12/06/2014

Daya Tarikan @dyanasmd Berceramah Tarik Ribuan Orang di Kota Bharu?



Nampaknya puak-puak DAP masih cuba jual dyana. Malangnya di Kelantan puak PAS boikot. Siapa suruh cakap banyak pasal hudud? Mendapat...








K7L : SUdah kalah..kalah lah..

Beli Kereta Mahal Plat Dua Nombor Mampu - Buat Masjid Tak Mampu?



Apa cerita ni? Nak bina Masjid di Kelantan pun kena minta derma? Rasanya Tumpat ini ahli Parlimennya adalah Kamaruddin Jaafar daripada PAS. Inilah jadinya jika pilih PAS memimpin kawasan.

Apakah dia hanya mampu beli kereta mewah dengan nombor plat yang mahal tetapi tidak mahu buat masjid akibat wang tak halal?


Pembangunan Islam pun tidak dititikberatkan apatah lagi pembangunan yang lain. Apa nak jadi dengan orang PAS ni? Inilah PAS. 



K7L : Kamaruddin ni duduk Petaling Jaya..Tumpat -PJ jauh beb..kuang3..

Strok Haba - Mencegah Lebih Baik Dari Merawat



Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal "heat stroke" atau "strok haba" berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.


K7L : Memang panas beb..

11/06/2014

Sampai Bila Melayu Dituduh Rasis Walhal DAP Yang Rasis?


Apa dah jadi dengan negara ini?


Cuba tengok antara pelanggan kepada kilang yang diskriminasi bumiputera.



Tak hairanlah kajian yang dibuat oleh pensyarah UKM membuktikan bahawa bumiputera sememangnya di anaktirikan di bumi sendiri.

Diskriminasi Terhadap Graduan Melayu Untuk Mendapatkan Pekerjaan

 

BANGI, 4 Jun 2013 – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.

Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.

Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.

Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

 

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.
Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.

Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.

Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media. 


Sumber : UKM.my

K7L : Siapa yang rasis sebenarnya?

Penjawat Awam Dikenalpasti Berkempen Dan Terlibat Dengan Penamaan Calon Teluk Intan? @AliHamsa55


Ada orang cakap saudara berbaju PKR ini bekerja sebagai staff di Bilik Mayat Hospital Teluk Intan. Ibrahim namanya? Kalau betul dia penjawat awam, bukan ada undang-undang ke? Dia langgar surat perjanjian kan?




Bukan main happy dia pijak Bendera BN? Haha! Pijak banyak mana pun Pakatan tetap kalah bang..



K7L : Tolong bagitahu KSN?...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk