangan tunggu kaum kita dibinisakan baru nak sedar sudah..

5 MCA 1 Gerakan - Tahniah @NajibRazak - Sila Terus Bagi Muka Pada Yang 'Menangkan' BN




1. Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
2. Mah Siew Keong - JPM
3. Wee Ka Siong - JPM
4. Lee Chee Leong - Timbalan Menteri, MITI
5. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
6. Senator Chu Mei Fun - Timbalan Menteri Wanita

Tahniah! Ini baru dikatakan demokrasi terpimpin. 5 MCA dan 1 Gerakan. Ok fine Gerakan memang kita dah janji dan memang ada kuota untuk mereka. MCA dulu kata tak mahu ada dalam kabinet jika tak membantu kenapa lepas tukar Presiden semua berbondong-bondong nak ada dalam kabinet.

Orang yang kalah pun dapat jawatan. Sebab itu BN kena faham, kalau dah kalah tak perlu lantik senator lepas tu lantik dalam kabinet. Tak kisahlah dia jawatan apa pun. Naib Presiden ke Ketua apa ke. Patut jadikan ruang 'kekosongan' untuk bantu parti dengan jawatan yang dipilih ahli parti. Tak ada dalam kabinet tak apa sebab rakyat tak pilih tu sudahlah.

Beri muka sangat akan menunjukkan kita lemah. Tapi Keris agak setuju dengan pendapat beberapa rakan iaitu kita beri peluang. Malas dan tak kompeten lagi, kita boleh hentam cukup-cukup.

Ada dalam 3 tahun untuk MCA buat kerja sungguh-sungguh. Diharap tak ada pula perasaan buat kerja acah-acah mak enon sebab tahu kalau kalah lagi sekali pun tetap ada dalam kabinet. 

Apapun aku yakin ini semua penasihat yang salah bisik pada telinga PM. Dah tiba masa reshuffe pegawai-pegawai dalam PMO?

K7L : Nak bagitahu.. reshuffle bukan tambahan..

23/06/2014

@KhalidSamad Malu Besar - PAS Selangor Tak Mengaku Kenyataan Sekat Kuasa MAIS?



Haha! Ini betul punya swing. Nampaknya PAS Selangor tidak menyokong pendirian yag dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen PAS kawasan Selangor berkenaan penyekatan kuasa eksekutif MAIS bersama-sama pihak Istana.

Khalid Samad, MP Shah Alam yang sudah tidak laku lagi hari ini malu besar setelah terkantoi dengan kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas. Ianya berikutan mereka seakan bimbang MAIS lebih tegas terhadap 'kerja-kerja kotor' mereka mungkin.

Benda sama macam hudud. Kalau tak buat salah orang mesti tak takut. Sekarang Khalid Samad yang poyo cakap depan wartawan nak buat apa?

Rasanya dah boleh kot untuk minta maaf secara terbuka. Gentle sikit bang. Dah buat salah kena minta maaf. Kata nak jadi contoh kepada orang muda. Ini cakap tak pakai otak lepas tu nak ego payah.

Apapun PAS Selangor nampak macam bersedia untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ready jelah dengar berita.

K7L : Malam tadi ada beberapa nama besar PAS Selangor berjumpa..apa agenda?..

Harakah Sebar Gambar Lelaki Dedah Aurat - Tak Hormat Muslimah? @hdaily09



Inikah harakah yang merupakan lidah parti paling 'Isle' dalam Malaysia? Kata Islam sangat tapi artikel tak boleh blah. Tak tahu pula harakah hanya lelaki sahaja yang baca. Ini siap guna tajuh 'lelaki hot'. 

Ke Harakah dah terpengaruh dengan Anwar yang hot tengok lelaki? Inilah lidah rasmi PAS. Masih nak baca?



K7L : Kot iya pun musim bola.. tak perlu kot lidah rasmi Parti Islam Semalaysia letak gaabr tak tutup aurat..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk