01/04/2015

Pergi SJKC Orang Tak Kenal Siapa Idris Jusoh?




Kalau Boss sendiri tidak kenal, apa kualiti anda sebagai pekerja? Itulah yang terjadi kepada seorang guru apabila beliau bertanyakan kepada Menteri Pendidikan II, DS Idris Jusuh, "Encik dari mana?" "Bahagian mana Encik?"

Nampak perkara ini seperti satu jenaka gurauan. Keris pun tak percaya cerita ini kalau DS Idris Jusoh sendiri tidak mengemaskinikan cerita ini dalam laman sosial Facebook beliau.

Inilah hasil pemurah Kerajaan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sehinggakan sampai ke tahap Menteri pun mereka sudah tidak kenal. 

Bagaimana agaknya beliau hendak memilih pemimpin Barisan Nasional sekiranya Menteri dan Timbalan Menteri mereka tidak kenal? 

Cuba tanya guru berkenaan, "Cikgu tahu Setiausaha Agong DAP?", "Cikgu tahu pemimpin Singapura yang meninggal sehari dua lepas?", dan jangan terkejut kalau jawapannya betul.

K7L : Takkan pengetahuan am pun tak tahu..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk