06/08/2015

Sejarah Yang PKR Wajib Tahu Pasal Anwar Ibrahim!


Selepas peristiwa kebangkitan mahasiswa 1974, yang dipengaruhi oleh golongan “sosialis Islam” di awal 1970an, Tun Mahathir yang memegang jawatan Menteri Pelajaran ketika itu, sudah mengenali potensi anak muda bernama Anwar Ibrahim.

Tiga perkara yang Tun Mahathir lakukan bagi menghalang momentum seterusnya ialah pertama, menahan beberapa pimpinan pelajar terutamanya Anwar, Mat Sabu, Ibrahim Ali dan beberapa pensyarah di bawah ISA; kedua, perkenalkan AUKU; dan ketiga, pujuk Anwar masuk UMNO pada tahun 1982 melalui mentor Anwar iaitu Prof. Ismail Faruqi. Selepas 16 tahun Anwar dalam UMNO, Tun Mahathir “membuang” Anwar dari UMNO. Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali masuk UMNO selepas keluar dari tahanan ISA, Mat Sabu terus kekal dalam PAS hingga hari ini. Hishamuddin Rais lari ke England.

Selama berada dalam UMNO, Anwar berdepan dengan PAS sebagaimana ahli UMNO lain yang menghina, mengecam, dan memperlekehkan pimpinan PAS termasuk para ulamak dalam PAS khususnya semasa musim pilihanraya. Beliau sebagai Menteri Kewangan juga telah menyekat bantuan pembangunan ke Kelantan ketika Kelantan diperintah oleh PAS pada tahun 1990.

Apabila beliau ditendang keluar dari UMNO pada tahun 1998 oleh Tun Mahathir, Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil Nor telah membuka pintu seluasnya untuk menerima dan membela Anwar dan Presiden PAS mengajak ahli PAS untuk “memaafkan musuh”. Ahli PAS dan pimpinan PAS telah menunjukkan kesediaan mereka menerima Anwar. 

Kini Anwar terus berganding bahu dengan PAS melalui PKR dalam Pakatan Rakyat bersama DAP. Semoga Tun Mahathir, orang yang membawa Anwar ke dalam UMNO dan membuang Anwar keluar dari UMNO, menyaksikan kejatuhan UMNO dan BN dalam PRU akan datang sebagaimana beliau sudah menyaksikan kejatuhan Kelantan di depan matanya pada tahun 1990 dan kejatuhan 4 negeri lagi pada tahun 2008.

Pada 3 Disember 1974, jam 9.45 pagi, antara 3,000 hingga 4,000 orang mahasiswa dari berbagai institusi pengajian tinggi tanahair (UM, IKM, ITM, iTK dan UPM) mula berhimpun di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) dengan membawa sepanduk-sepanduk yang menyuarakan tuntutan mereka.

Demonstrasi mahasiswa ini bertujuan untuk mendedahkah masalah kemiskinan luar bandar, harga barang yang melambung, inflasi, kejatuhan harga getah dan sebagai penerusan kepada “Perarakan Kelaparan” oleh petani-petani miskin di pekan-pekan Baling, Sik, Selama dan Changloon di Kedah pada bulan November 1974.


Semasa demonstrasi pada 3 Disember itu, beberapa orang pemimpin mahasiswa telah sempat memberi ucapan menerangkan isu yang dibawa. Mereka telah mengemukakan 12 tuntutan:

1. Dibatalkan dengan sertamerta Rang Undang-undang Penambahan Elaun Ahli-ahli Parliman dan Dewan Undangan Negeri.

2. Dikuatkuasakan dengan segera satu Rang Undang-undang Pengisytiharan Harta Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

3. Perletakan jawatan menteri-menteri yang tidak menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat iaitu En. Khir Johari dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Syed Ahmad Shahabuddin yang secara terbuka di hadapan rakyat Baling pada 12/11/74 mengaku ‘tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah penduduk Baling.

4. Dilaksanakan projek-projek dan peruntukan-peruntukan kilat untuk pembangunan luar bandar bagi kawasan-kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan.

5. Dimiliknegarakan setengah-setengah syarikat asing yang selama ini hanya memunggah kekayaan ke luar negeri tetapi membiarkan anak negeri menderita.

6. Memberhentikan serta merta projek projek yang membazirkan wang rakyat.

7. Mempastikan kecukupan barang-barang keperluan, mengawal dan menurunkan harga gula, tepung, minyak tanah dan beras ke paras yang munasabah demi kemampuan rakyat luar bandar.

8. Mempastikan kelicinan pelaksanaan Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri dengan menghapuskan penyelewengan pentadbiran dan rasuah pada semua peringkat.

9. Memastikan semua setinggan dan buruh serta pekerja-pekerja kilang mendapat pembelaan yang adil dan berperi kemanusiaan serta mengambil tindakan yang tegas terhadap majikan-majikan yang mengambil kesempatan mengeksploitasi tenaga pekerja kilang, serta menjaminkan gaji pada kadar minima yang munasabah.

10. Menubuh suruhanjaya yang bebas; khas untuk melakukan penyiasatan terhadap soal-soal rasuah yang kini kian menjadi-jadi.

11. Membahagikan tanah secara adil kepada petani dan penduduk luar bandar yang benar-benar memerlukan dan bertekad untuk mengusahakannya.

12. Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Politik serta Wakil-wakil rakyat hendaklah berkhidmat dengan jujur serta berhati-hati dalam menggunakan amanah rakyat.


Perhimpunan mahasiswa tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Mahasiswa telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 mahasiswa yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata ke arah mereka. Pihak polis dan FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang mahasiswa wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfields dan Jalan Bandar. Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesokan harinya.

Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia. Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada pada jam 2:00 pagi hari Ahad 8 Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beberapa puluh pemimpin dan aktivis mahasiswa telah ditangkap dalam operasi tersebut.

Beberapa orang pensyarah telah juga ditangkap di bawah Akta yang sama. Mereka termasuklah Tengku Shamsul Bahrain, Dr. Syed Hussin Ali dan Gurdial Singh Nijar dari Universiti Malaya. Antara pemimpin-pemimpin belia yang ditangkap ialah Anwar lbrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nakha’i Haji Ahmad, Setiausaha Dakwah ABIM, dan Ramli lbrahim Setiausaha Kebajikan ABIM.

Sumber: Majalah Risalah keluaran Disember 1974

Serpihan MH370 Dah Jumpa - Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Tak Faham Bahasa?




Kuala Lumpur, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370.

Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis; negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak dengan Malaysia.

Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Dalam kenyataan tersebut, MAS memberitahu pengesahan mengenai serpihan 'flaperon' itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis, Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de I'AviationCivile (BEA), kumpulan penyiasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.


Al-Fatihah bagi mereka yang telah terkorban untuk mangsa yang beragama Islam. Sebenarnya dalam kita mengetahui kebenaran yang kita nantikan setelah 515 hari penantian untuk mendapatkan bukti sebenar-benar bukti.

Jika dulu belum jumpa, macam-macam teori dikeluarkan. Daripada teori nak musnah kerajaan lah, teori tergantung antara dua alam lah dan macam-macam lagi. Teringat Bomoh VVIP yang memalukan negara dengan isu ini.

Kini, bila dah jumpa ada pulak yang kata 'masa ini baru nak umum' dan 'propaganda je semua ini'. Apa ke gila tak faham bahasa? Kalau hati dah hitam, hitam juga pemikirannya. Memang selfish.

Apapun semua dah dapat tahu. Nak bagi ada semula bukan kuasa kita. Dari Allah kita datang, dari Allah jua kita pergi.

K7L : Netizens akan mengganas..

05/08/2015

Pemerdagangan Manusia - Apa Rakyat Malaysia Perlu Buat Dan Tahu?



Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. 

Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.

Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. 

Ramai pekerja asing di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. 

Perampasan pasport oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. 

Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. 

Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. 

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.

Namun begitu amalan ini dilaporkan telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia dan Malaysia belum meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.

Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO, bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah menurun daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini menganggarkan bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara haram. 

90% daripada pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia telah dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China dan Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia, ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu. 

Sebagai contoh, undang-undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah baik - Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. 

Walaupun kerajaan meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Migran sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak menyiasat dan mendakwa secara berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling yang kurang berkesan oleh pihak berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan

K7L : Kita bantu Kerajaan untuk cegah!..

4 Perkara Yang Ahli PAS Perlu Tahu Tentang DAP Sebelum Lawan UMNO!





Sejak PAS ditubuhkan, hanya UMNO yang menjadi target utama puak PAS. Biarpun ditentang, dihina dan dikafirkan, orang UMNO masih menganggap PAS sebagai saudara berbanding musuh.


Erti kata lain, hubungan PAS-UMNO sekadar musuh dalam politik sahaja. Tetapi kini DAP menjadikan PAS sebagai musuh utama. Orang PAS wajib tahu yang mana DAP kalau boleh nak kuburkan PAS.

Sebab itu GHB dibuat selepas pro-DAP gagal kuasai PAS pada muktamar PAS yang lepas. dan dalam masa yang sama, orang PAS perlu tahu DAP bukan sahaja menolak syariah Islam bahkan :

1. Menentang dan menghalang pelaksanaan syariah Islam

2. Mencampuri urusan aqidah dan corak perjuangan PAS

3. Mencampuri urusan menentukan kepimpinan PAS

4. Memutuskan hubungan dgn Presiden PAS bermakna memutuskan hubungan dgn PAS itu sendiri ketana PAS diwakili presiden dalam apa perbincangan dan memutuskan sesuatu keputusan.

Jadi bagaimana PAS nak bergerak dalam PR tanpa Presiden yang telah diceraikan daripada PR? Masa telah tiba untuk PAS lawan habis-habisan puak-puak DAP. PRU-14 kelak, PAS perlu lawan kawasan PKR yang mana PKR selama ini pun bergantung harap pada pengundi PAS. 


Serta PAS perlu pastikan pengundi PAS di kawasan DAP beri undi kepada Barisan Nasional, supaya DAP tidak lagi boleh berlagak dengan jumlah kerusi mereka di Parlimen atau DUN.

K7L : PAS berani ke tak ada telur?...

Anwar Hilangkan RM750 Billion - Nasib Zaman Itu Tak Ada Whatsapp?



Mesti ramai yang sudah lupa kes kehilangan wang bernilai RM750 billion waktu ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan satu ketika dahulu.

Pada tahun 1996 Anwar bertanggungjawab keatas kehilangan 2 kontena yang berisi not Ringgit Malaysia (not RM1,000 & RM500) dan sehingga hari ini duit itu tidak dapat dikesan. Semuanya berlaku sebelum beliau dipecat pada tahun 1998.

Tindakan bijak Tun M pada ketika itu telah memansuhkan nilai not RM1,000 & RM500. Oleh kerana marah yang amat sangat, maklumlah hanya tinggal melangkah setapak sahaja lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia maka dia mula membuat gerakan menjatuhkan Tun M namun tidak berjaya.

Persoalannya disini, dimanakah wang-wang yang maha banyak itu berada? Bagaimana pula dengan akaun peribadinya di Bank Of Israel yang tidak terjawab sehingga kini?

Sengaja ditimbulkan semula peristiwa hitam ini kerana kita leka dengan permainan pembangkang yang cuba menutup pekung mereka dengan menuduh kerajaan bukan-bukan.

Kita sibuk dengan akaun PM tatkala ini, namun tidak nampak pada jumlah kehilangan wang yang berlipat kali ganda banyaknya oleh Anwar Ibrahim. Anwar yang salah kenapa nak marah Najib?


Ada beza menerima derma daripada menghilangkan. Mana macai yang nak marah? 

K7L : Dosa Anwar lagi banyak woi!...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk