29/09/2011

Undi DAP Masuk Syurga?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Mesyuarat Majlis Kepimpinan PR bersetuju Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan serta bukan menjadi suatu agenda manifesto Pakatan Rakyat, Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan juga turut dibincangkan bersama walaupun mereka sebenarnya bukan ada kuasa untuk membentangkan apa-apa.
 
Mereka habis bermesyuarat semalam lebih kurang jam 12 tengah malam.

Apa yang amat memalukan adalah dimana melayu PAS dan PKR hanya mengangguk kepala ketika DAP yang lantang berbicara sehingga ramai yang keliru samada Anwar Ibrahim masih menjawat jawatan Ketua Pengangkang Pembangkang atau jawatan itu kini disandang oleh pemimpin DAP.


Di dalam majlis tersebut sudah jelas menggambarkan bahawa setiap satu ayat DAP suarakan mereka perlu ikut, dimanakah ketegasan pihak PAS didalam isu hukum hudud? Mana Nik Aziz? Kenapa beliau diketepikan? Apakah PAS berada di tangga ketiga didalam PR tidak punya hak bersuara? Macamana ni?

Sekali lagi rakyat Kelantan ditipu oleh pemimpin-pemimpin PAS yang kini sudah menjadi 'lembu' kepada DAP. Hudud seperti yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan akhirnya terkubur dan tidak akan dilaksanakan demi memenuhi permintaan DAP. Lepas ini jangan terkejut kalau ada yang berkata 'Undi DAP Masuk Syurga'.

Bicara kes hudud? Tunggu lagi lima tahun sebelum pilihanraya lagi sekali cerita ini akan bermain di mulut mereka.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris rasa nama Parti Islam Se-Malaysia tu dah tak relevan dan tidak layak. Minta pihak PAS tukar nama parti sebab dah tak nampak ciri-ciri Islam dah..kumpulan pemimpin yang tiada pendirian..dasar 'lalang'

28/09/2011

Kurang Ajar! Hishamuddin Rais Hina Sultan Perak!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik dari PAGE MAMAT SENGAL NI..

ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.

NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah


Kurang Ajar!. Siapa dia untuk mempertikaikan sistem giliran Kesultanan Perak?. Lahir pun di Negeri Sembilan, mahu sibuk cerita pasal sultan negeri Perak?.

Keris rasa Isham ni hidup kurang kasih sayang itu pasal jadi macam itu, semua benda silap sahaja di mata dia. Manusia macam Isham Rais ni elok hidup dalam dunia dia sendiri dimana dialah hakim, dialah pesalah dan semuanya dia didalam dunia tersebut. Dah semua orang salah dan dia aje yang betul, baik duduk dalam dunia dia sendiri dan tak menggangu orang lain.

Mungkin kerana terlalu lama 'membuangkan dirinya' ke luar negara dia terlupa akan rukun negara iaitu 
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Keris perhatikan tiada satu pun garis panduan rukun negara yang diikuti oleh Isham Rais, layakkah dia duduk di Malaysia? Sejarah pun dia pertikaikan, kuasa polis diperkotak-katik, cakap memang takde sopan langsung. Dia ni bukan melayu kot. Buat malu bangsa je!


Kepada semua aktivis melayu, apa pandangan anda semua terhadap kenyataan biadap Isham Rais ini terhadap Sultan Perak? Dia menghina dengan meletakkan gambar 'permainan rebut kerusi' sebagai satu simbolik kepada penggiliran tersebut?. ISA ada lagi kan, tangkap jelah dia ini!!

Kepada kerajaan negeri Perak, sila ambil tindakan terhadap mamat kurang kasih sayang itu!

biarpun Keris lahir di Selangor namun Sultan Melayu tetap dihormati. 

DAULAT TUANKU!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Nanti Keris akan ceritakan Al kisah Isham Rais yang dikatakan bangga tidak pernah solat..tunggu...

27/09/2011

Misi Tawan Kembali Selangor Bangkit Semakin Hampir?!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah pasukan Selangor FC semakin menghampiri gelaran Piala Malaysia yang ke 33. Keputusan kemenangan 2-1 kepada Kuala Lumpur FC menjadikan misi tawan kembali Piala Malaysia semakin hampir.



Apapun Keris mahukan semua penyokong Selangor terus menyokong pasukan kita dan bagi pemain-pemain pula, momentum kemenangan serta semangat yang membara harus diteruskan.

Semoga berjaya apabila menghadapi lawan pada selasa hadapan iaitu bertemu dengan pasukan Perak FC.

Akhir kata dari Keris, misi kita bukan sahaja untuk menawan kembali gelaran Piala Malaysia, rakyat Selangor juga punya misi tersendiri iaitu selamatkan Selangor dari terus dipermainkan pihak PR.


Undilah Barisan Nasional dan Tolak PR!!!

VIVA RED GIANTS!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Merah kuning lambang kebanggaan! Selangor merancang kejayaan!

Wasiat Yang Perlu Guan Eng Faham Dan Kongsi Dengan Kawan-Kawannya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Keris pasti dia pernah tahu tentang tujuh wasiat ini. Tapi nampak macam tidak berkesan, apakata sekali lagi kita suruh dia baca. Khas buat dia dan rakan-rakannya yang masih kauvinis dan rasis!




















kredit : MyMassa

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kenapa mereka ini tidak ada datukship?..sebab tidak menghormati institusi raja-raja macamana nak dapat! mereka ini ultra kiasu!

Adakah Seorang Penzina Layak Diangkat Sebagai Pemimpin?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Kepemimpinan amat berkait rapat didalam pembentukan suatu motivasi serta suatu anjakan kepada penyokong atau pengikut dalam mencapai misi sesuatu organisasi. Dalam usaha mencapai matlamat ini, bersatu-padu , saling percaya, dan harga diri akan berkembang dimana sifat dan sikap pemimpin akan diterapkan kepada para penyokong atau pengikutnya. 


Seorang pemimpin yang baik akan membantu di dalam perkembangan nilai-nilai murni  sesebuah organisasi mahupun sebuah institusi, namun kegagalan seorang pemimpin dalam membina integriti akan meracuni semua kesatuan yang ada, menghancurkan kepercayaan sesama sendiri, dan mematahkan persatuan atau keutuhan organisasi.


Bercakap tentang integriti, skandal seks adalah salah satu aspek penting dalam pembentukan seseorang pemimpin . Jadi apabila menyebut dari segi zina atau skandal seks terutama pemimpin beragama Islam, maka persoalan yang akan timbul adalah 'layakkah penzina menjadi pemimpin? adakah beliau mempunyai integriti atau tidak?. 


Pada pendapat Keris, seorang pemimpin haruslah mempunyai standard integriti yang tinggi kerana 'Attitude Reflects Leadership'. Mari kita dengar ceramah seorang penceramah bebas mengenai isu ini.



Renungkan apa isi yang diperkatakan serta terjemahkan dengan keadaan politik sekarang. Anda pilih anda dapat!. 
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kepimpinan pusat harus bijak didalam memilih calon..'Winnable Candidates' harus dipilih oleh akar umbi..jangan jadi macam PR..carca marba..sampai presiden ngan timbalan presiden kongsi-kongsi..ptuih!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk