06/04/2018

Selepas Mahu Pecat Penjawat Awam, Mahathir Perlekeh Polis & Tentera Pula



Dulu anaknya, Mukhriz Mahathir pernah menyatakan Pakatan Harapan akan memecat pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) jika gabungan itu memerintah negara. Namun selepas dikecam hebat, Mukhriz mendakwa kenyataannya diputar belit.

Kini bapanya pula, Mahathir Mohamad memperlekeh dan mengkritik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada kerajaan.

Ternyata Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) amat takut dan gelabah bila  Panglima Angkatan Tentera,  Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan ATM akan setia kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

Apabila Raja Mohamed Affandi berkata demikian, Mahathr mendakwa Perdana Menteri kini mempunyai tentera sendiri. Dalam hal ini, Mahathir tidak menggunakan asas yang kukuh berlandaskan undang-undang Malaysia walhal setiap anggota polis dan tentera di Malaysia termaktub di dalam sumpah setianya terhadap Raja dan Negara (selari dengan Rukun Negara).

Ini juga menepati manifestasi komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu melalui misi memartabatkan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara.

Ini juga dipegang sebagai objektif penubuhan polis iaitu mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Maka tiada salahnya apa yang Perdana Menteri seru iaitu meminta polis dan tentera terus menyokong serta membantu kerajaan sedia ada.

Bukankah ketika Mahathir perintah negara selama 22 tahun dahulu, polis dan tentera juga memberikan memberi sepenuh taat setia kepada beliau selaku Ketua Kerajaan?

Kenapa apabila Mahathir sudah bersama dengan Pakatan Harapan, beliau boleh menukar nada pula? Kenapa agaknya penjawat awam menjadi sasaran?

Adakah kita mahu mereka ini menjadi pemimpin negara? Belum pegang negara, sudah berangan mahu mengecilkan saiz penjawat awam. Bukan itu sahaja, tentera dan polis juga diperlekehkan.

Tolaklah pemimpin seperti ini. Mereka begitu berbeza dengan corak pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Najib. Banyak faedah dan manfaat diberikan kepada penjawat awam malah hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan khabar gembira kepada penjawat awam.

Kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 kepada 1.6 juta penjawat awam. Ia menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu prihatin dan tidak pernah mengabaikan penjawat awam.

K7L : Apa nak jadi Boboi ni?..

05/04/2018

Apa Kata Saifuddin Nausution Dan Anwar Pasal Hal Agama Mahathir?



Tengok sendiri apa yang mereka kata. Sebab itu bukanlah nak merendahkan Mahathir. Tapi dengar apa yang kawan-kawan baru dia cakap tentang Mahathir yang sibuk cerita pasal halal haram.

K7L : Dikudakan budak-budak tu..

MCA Kawan, DAP Lawan - Kena Ingat Perkara Ini!




Ketika ini, MCA telah menjadi sasaran DAP, yang mempunyai matlamat untuk meranapkan parti berkenaan. Dengan kata lain, ia mahu menghapuskan MCA, iaitu sebuah parti yang mewakili kaum Cina di negara ini.

Maka dalam hal ini, adalah perlu bagi pengundi untuk membezakan siapa kawan dan siapa lawan kerana DAP selama ini memang cuba menangguk di air yang keruh. 

MCA sudah memberikan janji taat setia serta mempunyai pendirian yang kuat bersama-sama dalam Barisan Nasional (BN) walaupun pada satu ketika, ada pemimpin DAP, Lim Lip Eng pernah mengajak MCA supaya meninggalkan UMNO dan bekerjasama dengan Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, DAP telah membuat provokasi dan menghasut kaum Cina supaya menolak MCA.

DAP memberi alasan kononnya akan berlaku Tsunami Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, yang menyaksikan peralihan sokongan orang Melayu daripada BN kepada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menakutkan kaum Cina yang menyokong MCA.

Realitinya, Tsunami Melayu tidak akan berlaku sebaliknya PRU14 ini bakal menyaksikan Tsunami Cina apabila pengundi Cina mula beralih arah dan kembali kepada BN.

DAP sebenarnya tidak mempunyai pendirian langsung dan tidak setia. Kalau dulu, DAP bekerjasama dengan PAS dan selepas memutuskan hubungan dengan parti Islam itu, kini merekalah pengkritik paling lantang terhadap PAS dengan dibantu parti serpihannya, PAN.

Pendirian DAP terhadap bekas pemimpin UMNO juga tidak konsisten. Dulu seteru politik mereka ialah Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Bermacam-macam gelaran diberikan tetapi apabila sudah duduk satu pentas, DAP sanggup menjilat ludah mereka itu, semata-mata kerana matlamat perjuangan mereka untuk menguasai negara.

Inilah wajah sebenar DAP yang mahu menguasai Putrajaya. Dengan angkuh mereka kini tidak segan silu menunjukkan kemesraan dengan Mahathir, yang juga bakal calon Perdana Menteri kitar semula untuk Pakatan Harapan.

Jangan lupa kepada pendedahan bekas orang kuat DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri. Walaupun dinafikan Kit Siang namun apa yang diperkatakan oleh Tunku Abdul Aziz itu perlu diambil serius.

Apa yang pasti sewajarnya pengundi Cina memberikan pengajaran kepada parti DAP ini. MCA dan DAP adalah dua parti yang berbeza prinsip. Perjuangan DAP di Malaysia juga adalah untuk membentuk sebuah negara yang sekular berpaksikan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Tidak seperti MCA, DAP lebih bersifat anti Melayu. Bukan itu sahaja, DAP juga pernah dikaitkan dengan dakwaan menerima dana berjumlah RM1.2 bilion daripada Israel. Walaupun DAP mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan berkenaan pada 2016, namun hingga kini, ia masih mendiamkan diri.

Seperti kata Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker, walaupun MCA diperlekeh, dipersenda dan dijadikan bahan lawak oleh juak-juak DAP, harus diingat MCA tidak pernah mengkhianati hubungan setiakawan dengan orang Melayu dalam UMNO dan rakan-rakan lain dalam BN. 

Malah MCA tetap setia dan menjadi sahabat sejati walaupun UMNO telah dibubarkan pada tahun 1988 semasa Mahathir menjadi presidennya.

K7L : Kenal siapa lawan dan siapa kawan..

Hadiah Untuk Penjawat Awam - Baca Untuk Tahu!



Tahniah kepada seluruh penjawat awam. Berikut adalah Intipati Amanat PM pada MAPPA Kali ke-16.

1. Pemendekan _Time Based Service_ untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji dan pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing-masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara _one-off_.

7. Aktiviti-aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara-pesara kerajaan akan ditentukan tambahan kuota haji bergantung kepada peruntukan kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.

PRU14: Tsunami Melayu Tidak Akan Berlaku - Tetapi Tsunami Cina Kembali Pada BN Akan Berlaku!



Beberapa akhbar berbahasa Cina pada masa ini mendakwa `tsunami Melayu' akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Dakwaan itu dibuat kononnya orang Melayu akan beralih sokongan daripada menyokong Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

Isu tsunami Melayu ini tidak akan berlaku kerana hanya media-media Cina ini yang memainkannya. Sebaliknya tsunami Cina yang diramal berlaku di mana orang Cina akan kembali semula kepada BN.

Ini kerana PH gagal dalam mentadbir negara walaupun sudah diberikan mandat di Pulau Pinang dan Selangor.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP, masalah banjir di negeri itu tidak mampu diselesaikan. Bukan sahaja banjir, tanah runtuh juga berlaku.

Manakala ketua menterinya, Lim Guan Eng kini dihimpit dengan skandal terowong dan beliau sendiri berdepan dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah, sekali gus slogan `cekap, telus dan amanah' atau CAT  telah dibakulsampahkan oleh Guan Eng sendiri.

Bukan itu sahaja, kaum Cina juga beralih sokongan kepada BN kerana pelantikan Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH. 

Dengan usia 93 tahun, mampukah beliau untuk mentadbir semula negara dan persoalan mengenai tahap kebolehan dan kemampuannya kini diragui ramai.

Malah akar umbi dalam DAP sendiri tidak senang dengan penerimaan parti itu terhadap Mahathir namun mereka mendiamkan diri tapi itu akan ditunjukkan pada PRU nanti. Akar umbi dalam DAP ini tidak pernah menyukai Mahathir.

Bukan itu sahaja, ura-ura bahawa Mahathir akan menggunakan logo DAP pada PRU nanti akibat masalah pendaftaran PPBM yang masih belum selesai juga tidak dipersetujui oleh ahli-ahli DAP.

Malah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu laporan Utusan Online pada 24 Februari lepas menyatakan bahawa Mahathir tahu akan kegagalan PPBM itu. 

“PPBM adalah sebuah parti yang gagal, Dr. Mahathir hanya mencari sebab dan punca untuk menga­baikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.

“Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembangkang sudah gagal memenangi pengundi Cina, jadi mereka cuba meyakinkan kaum Cina bahawa tidak lama lagi akan berlaku tsunami Melayu yang menyokong PH, semata-mata kerana mahu mengekalkan undi kaum Cina.

Kebimbangan semakin terserlah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program untuk kaum Cina termasuk menerusi skim MCE. Ia diharap dapat memberi manfaat kepada usahawan muda Cina berusia antara 18 hingga 45 tahun dalam bidang keusahawanan. 

"Tidak ada sesiapa yang ditinggalkan. MCE harus mudah diakses oleh kaum Cina yang mahu turut serta ke arah menjayakan transformasi digital.

"Maka, saya meminta belia Cina dan PKS merebut peluang keemasan ini bagi membolehkan transformasi digital anda berjaya dan berperanan penting menjadikan Transformasi Nasional 2050 (TN50) kenyataan," katanya ketika berucap melancarkan MCE di Seri Kembangan.

Jika dibandingkan Mahathir dan Najib, Mahathir boleh bawa pembangunan tetapi hati beliau tidak dekat dengan rakyat. Najib boleh menguruskan kerajaan, ekonomi dan bawa pembangunan serta mempunyai sentuhan istimewa dengan rakyat.

Mahathir mahu menakutkan bangsa Cina kerana beliau memerlukan undi dari orang Cina untuk membawa PH menang PRU14. Itu yang cuba dilakukan jadi jangan terpedaya dengan taktik yang cuba dimainkan Mahathir dan sekutunya itu.

K7L : Nampaknya Pembangkang dah mula goyang..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk