26/02/2012

Isu Khalwat @drbadrulamin Jejaskan Ceramah Jentera PKR Pahang?



Insiden memalukan PKR dimana Ustaz Badrul Amin telah ditangkap khalwat di Swiss Garden Hotel, Kuantan dengan isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, wanita tersebut dikatakan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti di kawasan Rompin. Difahamkan Badrul Amin hadir di Kuantan untuk menyertai Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di MS Garden And Spa, Kuantan yg dijadualkan pada 24-25 Feb 2012 .

Diperkatakan 'Manager On Duty Hotel Swiss Garden telah memanggil salah seorang kepimpinan PKR yang turut menyertai majlis itu untuk memaklumkan penangkapan tersebut. Badrul Amin yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PR Selangor bertaraf Exco Kerajaan Negeri dilihat seumpama menjadi punca kegagalan ceramah di Pahang.


Gagal! Itu yang dapat Keris gambarkan suasana ketika ceramah perdana pelancaran jentera PKR untuk PRU13 di Dataran Rakyat Jalan Beserah, Kuantan, Pahang. Saat Keris sampai bersama rakan-rakan seramai 15 orang, Chegubard sedang 'meraban' di pentas bercerita tentang sawit dan menunjukkan dokumen hanya daripada atas pentas. Jika benar sebarkan sahaja dokumen itu. Ternyata retorik!




Setelah risikan dilakukan kami sedia maklum bahawa hanya Chegubard dan Anwar Ibrahim sahaja yang berpidato dalam Ceramah Jentera PKR Pahang tersebut. Aneh! Kemana perginya kepimpinan PKR yang lain terutamanya Fuziah Salleh? Apakah mereka tidak sebulu dengan Chegubard ataupun Anwar Ibrahim? Atau mereka tahu tidak ramai yang akan hadir maka mereka malu? 



Apakah dengan seramai 500 orang yang mendengar ceramah dan beberapa orang yang membeli-belah di khemah-khemah berniaga milik orang PAS adalah jentera pilihanraya PKR Negeri Pahang? Inikah kekuatan yang ditunjukkan walaupun dengan kehadiran ketua umum PKR sanjungan mereka? Pada Keris, inilah bukti PKR sebenarnya dalam keadaan yang 'lemah' untuk menghadapi pilihanraya. Mereka sudah lemah sebab itu Fuziah beria-ia mahu lakukan Himpunan Dosa 2.0 esok pagi. Mereka terdesak untuk dapatkan undi!

p/s: Nantikan video Anwar bercakap pasal Firaun..

K7L : Agak-agak kalau PAS keluar pakatan..PKR boleh hidup ke?

25/02/2012

Fatwa Haji Hadi Tentang Lynas? - @fuziah99 Mahu Kata Apa Lagi!

Ini bukti bahawa Haji Hadi juga dah suruh rujuk Dr Che Rosli Che Mat tapi kenapa Keris dengar bukan main ramai lagi orang PAS yang disuruh hadir? DAP dan PKR jadi pengarah, PAS ditunggang lagi selepas BERSIH 2.0?


Published with Blogger-droid v2.0.3

[Video] - Pemuda Serang Pejabat PKR Tentang Isu Anwar-Israel?





K7L : Dewan Pemuda PAS mana?..takkan diam je?.. 

Hadis Istimewa Daripada Blogger "Aku Budak Skema"



Hadis 1:

Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.

Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)

Hadis 2:

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hadis 3:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:

”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”

Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Hadis 4:

Dari Asma’ r.a katanya:

"Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ‘Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,”Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?” Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, “Ayat? (tanda kebesaran Allah?)” Jawab ‘Aisyah, “Ya! Tanda kebesaran Allah!”

Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ‘Asma selanjutnya,”Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah.

Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:”Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:
”Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:”Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.”

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur.
Katanya,:”Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.” Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,:”Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.” (Muslim)

Hadis 5:

Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:
"Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.” (Muslim)

Hadis 6:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.”(Muslim)

Hadis 7:

Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza’, dari Akramah katanya: ”Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali:”Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk.

Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:”Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda:”Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab:”Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah.”(Bukhari)

Hadis 8:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)

Sumber : Mie Tazkirah

K7L : Kalau tak faham boleh tanya pada Ustaz Fathul Bari..

Double Y Mahu Tembak Tun Faisal? - #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League'




Dipetik daripada blog YY " #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League' - Sirkit Pertama". Terasa geram pula tidak dapat bersama mereka untuk sama-sama menembak! Apakan daya perjuangan demi agama bangsa dan negara di aras tertinggi maka Keris tinggalkan jua niat untuk menembak blogger Putrajaya-Online secara dekat. Namun begitu anda semua jangan lepaskan peluang untuk menyertai mahupun hadir untuk melihat mereka semua beraksi!


Siri Kejohanan Paintball “Malaysia Woodsball League” merupakan satu kejohanan paintball scenario ataupun rekreasi (recreational paintball) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Siri kejohanan ini merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan di dalam 3 siri kejohanan tempatan dan 1 Kejohanan Antarabangsa.

Kesemua lokasi kejohanan tempatan dijalankan di seluruh Malaysia, manakala lokasi untuk acara antarabangsa masih di dalam perbincangan dan dijangka akan diumumkan selepas siri kedua kejohanan ini.

Sasaran penyertaan adalah pasukan paintball scenario tempatan dan dirantau ini manakala untuk siri antarabangsa penyertaan sulung dari pasukan pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Eropah turut dijangkakan.


OBJEKTIF KEJOHANAN “MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE”

Objektif MWL di dalam penganjuran Liga ini di Malaysia adalah berdasarkan perkara perkara berikut:
  • Meletakkan Malaysia sebagai hab sukan paintball di dunia.
  • Menyerlahkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan lasak dan pelancongan di Asia.
  • Membantu usaha kerajaan di dalam menggalakan kemasukkan pelancong asing ke Malaysia melalui sukan pelancongan.
  • Merealisasikan Program Penjenamaan Global Malaysia (Malaysia Global Branding Programme).


ATURCARA KEJOHANAN

Hari Pertama (25/2/2012)

7.30 pagi Pendaftaran Pasukan
8.30 pagi Kejohanan bermula
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
6.00 ptg Tamat Kejohanan Hari Pertama

Hari Kedua (26/2/2012)

8.30 pagi Kejohanan Hari kedua bersambung
10.00 pagi Ketibaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk upacara pelancaran Malaysia Woodsball League (MWL).
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
3.00 ptg Acara untuk Pengunjung Kejohanan
5.00 ptg Upacara Penutup Kejohanan dan Penyampaiaan Hadiah dan Cenderamata kejohanan kepada VVIP serta Sesi bergambar bersama Pasukan Pasukan.
6.00 ptg Tamat Kejohanan Sirkit Pertama

Kategori

1. Kategori Terbuka

Kategori ini terbuka kepada semua pasukan pasukan paintball dari semua liga paintball seluruh negara.
Jumlah peserta untuk satu pasukan ; 10 orang termasuk 3 pemain simpanan.
Masa Permainan : 10 minit
Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
Sasaran jumlah pasukan : 15 pasukan

2. Kategori Taktikal

Untuk pasukan pasukan novis dan kategori belia dan terhad kepada penggunaan perkalatan taktikal sahaja
Jumlah pemain satu pasukan : 10 orang termasuk 3 pemain simpanan
Masa permainan : 10 minit
Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
Sasaran jumlah pasukan : 20 pasukan

3. Kategori Milsim

Kategori Milsim merupakan kategori simulasi ketenteraan (milllitary simulation) dimana format dan objektif permainan mempunyai variasi berlainan bagi setiap siri. Kategori yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini dimainkan didalam tiga disiplin:

1. Ketahanan (Endurance)
2. Tepat dan Cepat (Fast and Accurate)
3. Misi dan Objektif (Mission and Objective)

Selamat menembak kepada team UMB + Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan semua yang terlibat!

K7L : Agak-agak Tun Faisal ada orang nak tembak dia tak?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk