25/06/2012

Tora Datang Lagi!!! Bawak Geran Punca @AzminAli Berebut Dengan @KhalidIbrahim ?

"Tora datang lagiii...", begitulah bunyi iklan jajan yang paling popular di Selangor dahulu masa zaman Keris kecil. Nampaknya iklan ini telah menjadi sumber inspirasi ketua tadbir kerajaan negeri Selangor, YAB Tan Sri Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim.

Macam budak kecik yang berebut jajan kalau ibu atau bapa membawanya pulang ke rumah, GERAN SELANGOR BERNILAI RM300 JUTA menjadi "cokelat atau gula-gula" kepada rakyat negeri Selangor bagi mengundi pakatan mereka. Jelas Khalid (seperti video di bawah), ia akan digunakan kononnya bagi membantu rakyat Selangor terutama dalam membaiki infrastruktur rakyat seperti longkang dan jalanraya.




Menurut blog TMS, masalah utama seperti perparitan yang tersumbat hingga menyebabkan banjir besar di Gombak dan Kajang mahu pun masalah sistem pembuangan sampah tak terurus terus menghantui rakyat negeri Selangor yang tertanya-tanya bilakah Geran ini akan digunakan. Adakah sewaktu pilihanraya nanti?

Jika benar, amat malang rakyat Selangor yang terpaksa menantikan musim pilihanraya bagi menggunakan duit mereka sendiri yang membayar cukai kepada kerajaan negeri seperti cukai pintu dan tanah.
Lebih kelakar bila "Coklat Geran Selangor RM300 juta" ini turut menjadi idaman ahli politik lain termasuk YB Azmin Ali dan rakan sekutunya yang "lapar" di dalam PKR hingga bergaduh sesama sendiri.

K7L : Pasal duit mereka bergaduh sesama sendiri..lepas ni dalam surat rasmi mereka dah tukar tagline..mereka akan pakai 'Demi Duit'..

Siapa Asif Bin Barkhiya? - Menteri Nabi Sulaiman?



Siapakah Asif bin Barkhiya?
Jawapan Keris jumpa di AntalHaq

Istana Saba' dari jauh

Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman ASW.

Seorang yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.


Beliaulah yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:

قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)

Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” ۝ berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝

Mula-mula jin ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri dengan kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini menunjukkan bila mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah Asif bin Barkhiya.


Tentang apakah doanya itu, kata Mujahid r.h:

يا ذا الجلال والإكرام.

Manakala Zuhri r.h berkata:

يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ، إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.

Ertinya: Wahai Tuhan kam, tuhan kepada semua makhluk, tuhan yang esa, tiada tuhan selain Allah. Datangkan kepadaku istana Balqis.

Dari kisah ini juga dapat kita ambil pelajaran bahawa kadang-kadang dalam berdakwah memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya ‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah kerajaan kafir kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman AS.


Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan. Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan jin dari zaman Balqis menetap disana. 

K7L : Wallahua’lam.

Salahuddin Ayub Tipu Melayu Johor! - @MahfuzOmar Yang Suruh? #PASerabut


Semasa di Ceramah Perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Ledang pada 17hb Jun 2012 jam 9.30 malam, Salahuddin Ayub telah menipu rakyat dengan mengatakan bahawa dibawah perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah dijanjikan pendidikan percuma.

Jika pembaca lihat didalam video dibawah, diberikan juga penjelasan mengenai mengapa kami kata dia menipu.

 

Bayangkan apakah ini cara seorang Naib Presiden PAS memberi ceramah dengan penipuan? Sengaja mengelirukan orang-orang melayu. Boleh Keris kata dia munafik kerana meletakkan bohong hanya untuk menimbulkan kebencian dan kekeliruan.

Sekarang ini Salahuddin Ayub memang sudah tidak relevan. Kalau Hak Keistimewaan Orang Melayu pun dipusingkan dan mungkin dia sendiri tak faham maka jangan sebut tentang mahu mempimpin orang melayu di Malaysia. Dasar penipu!

K7L : Sedih bila tahu ramai orang PAS kena tipu hidup-hidup dengan pemimpin mereka..

#ForzaItalia Pertembungan @Keris7Lok vs @Salahaddin786 #AsalBukanEngland



Wah! Malam ini merupakan pertembungan yang paling best dalam EURO 2012 dimana pasukan kegemaran Keris, Italy akan bertemu dengan pasukan England yang memang dah biasa tak menang cup. Selain daripada itu ramai penyokong England dari kalangan blogger UMB dan mereka sombong! Haha! Tapi Pengerusi UMB, Keris, PenaKSJ dan beberapa blogger lagi menyokong Italy untuk menang.

Yang paling penting! Blogger Salahaddin! Dia bukan main berlagak lagi. Dia bangga dengan barisan pemain England yang kebanyakannya adalah terdiri daripada pemain Liverpool. Haha! Kalau main EPL pun tak lepas ini nak main peringkat eropah?

Apapun keputusan malam ini sudah pasti samada penyokong Italy kutuk England atau Italy tetap kutuk England..Hahahahaha

K7L : sekali sekala cerita pasal bola!..#MakanMandiTidurBola

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22/06/2012

Ostad #JijanBalak Mula Menangis? #XbayarGajiKUIN



Ini maklumat yang Keris terima daripada rakan blogger Anak Seberang berkenaan isu KUIN yang belum selesai. Malahan mereka seakan tidak ambil endah langsung. Berikut Keris kongsi :

Lebih 60 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Kuin mengenai ketidakpuasan hati terhadap pengurusan selain menuntut kebajikan mereka terbela berikutan kemelut yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Memorandum diserahkan oleh wakil kakitangan Kuin, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim kepada Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, yang mewakili Menteri Besar merasmikan Majlis Budaya Kualiti Kuin.

Kesemua kakitangan hadir berpakaian serba putih sebagai simbolik kepada perjuangan mereka yang mahu membersihkan Kuin daripada unsur-unsur yang menafikan hak mereka. Antara tuntutan yang dibangkitkan ialah Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan kerana didakwa gagal berfungsi sebagai ketua jabatan yang adil serta menyiasat Insaniah Holdings dan anak syarikatnya.

Mohamad Azki Hafizi berkata, lima perkara asas yang dibangkitkan ialah penangguhan pelaksanaan pekeliling kerajaan membabitkan kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan kenaikan kadar bantuan sara hidup. “Perkara lain yang turut dibangkitkan ialah kemudahan ketika cuti sakit dan masalah kesihatan Rektor, menyiasat Insaniah Holdings, wujud nepotisme dalam Insaniah Holdings serta hubungan Kuin dengan Bina Darulaman Berhad (BDB),” katanya.

Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Canselor Insaniah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Pro Canselor Insaniah, Datuk Dr Abdul Halim Ismail; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, kakitangan Kuin turut mengemukakan memorandum tuntutan kepada Rektor apabila Kuin gagal membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan termasuk tunggakan gaji, yang didakwa berpunca daripada krisis kewangannya.

Kemelut Kuin mula mendapat perhatian apabila ia dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, April lalu. Mahdzir sebelum ini mendedahkan Kuin berdepan krisis kewangan yang serius selain mendesak Azizan memperjelaskan peruntukan yang disalurkan.

Krisis ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila Kuin didakwa meminta bantuan kewangan Menteri Besar Incorporated (MBI) sebanyak RM500,000 bagi menyelesaikan pembayaran gaji kakitangan bulan lalu. Difahamkan, bayaran gaji kakitangan Mei dibuat dua peringkat iaitu gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakala gred 45 ke atas dibayar selepas menerima bantuan MBI.

Ini bukan pertama kali kerana Kuin pernah memohon bantuan MBI sebanyak RM2 juta termasuk dari Syarikat Air Darul Aman (Sada) RM2 juta. Sebelum ini, Mahdzir mendakwa antara punca krisis kewangan disebabkan anak syarikat Kuin gagal berfungsi selain menjadikan pelajar sebagai mangsa dengan mengenakan caj tinggi seperti yuran pengajian dinaikkan (RM60-RM200 jam/kredit), caj pemeriksaan kesihatan (RM150-RM250), caj RM25 kepada calon baru untuk semakan permohonan.

K7L : Selesaikanlah...aduii.....ni ke 'Berkebajikan'?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk