Nampaknya semua dah mula mengorak langkah. Game pemilihan PAS sudah on! DAP sudah mula masuk jarum cucuk sana sini bagi jadi lagi huru-hara. Yang tak senang duduk pun ramai termasuk Timbalan Presiden yang mana pertembungan PANAS akan berlaku.
Apa yang orang tak tahu, memang wujud tangan ghaib di sebalik team liberal yang sedang cuba memperkemaskan kerusi masing-masing dan ada yang membuat cubaan 'naik pangkat' bagi memenuhi permintaan 'tangan ghaib' mereka.
Jika liberal menang maka PAS akan dikuasai sepenuhnya oleh pihak tertentu menjadikan team Ulama akan 'dikafan dan dikuburkan' terus. Apakah yang akan berlaku sekirang Team Liberal kalah?
Khalid S pun dah bagi hint. Memang PAS yang tidak dapat dipergunakan akan dibuang daripada PR seiring dan senada dengan beberapa pemimpin PAS yang memang menginginkan 'jalan sendiri' dalam politik.
PAS kini dah mula hilang arah tujuan lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Arwah Nik Aziz. Tak apa. Kita tengok apa langkah seterusnya team liberal. Satu persatu dah mula tunjuk baju dan muka.
Mungkin mereka sudah bersedia. Do or Die.
K7L : Lagi best dari pemilihan UMNO..













