04/01/2016

Menjelang 2016 - Rakyat Perlu Tahu DAP Hipokrit!


 

Cerita pasal BR1M! Dah tamat dah nak daftar baru untuk menjadi penerima BR1M 2016. Alah BR1M yang ramai maki dan marah sangat. Katanya tak cukup kalau boleh semua nak juga 2.6 Billion.

Ada pihak ambil kesempatan burukkan lagi BR1M sehingga ramai yang tidak mahu daftar walaupun mereka layak. Tapi pihak yang sama juga yang mengambil bahagian cuba mendaftarkan seberapa ramai ahli mereka untuk menerima BR1M.

Ya! Mereka yang berpusu-pusu ambil kesempatan tatkala ada yang menjerit melalak dan berdemonstrasi. Masalah kalau kita nak semua benda percuma tapi kita tak ada usaha. Sebab itu dah ata jangan percaya DAP.

DAP kata BR1M rasuah tapi kamu tahu tak Kerajaan Barisan Nasional beri tak ikut parti tapi kepada mereka yang layak? Apapun berterima kasih lah sikit. Cakap banyak tak guna. Kadang tu sebut Alhamdulillah pun tak sebab katanya 'Duit ini memang duit aku..duit rakyat'.

K7L : Lupa ke Allah yang bagi rezeki?

Kisah 1MDB Yang Gagal - Semua Wajib Baca!


1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta.

Seperti lima janakuasa IPP yg dibeli oleh 1MDB adalah legasi Tun Mahathir yang hampir tamat tempoh lesen operasinya. Namun kerajaan melalui 1MDB telah membelinya agar dapat mengurangkan tarif letrik bagi semenanjung serta menstabilkan GRID KEBANGSAAN.

Oleh kerana 1MDB adalah milik penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka jika tempoh lesen operasi TAMAT sekalipun, ia akan diperbaharui.

Ia tidak sama dgn 2 janakuasa YTL yg tidak disambungkan lesen operasinya. Itu hak kerajaan utk sambung atau tidak, kerana ia adalah milik swasta. Tambahan pula YTL adalah kroni Tun Mahatihir yang selalu mempertikaikan pentadbiran kerajaan DS Najib.

Maka lima buah janakuasa di bawah 1MDB yang dikenali sebagai EDRA itu mempunyai nilai yang tinggi, walaupun Tun Mahathir pernah melabelkan sebagai “membeli besi buruk”.

Saya diberitahu bahawa pembelian IPP tesebut melibatkan wang sejumlah RM12 billion. Dari manakah 1MDB boleh memperolehi wang yang sebanyak itu utk membeli IPP sedangkan ia adalah sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta serta jaminan kerajaan sejumlah RM970 juta.

Maka 1MDB terpaksa meminjam wang dari dalam dan luar negara bagi membeli aset IPP. Manakala pihak kerajaan menjadi “penjamin” terhadap pinjaman itu. Sebab itulah 1MDB lebih mudah memperolehi pinjaman sama ada secara bersidiket atau kepada satu-satu institusi kewangan antarabangsa.

Inilah permulaan HUTANG yang dipegang oleh 1MDB. Ia adalah suatu urusan perniagaan, tidak ada kaitan langsung dengan WANG RAKYAT atau WANG NEGARA. Ia adalah sama kaedahnya dengan mana-mana syarikat yang membuat pinjaman dari  kewangan dalam dan luar negara.

Yang berbeza ialah 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Maka setiap pinjaman harus dibayar hutangnya.

Inilah yang dilakukan oleh 1MDB dengan membayar balik HUTANGnya, ia tidak melibatkan wang kerajaan.

Apakah pemilikan lima IPP dalam negara serta beberapa IPP di luar negara seperti Mesir, Bangladesh dan Pakistan yg dikenali sebagai EDRA ini mendatangkan keuntungan kepada 1MDB ?

Cuba lihat perbandingan ini :
  • Jualan Edra kepada syarikat Cina berjumlah RM9.83 bilion
  • Jumlah liability yang diambil oleh syarikat Cina ialah RM8 bilion

Dalam tempoh pemilikan 1MDB, ia memperolehi RM2 bilion dari segi dividen (rujuk temubual Arul Kanda)

Maka dalam tempoh pemilikan 1MDB terhadap EDRA, ia memperolehi (RM9.83 + RM8 + RM2) billion = RM19.83 bilion.

Setelah ditolak kos belian sejumlah RM12 billion, (RM19.83 – RM12) billion = RM7.83 bilion
Ini bermakna dalam tempoh yg singkat, 1MDB telah memperolehi KEUNTUNGAN RM7.83 bilion

Wang sebanyak RM7.83 bilion ini digunakan pula untuk mengurangkan HUTANG yang lain pula. Setelah proses rasionalisasi 1MDB yg terbahagi kpd 3 bahagian :

  • Bahagian Pertama : Penjualan Edra sebannyak RM9.83 bilion dalam bentuk tunai dan saham serta RM8 bilion dalam bentuk liability
  • Bahagian kedua : Pertukaran aset dengan IPIC dan 1MDB dapat mengurangkan hutang sebanyak 16 biliion
  • Bahagian ketiga : Penjualan 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada Konsortium Inskandar Water Front dgn Syarikat Cina.

Kesemua rasionalisasi ini melibatkan pemansuhan HUTANG sebanyak RM40 bilion.

Kini 1MDB hanya menanggung RM2 bilion HUTANG

Apa yang tinggal pada 1MDB ?

  • Ia masih memiliki 40% kepentingkan dalam Bandar Malaysia
  • Memiliki aset di Tun Razak Excahange (TRX)
  • Masih memiliki aset tanah di Pualau Pinang dan di Pulau Indah
  • Sudah sah sekarang, ASET 1MDB adalah lebih besar daripada hutang RM2 bilion
  • Maka selepas ini, sudah tentu 1MDB akan membangunkan lagi tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta menjana lebih banyak keuntungan.
K7L : Dimanakah RUGInya 1MDB ?

Perjelas Potongan PTPTN Hari Ini! - Cuepacs Sepatutnya Sibuk Had Umur Persaraan Sahaja!


 

Semua orang termasuk Keris merupakan peminjam PTPTN. Dengan jumlah yang agak besar dipakai bagi membantu kami ketika kami belajar dahulu. Jika tidak mesti ibu bapa kami kena gadai harta sebab nak hantar anak masuk Universiti.

Tapi nak taknak kena bayar. Dan kita harapkan pihak PTPTN mengkaji semula dan meringankan sendikit kadar potongan yang dibuat kepada penjawat awam. Kalau tiggi sangat pun tak mampu nak hidup.

Cuma nak pesan jangan ada yang ambil kesempatan nak jadi hero bab ini. Cuepacs sepatutnya lebih tertumpu kepada had persaraan umur yang sepatutnya direndahkan semula bagi membuat keseimbangan dengan graduan yang tamat belajar.

Sibuk pasal potong PTPTN. Bayar hutang itu wajib. Apapun kita berharap ada win-win situation untuk kes potongan PTPTN ini.

K7L : Nak sebut sara hidup konon.. cuba kurangkan had umur.. kuranglah nak kena bayar gaji mahal!..

Tawaran Berbilion Daripada Israel Untuk DAP? - Kenapa Rakyat Diam?


 

Wah! Kalau sebut pasal Palestin dan Israel. Ramai yang melompat. Yang pakai bikini pun bertukar menjadi ustazah. Bagus! Itu yang kita mahukan. Soladiriti menentang musuh Islam yang nyata.

Namun begitu mereka-mereka ini juga sepatutnya marah kepada DAP. Kerana mereka yang terlibat sudah mendedahkan hubungan serta tawaran yang diberikan kepada DAP pad PRU13 yang lalu!

Patutlah masyuk lebih sampai boleh dana PKR-PAS waktu itu. Yang ini tak mahu pula kamu semua persoalkan? 2.6 Billion sibuk melalak walaupun diderma daripada orang Arab. DAP dapat daripada Israel tak mengapa pula?

Kena beringat, DAP ini nampaknya telah 'diupah' untuk merosakkan Malaysia. DAP juga merupakan tonggak utama Harapan Baru. Sebab itu PAS mereka singkir dan desak Azmin buang PAS. DAP yang kawal mereka.

Jadi ada orang yang cuba nak bagi peluang mereka rosakkan negara?

K7L : Kita fikir anak cucu kita..

Rafizi Dan Tony Dedahkan Guan Eng Jual Tanah 20 Ekar Pada Singapura?



Pelik! Tidak Adil! Dan Berdosa! Sepatutnya Rafizi yang heboh sangat pasal 1MDB jual 24% saham kepada syarikat luar negara terus dituduh jual Malaysia. Tetapi apa yang Guan Eng buat di Pulau Pinang bukan jual negeri namanya?

Tak tahu pula Keris kalau 49% itu lebih kecil daripada 24% yang mana pegagan saham yang dijual oleh Guan Eng adalah kepada syarikat MILIK KERAJAAN SINGAPURA. Owh! Yang itu tak apa?

Menjual 20 ekar tanah negeri pulau Pinang kepada syarikat yang berasal daripada AMERIKA tetapi menggunakan nama Jabil Circuit S'por PTE LTD itu tidak mengapa pula? Itu bukan jual tanah pada orang asing?

Inilah 'double standard' politik hipokrit yang dibuat oleh Rafizi dan Tony Pua. Niat mereka hanya untuk membuat fitnah dan tahniah, ramai yang termakan fitnah tersebut termasuk mereka yang so called 'great politician'.

K7L : Mereka memang liar..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk