10/12/2015

Projek Pembangunan Kerajaan BN - Persimpangan Seri Kembangan MEX Siap!


 

Alhamdulillah. Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Lebuhraya MEX) di KM16.5 Lebuhraya MEX akan dibuka mulai Ahad ini. 

Tempoh percubaan tanpa tol selama sebulan akan diberi kepada pengguna persimpangan bertingkat sepanjang 1.8 kilometer (km) itu dengan kadar tol sebenar akan diputuskan Kementerian Kerja Raya selepas itu. 

Projek persimpangan bertingkat itu membabitkan kos pembinaan RM112 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Maju Expressway Sdn Bhd dengan RM20 juta kos pengambilan tanah ditanggung kerajaan. 

Persimpangan bertingkat yang menyediakan laluan masuk dari Jalan Putra Permai yang membolehkan pengguna ke Putrajaya menerusi MEX dengan lebih cepat berbanding menyusur laluan sejauh 17km ke lebuh raya berkenaan. 

Persimpangan bertingkat itu dibina sejak 2 Disember 2013 dengan kos keseluruhan RM138 juta dibina bagi memberi pilihan kepada penduduk di Seri Kembangan dan kawasan sekitar yang kini mengalami masalah kesesakan trafik.

Inilah petanda bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa cakna dalam menyelesaikan masalah rakyat. InsyaAllah bermula hari ahad nanti kesesakan lalulintas dapat dikurangkan serta perjalanan bagi pengguna jalan tersebut dipermudahkan.

K7L : Ini projek Barisan Nasional!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk