02/10/2017

#RafiziBayarRafizi - Hanya Maki Bodoh Setelah Kantoi Besar?



Baru-baru ini sidang media dibuat oleh Rafizi melalui Facebook menyaksikan lebih 50 kali perkataan bodoh keluar dari mulutnya sepanjang sidang media sejam setengah ia berlangsung.

Tembelang Rafizi Ramli pecah apabila Rizal Mansor dan Lim Sian See membongkarkan transaksi antara syarikat Invoke Solution Sdn Bhd dan KEIP Resources Sdn Bhd.

Transaksi tersebut menunjukkan seolah-olah Rafizi melakukan perniagaan antara dua syarikat yang kedua-duanya adalah miliknya sekaligus menunjukkan si Rafizi seorang yang pandai menipu mata masyarakat dengan permainan kira-kiranya.

KEIP adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan tenaga kerja kepada Invoke. Walhal pemilik kedua syarikat ini adalah orang yang sama iaitu Rafizi. Terserlah kerakusan Rafizi dalam hal ini apabila mengaut keuntungan hasil 'permainan' dua syarikat miliknya juga.

KEIP juga merupakan satu-satunya syarikat yang menjadi pelanggan Invoke dan kebanyakkan kakitangan KEIP juga adalah kakitangan Invoke.

Urusniaga ini dipanggil Rafizi Ramli berniaga dengan Rafizi Ramli dan segala keutungan dibolot oleh Rafizi dengan jayanya sambil berjaya memperbodohkan masyarakat di luar sana.

Keuntungan KEIP dikaut dari dana yang dimasukkan ke dalam Invoke. Rafizi pernah menggelarkan orang-orang di pihak kerajaan sebagai Kleptokrasi tetapi sayangnya Rafizi sendiri yang menampakkan kebodohannya kerana menipu dengan tidak mendaftarkan KEIP kepada Jabatan Kastam untuk pengutipan cukai.

Rafizi juga mengesahkan bahawa beliau tidak menggunakan duit simpanannya terhadap Invoke. Selain itu, Rafizi menggunakan Invoke sebagai entiti perniagaan dan Invoke bertanggungjawab untuk membayar kembali RM 500 ribu pada bila-bila masa.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Rafizi adalah pemegang saham paling besar dengan 99% saham di Invoke dan KEIP sekaligus menjadikan Rafizi 'Tuan' paling kaya dalam kedua syarikat ini. Mudahkan Rafizi menipu masyarakat di luar sana.

Kerana taksub dengan Rafizi 'derma' orang ramai diberikan kepadanya. Yang kaya adalah Rafizi manakala rakyat masih terus diperbodohkan olehnya.

K7L : Jangan percaya dia ni..

Perubahan Kenyataan Oleh Pembangkang Pasal SPRM!


 

Ini adalah realiti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangkang berkenaan SPRM dan Guan Eng. Ketika LGE disiasat mereka cakap lain dan apabila dicaj oleh SPRM terus berubah dan ada juga yang senyap terus.

Tetapi inilah mereka yang seringkali bertukar-tukar kenyataan. Setiap kenyataan dibuat hanya untuk menguntungkan diri sendiri atau untuk meniou rakyat. Dengan Rafizi yang rakyat sepatutnya tahu dia telah berkali-kali kalah kerana memfitnah.

Apakah ini yang rakyat Malaysia mahukan untuk memimpin? Bina Negara bukan satu benda yang boleh dicakap pakai mulut. Semua orang boleh cakap tetapi untuk melaksana bukan mudah.

K7L : Jangan percaya pembangkang ni.. cakap ikut sedap je...

01/10/2017

#RafiziBayarRafizi - @RafiziRamli Siapa Yang Bodoh Bila Kantoi?



 



Nak cakap apa lagi. Keris tak tahu nak cakap apa lagi pasal kebodohan orang yang menjerit bodoh banyak kali dalam sidang media. Kemarahan Rafizi meluap-luap selepas Datuk Rizal Mansor dalam pendedahannya sebelum ini tentang cara penggunaan dana Invoke oleh Rafizi.

Dalam jawapan Rafizi terhadap Rizal yang diadakan secara langsung di laman facebook miliknya itu, penuh dengan maki hamun 'bodoh' terpacul dari mulutnya. Ini menunjukkan begitu terkesan pendedahan oleh Rizal terhadapnya.

Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan seperti Rafizi memperbodohkan diri sendiri. Pertama, Rafizi menyatakan bahawa tujuan syarikat KEIP Resources Sdn Bhd membekalkan tenaga kerja kepada Invoke Solution Sdn Bhd adalah untuk antara lainnya bagi melindungi rahsia dan keselamatan pekerja Invoke. Namun, dalam masa yang sama Rafizi sendiri yang mendedahkan senarai nama dan gaji kakitangan Invoke.

Kedua, Rafizi menafikan bahawa KEIP ada kena mengena dengan Invoke. Namun kedua-dua syarikat ini milik beliau dan beliau merupakan pemegang saham terbesar. KEIP pula adalah satu-satunya syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke. Ini bermakna kakitangan KEIP juga merupakan kakitangan Invoke. Sekiranya berlaku sebarang tindakan ke atas Invoke, pasti KEIP juga akan terlibat.

Ketiga, Rafizi menunjukkan inbois bayaran gaji daripada KEIP terhadap Invoke yang dibuat pada 11/09/2017. Namun yang peliknya, bayaran gaji itu adalah untuk 22/10/2017. Ini bermakna inbois pembayaran tersebut dibuat lebih awal. Situasinya adalah, bayar dahulu gaji dan penyelarasan buku kira-kira dikemudiankan.

Keempat, daripada inbois KEIP terhadap Invoke yang ditunjukkan Rafizi, jelas bahawa KEIP tidak mengenakan sebarang cukai GST walaupun jualan (revenue) melebihi RM500,000. Ini bermakna juga KEIP adalah diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk mengutip cukai GST. Rafizi telah melanggar undang-undang percukaian.

K7L ; Sekarang siapa yang terbodoh di muka bumi?..

Kit Siang Panggil Orang SPRM Monyet? - Bila Kena Orang Lain Dia Puji SPRM Pula


 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang menggelarnya ‘monyet’ dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melampau dan tidak beradab.

Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.

“Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

“Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak di sini Jumaat.

Satu portal berita pada Jumaat melaporkan, Kit Siang membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Kit Siang dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi antirasuah kleptokratik pertama di dunia.

K7L : Siapa yang jadi beruk sekarang?...

Apa Mahathir Cakap Pasal Orang Cina? #DuluDanSekarang



"Kalau DAP isi semua jabatan jabatan dengan orang Cina, apakah mereka tidak akan guna kuasa mereka untuk kepentingan mereka" kata Mahathir dulu masa dia jadi Perdana Menteri.

Sekarang ini, Mahathir sudah berkawan baik dengan DAP yang mahu buang 1.2 juga kakitangan awam di Putrajaya jika berjaya menang PRU14. Mahathir kini sudah jadi hulu kapak yang digunakan DAP untuk tebang dan khianati bangsa dia sendiri.

Apakah ini manusia yang mahu dipercayai rakyat Malaysia? Untuk kuasa dipusing-pusing sahaja kata-katanya. Apa lagi Madey mahu?

K7L : Pening betul..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk