02/08/2013

Pertandingan Nasyid Syiah Kanak-Kanak - Majlis Agama Islam Mana?




Kedah Ke KL telah mengupas tentang pertandingan ini. Apabila mendengar bait-bait pujian syiah, membuat hati ini tersentap. Mengapa mereka semua ini terlepas daripada dikesan? 

Apakah Majlis Agama Islam seakan buta? Tidak! Sebenarnya jika tahu akan kewujudan puak syiah ini, laporkan kepada mereka supaya mereka jelas dalam melaksanakan tugas kita. 

Kita sama-sama berganding bahu membanteras kesesatan ini InsyaAllah syiah tidak akan menular memberi ancaman kepada kita.

K7L : Masa untuk risik-risik puak syiah ni!

[Video] Pencuri Seluar Dalam Berjaya Dirakam! #SaveSgor



Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.

Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.

Pelaku hampir pasti 100 peratus lelaki yang mempunyai masalah psikologi seks.

Dalam video di bawah yang dimuat naik pihak Malaysian Crime Awareness Campaign memperlihatkan seorang lelaki dengan penuh selamba mencuri seluar dalam di kawasan Sri Petaling.

Salah sebab yang mudah untuk lelaki itu bertindak mungkin kerana pagar rumah tidak dikunci. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti ini, pertimbangkanlah untuk mengunci pagar rumah bila keluar.

 Sumber :MNH


K7L : Makin rosak akhlak camni..

01/08/2013

Penjelasan 'Review' #NewVillage - #WajibBaca Jika Rakyat Malaysia Nak Faham!



Satu penjelasan yang sarat dengan penerangan jelas daripada Salah Ad-Din :



1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.

3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan.

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.


4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.


7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang. 

8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.

13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.

18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21. Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang.

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.


K7L : Mesti faham baru tahu mengapa ia wajar diharamkan!..

Kanak-Kanak Islam Uighur Diterajang Kepalanya Di China #SaveIslam




Ya Allah. Sedihnya Keris bila lihat anak kecil muslim ini disepak terajang dan digelakkan dalam keadaan ketakutan. Mendidih rasa darah melihat kekejaman yang berlaku. Tangan anak kceil itu dipatahkan bagai ranting kayu. Biadap! 

Inilah yang akan terjadi andai Islam menjadi minoriti. Bangsat betul mereka yang membuat kekejaman terhadap insan yang lemah. Bangsat! Bangsat! Bangsat!

Orang Islam Uighur di Xinjiang, barat China, wilayah kaya petroleum telah lama ditindas agama dan ekonomi oleh rejim komunis China sejak 60 tahun dulu.

Orang Uighur berjumlah 8 juta dulu adalah majoriti di Xinjiang (nama lama Turkmenistan Timur) wilayah luas gurun dan gunung merupakan 1/6 China dan pintu masuk Asia Tengah.

Hari ini orang Uighur berjuang mempertahankan budaya dan tradisi mereka berdepan dengan dasar migrasi 1.2 juta orang China etnik Han ke Xinjiang. Eksploitasi sumber tenaga Xinjiang membuat Urumqi ibu negeri menjadi bandar metropolis moden. Peluang ekonomi disapu oleh kaum pendatang China menyebabkan orang tempatan Uighur ketinggalan dibelakang.
Kerajaan China takut orang Uighur guna agama menyokong 3 kuasa; extremis, separatis dan terroris yang mahu memisahkan Xinjiang dengan China.

Penindasan agama yang menyedihkan seperti berikut:

  • Tidak boleh sembahyang Jumaat di Masjid. 
  • Masjid ditutup. 
  • Tidak boleh menunaikan Haji. 
  • Tidak boleh ceramah agama. 
  • Tidak boleh memiliki senaskah Al-Quran. 
  • Pasport antarabangsa dinafikan. 
  • Bawah umur 18 tidak boleh pergi masjid. 
  • Ustaz yang tidak dapat kelulusan ceramah dibenarkan dilarang berdakwah dan hilang tauliah. 
  • Tidak boleh menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih dan sebarang aktiviti keagamaan. 
  • syarikat-syarikat swasta menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan. 
  • golongan pelajar beragama Islam disediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan. 
  • restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang. 
Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. 

Penindasan keatas umat Islam Uighur di China adalah lebih teruk dari aspek kebebasan dan tekanan Yahudi ke atas umat Arab di Palestin sehinggakan untuk berpuasa pun tak boleh.

Dari sini juga Umat Islam sepatutnya sedar – dan musuh mereka telah lama sedar akan hakikat ini – bahawa kekuatan Umat Islam itu sebenarnya adalah terletak kepada aqidah dan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri.

Ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Hakikat ini juga dinasihatkan oleh para Malaikat kepada manusia yang menjadi kekasih-kekasih Allah swt dalam firmanNya bermaksud, ‘Dan orang-orang yang berkata “Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah (dengan ajaran dan perjuangan agama Allah), Malaikat turun kepada mereka (seraya berkata) ‘Jangan kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati. Bergembiralah dengan Syurga yang dijanjikan untuk kamu’. Kami adalah wali-wali Allah dan kekasih-kekasihNya … “ (Al-Quran).


Di Malaysia kita boleh lihat belang DAP semakin terserlah apabila laungan azan di masjid diarahkan supaya diperlahankan agar tidak mengganggu masyarakat cina. Itupun masih belum ada yang sedar.

Malah umat Islam di Pulau Pinang juga ditindas. Tempat tinggal diroboh atas alasan pembangunan. Di Kedah, pemimpin Islam terpaksa tunduk dengan kehendak DAP. Apalagi jika di Selangor, pemimpin Islam sanggup sujud di kaki DAP..Demi mengekalkan kuasa.

Jika kita lihat keadaan masyarakat Islam Uighur di Urumqi masih belum cukup menginsafkan, tak tahulah nak cakap apa lagi.

K7L :Mudah-mudahan Allah melindungi Malaysia ini dari cengkaman DAP...

Kecoh Polis Dengan Anak Muda Putrajaya Malam Tadi? @tunfaisal





Tahniah diatas program Jom Bersahur anjuran Majlis Belia Putrajaya yang semalam buat di Hospital Putrajaya. Hari ini buat tahun ke-3 berturut-turut, MBKPj turut singgah di IPD Putrajaya bagi mengedarkan 200 pek juadah bersahur.

Program ini turut dihadiri oleh OCPD IPD Putrajaya, ACP Tuan Razak yang dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dengan sumbangan anak muda belia Putrajaya yang mengingati jasa anggota keselamatan menjaga keamanan penduduk Putrajaya.

Keris respek dengan belia-belia yang patut dicontohi. Sikap mengenang jasa mereka yang berkhidmat demi rakyat memang mulia. Apapun Keris doakan para belia tetap berperibadi baik. InsyaAllah.




K7L : Jauhi hasad dengki yang membunuh sesama sendiri..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk