03/03/2018

Balut Tengkuk : Drama Pembangkang Untuk Raih Simpati & Tipu Rakyat



Bulan Julai 2011, ketika himpunan Bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur, N. Surendran, peguam Anwar Ibrahim mengadu pada Malaysiakini bahawa Anwar berdarah di kepala dan cedera di lutut. Kononnya dikasari semasa berada di KL Central. 

Selepas itu, bila masuk wad, Anwar Ibrahim ambil gambar kononnya teruk sangat cederanya. Balut tengkuk sambil pakai baju Bersih atas katil hospital. Kata berdarah di kepala dan lutut, kenapa tengkuk yang kena balut? 

Ini bukti jelas, Anwar Ibrahim hanya berbohong semata mata pada waktu itu. Drama sakit tengkuk yang sama ketika dipapah oleh Azmin Ali pada tahun 1998 dulu. Hingga satu video mengkantoikan bahawa Anwar tidak sakit dan sempat lagi menari nari dalam video tersebut. 

Kini, lakonan balut tengkuk diguna balik oleh Azmin. Drama yang sama mahu diulang oleh Azmin untuk raih simpati rakyat di Selangor. Isu tanah Ijok bernilai RM1.18 juta masih belum dijawab, datang pula cerita Azmin sakit pinggang. 

25 Februari 2018, Teng Chang Kim, Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Petaling Jaya berkata Azmin Ali tidak dapat hadir program tersebut kerana menghadapi masalah 'annular disc tear'.

"Atas nasihat tegas doktor, beliau dikehendaki menjalani rawatan di hospital termasuk prosedur fisioterapi intensif untuk satu tempoh yang secukupnya," kata Teng. 

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, Azmin cedera ketika sedang membersihkan rumah dan menyusun semula perabot di rumahnya. 

Pelik sangat cara kecederaan itu berlaku. Masa sedang buat "projek aiskrim" selama 45 minit dalam tandas boleh pula tidak sakit. 

Kata seminggu sakit dan kena jalani rawatan fisioterapi, tiba tiba hari ini Azmin muncul dengan gambar memakai "neck collar". Kata sakit pinggang, kenapa tengkuk yang kena balut? Ini lawak. 

Balut tengkuk dan sakit pinggang ini adalah skrip drama pemimpin pembangkang yang diulang ulang untuk raih simpati rakyat sahaja. Mat Sabu pernah tiru drama ini, balut tengkuk dan duduk sekejap atas kerusi roda selepas Bersih 2. 

Bagi budak budak berhingus macam Syed Saddiq dan geng geng Armada PPBM mereka mudah terpesona dengan lakonan hebat ini. Mudah hendak kena tipu. 

Rakyat Selangor kena tolak lakonan Azmin yang menjijikkan ini. Ketika pakatan pembangkang di Selangor dalam krisis dan bergaduh kerana berebut kerusi. Ketika banyak isu dan skandal dalam kerajaan Selangor dibongkar. 

Ketika itulah datang semula lakonan balut tengkuk meminta simpati dari Azmin Ali. Jangan jangan selepas ini, Azmin juga mahu terbang ke Jerman untuk buat rawatan sakit pinggang. 

Ini semua wayang sahaja. Sandiwara dan drama pemimpin pembangkang. Jawab dulu skandal tanah Ijok, berhentilah berlakon balut tengkuk. 

K7L : Berlakon lebih...

Menjelang PRU14, Sarawak Report Mula Menyerang KWSP Dari Luar Negara



Semakin dekat dengan tarikh PRU14, maka makin rancaklah portal dari luar negara digunakan sebagai meriam pembangkang untuk menyerang dan membuat fitnah. 

Tidak mengejutkan apabila Sarawak Report (SR) membuat fitnah terbaru terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya berlaku pemindahan bon atau dana kepada beberapa syarikat di luar negara.

"Surat Ganti Rugi" palsu bertarikh 20 Ogos 2015 digunakan oleh Sarawak Report. KWSP menafikan dakwaan jahat itu. KWSP tidak pernah berurusan mahupun memetrai perjanjian dengan Limage Holding SA, Limage Soutwest Holdings dan individu yang bernama "Mr Matrai" yang didakwa Sarawak Report. 

KWSP sudah pun membuat laporan polis pada 28 Februari 2018 atas fitnah terbaru Sarawak Report itu. 

Jika dulu serangan utama ditumpukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini ia mula beralih kepada syarikat milik kerajaan (GLC) pula sedangkan semua pihak tahu bahawa sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus KWSP memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

Ini bukan kali pertama KWSP diserang Sarawak Report, sebelum ini pada 18 Januari 2018, KWSP telah difitnah kononnya cuba menyelamatkan Battersea Power Station di London. 

Sedangkan hakikatnya, projek Battersea Power Station bernilai £8 billion itu diusahakan bersama oleh KWSP, PNB dan SP Setia. PNB memiliki 67% saham dalam SP Setia. Battersea itu dimiliki 100% oleh Sime Darby, SP Setia dan KWSP. PNB dan KWSP memiliki 62% saham dalam Sime Darby. 

Seperti biasa, SR cuba menyakinkan rakyat Malaysia bahawa ia telah menjalankan siasatan dan melihat kononnya dokumen rahsia yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Apa yang pasti SR cuba meranapkan kredibiliti Perdana Menteri namun ianya gagal sama sekali.

Dengan reputasi portal itu yang semakin buruk, amat malanglah jika ada yang percaya kepada laporan palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report itu. 

Ketika SR sibuk untuk memburukkan pentadbiran Najib, ia terlupa bagaimana editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown telah disaman oleh PAS di London kerana memfitnah parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri.

Claire kemudiannya mengheret bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dalam kemelut itu. Berdasarkan dokumen mahkamah, Ambiga didakwa memberitahu Claire tentang hubungan Najib dengan PAS termasuk dakwaan persetujuan kewangan antara kedua-dua pihak dan motif di sebaliknya.

Jika dulu Claire memberikan nama Ambiga yang kini dikatakan sedang dilamar oleh Pakatan Harapan untuk dijadikan calon mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, lepas ini nama siapa pula yang akan dipetik oleh Claire? Agak pelik apabila Ambiga tidak pula menyaman editor Sarawak Report itu sebaliknya bersikap baling batu sembunyi tangan. 

Nampak sangat selepas namanya terjejas teruk akibat saman daripada PAS itu, SR kini cuba membina semula imejnya dengan menyebarkan fitnah lagi dan kali ini melibatkan KWSP. 

Sebab itulah kita jangan terlalu taksub dan menjadikan portal seumpama ini sebagai `kiblat'. Pada Mac 2016, portal Open Source Investigations mendedahkan, Claire menerima dana daripada dua sumber walaupun beliau pernah mendakwa dirinya seorang wartawan bebas yang ‘tidak terhutang budi kepada pihak lain sama ada dari segi kewangan atau politik’.

Portal tersebut turut mendakwa, syarikat milik Brown hampir muflis dan hanya dapat diselamatkan selepas beliau bersetuju menyertai kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Tentunya Claire mendapat habuan banyak dari pihak yang mengulingkan Perdana Menteri itu. Pernah kita dengar Syed Saddiq pernah dedahkan Mahathir ada beri $AS5 billion untuk kempen media di luar negara bagi memburukkan Malaysia.

Xavier Justo juga pernah dedahkan Claire Brown mahu raikan kejatuhan Perdana Menteri Malaysia dengan sebotol arak. 

Jangan biarkan pembangkang raikan dengan sebotol arak atau memanggang babi semasa PRU14 nanti. Ajar mereka ini cukup cukup atas kertas undi. Demi agama, bangsa dan tanahair, kita pertahankan negara ini dari niat jahat mereka ini. 

K7L : Mahathir punya cai buat kerja ya?..

Siapa Yang Arahkan Stadium Shah Alam Serah Kepada Syraikat Swasta?



Kami merujuk laporan oleh Sinar Harian hari ini yang menyiarkan penafian oleh MBSA bahawa ia mengeluarkan kenyataan berhubung penyerahan Kompleks Stadium Shah Alam kepada syarikat Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) Sdn. Bhd. seperti yang ditularkan sejak semalam.

Walau bagaimanapun kenyataan itu tidak mengandungi apa-apa maklumat lanjut yang boleh digunakan untuk menafikan dakwaan tersebut yang telah mendapat perhatian meluas dalam kalangan rakyat Selangor khususnya penyokong-penyokong The Red Giant.

Justeru kami ingin kemukakan soalan-soalan ini kepada kerajaan negeri khususnya Exco Sukan, YB Amiruddin Shaari :

1. Kertas EXCO MTES No. : 5/22/2017 – Apa cerita?

2. Bagaimana pula dengan pendedahan maklumat secara meluas di Internet yang menyatakan bahawa Stadium Shah Alam kini dikendalikan oleh DEFM Sdn. Bhd.?

3. Adakah keputusan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan The Red Giant bermain di Stadium Shah Alam sebelum ini dibuat dengan persetujuan dan keakuran pihak MBSA?

Nasihat kami kepada MBSA, usahlah takut untuk berkata benar. Jutaan penyokong setia The Red Giant akan berdiri teguh bersama anda demi bola sepak Selangor kerana kami tahu yang membuat onar ialah Azmin dan Amiruddin, bukan MBSA.

K7L : Hanya persoalan yang belum terjawab..

02/03/2018

Selangor ‘Darul Lubang’ – Azmin Jangan Tak Jawab!



Tak sempat pun Azmin nak sihat, ada saja isu yang dicampak atas kepalanya. Isu tanah Ijok pun belum habis-habis lagi nak dijawab ini pula timbul isu jalan berlubang.

‘Brotherhood’ sebuah NGO yang diketuai selebiriti, Lando memberi nama baru kepada Selangor. ‘Selangor Darul Lubang’, kerana mempunyai jalan raya paling banyak berlubang-lubang di Malaysia.

Bukan lah kata isu ni tak penting, tapi kalau melibatkan nyawa rakyat, wakil rakyat perlu lah peka dan turun padang. Takkan nak tutup lubang kecil pun berbulan-bulan ambil masa.

Kalau diikutkan RM564.6 juta diperuntukkan untuk baiki semua jalan raya di Selangor. Mana perginya semua duit peruntukkan? Jawab Azmin jangan tak jawab!

Kalau Azmin tak boleh jawab, mana pemimpin parti lain. Takkan diam je.

K7L : Berhenti berlakon sakit boleh?..

Video - Rakyat Mengamuk Bila Minyak Naik Semalam?



Every Thursday everyone sure suspen one....waiting to see petrol price go up or go down...everytime go up people make noise, but when go down everybody whistle-whistle buat dunno!

K7L : Mesti ramai yang sentap dengan Douglas Lim..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk