Sebenarnya ramai diantara kita terlepas pandang mengapa masalah sosial di kalangan budak sekolah semakin bereluasa. Seringkali kita dengar pihak sekolah yang dipersalahkan di atas beberapa perkara namun kita terlupa bukan sahaja ibu bapa yang perlu memikul amanah.
Masyarakat juga perlu sedar akan polemik ini dan keluar dari kepompong 'Janji bukan anak aku'. Kadang-kadang kita tengok ada je pasangan budak sekolah bercumbu-cumbu di taman-taman dekat rumah kita. Ada inisiatif untuk tegur?
Tapi ada juga yang bila tegur, ibubapa budak yang ditegur pula marah. Ini pernah berlaku pada diri Keris. Budak umur 14 tahun bercium di taman permainan depan rumah, bila ditegur dan bawa ke rumah untuk beritahu ayah dan ibunya, saya pula dimarah dengan kata mereka "Jangan nak ajar saya untuk didik anak saya".
Sekarang apa yang kita perlu buat? Nak buat kempen kesedaran apa lagi ya? Apapun sama-sama kita awasi anak gadis kita. Yang teruna ni orang tak tahu teruna atau tidak tapi yang perempuan sekali kena dah tak ada jalan untuk kembali dara.
Renungkan dan selamat berdiskusi.
K7L : Masalah sosial menjadi agenda utama yang akan Keris bawa ke hadapan..
Zaman Hpon ade kamera ni, elok kita ambil gambar dulu dan beri/sms kan gambar tu kpd yg patut.
ReplyDeleteKata nasihat kita budak-budak tu akan seleweng kan tapi jika dah ade gambar mungkin mak/bapak budak tu takut jika disebarkan. Terpulang kpd mak/bapak tu.
Hanya pendapat.
jelmaan hero malaya yg dinantikan....
ReplyDeleteTeruskan usaha baik tuan untuk menasihat. Buat yang termampu. Selebihnya serahkan kpd Allah SWT.
ReplyDelete