25/01/2012

Pemuda PAS Baling Mengamuk! Taib Azamudden Ketaq Lutut?



Terdapat satu masalah di Baling, Kedah iaitu dikatakan ahli parlimen mereka tidak pernah turun padang bertemu dan mendengar luahan penduduka kampung. Mati kita lihat benar atau tidak?.

Menurut petikan artikel blog Arif Omar :

SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?


Dan blogger Kedah Ke KL pula mendedahkan tindakbalas Pemuda PAS Bahagian Baling sendiri yang mengamuk dan marah dihadapan Markas PAS :




K7L : Kalau tak mahu buat kerja..jangan jadi wakil rakyat!..

Eksklusif - Rakaman Interbiu Dr Hasan Ali - Bicara Akidah



Masih bermain di dalam kotak fikiran Keris akan peristiwa serbuan pihak JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lepas apabila
 terbaca artikel Sinis Malaysia. Difahamkan sebahagian daripada krew Kritis-Online telah menemuramah Dr Hasan Ali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai isu tersebut [Sebelum HIMPUN diadakan]. 

Rakaman video itu baru dapat disiarkan semalam kerana Dr Hasan Ali telah berpesan agar video intebiu tersebut tidak dikeluarkan melainkan ianya diluluskan sebagai menghormati jawatan yang disandangnya ketika itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Pembaca boleh lihat 'review' interbiu tersebut dalam bentuk penulisan di SINI.

“Ya! berkhidmat untuk rakyat pun iya... working for people pun iya juga... but the important is... I'm working to obey God!”. Ini antara ayat yang Dr Hasan Ali ucapkan ketika ditemuramah. Tonton video di bawah dan dengar dengan teliti agar anda faham sepenuhnya.


Menurut Sinis Malaysia ini adalah kemuncak krisis Selangor sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam dua artikel beliau sebelum ini SINI dan SINI. Keris merasakan PAS kini semakin hilang arah dalam memperjuangkan entiti Islam yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka. 

K7L : Adakah ini merupakan satu bukti bahawa Dr Hasan Ali bukan dipecat kerana politik tetapi kerana beliau menentang permurtadan serta perjuangkan akidah umat Islam Malaysia?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk