10/03/2015

Parking Bapak Dia? - Bila DAP Dapat Kuasa!



Sumber : CTS

YB Ean Yong Hian Wah, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan mewarisi ciri-ciri kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang. 


Lokasi gambar di atas adalah di hadapan pusat membeli belah Empire, Subang Jaya. Parkir sesuka hati seperti di dalam gambar ini memang digemari kebanyakan pemimpin DAP.

Tidak tahu dari mana turunnya darah Lim Kit Siang ke dalam tubuh badan Ean Yong kerana perangai buruk beliau saling tak tumpah dengan kelakuan Lim Guan Eng suami isteri. 

Mungkin spesis pemimpin-pemimpin parti pembangkang amat suka untuk melanggar undang-undang dan mungkin menjadi kudis bernanah kepada mereka sekiranya mereka mematuhi undang-undang di Malaysia.

Belajarlah sikit orang Selangor. Ini baru sikit dia tunjuk kepala. Jangan jadi macam Singapura. Itu je pesan Keris.

K7L : bajet pailang sangat parking camtu..

09/03/2015

DAP Pergunakan Anak Melayu Untuk Sesatkan Melayu?




Sejarah penubuhan Parti kauvinis ini bermula dengan sejarah PAP dan diikuti oleh sejarah DAP. Ini kerana ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam melayu masih belum jelas akan perjuangan dan matlamat sebenar kedua Parti tersebut. Keris akan memberi maklumat mengenai peminggiran melayu di singapura jika berkesempatan.

Menyingkap sejarah PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang di pelopori setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Diceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.Ini kebenaranya ,modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Kita cari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini,yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Kini anak melayu dibariskan didalam DAP. Benda yang sama dibuat oleh Kuan Yew cuma kali ini mereka gunakan 'Melayu Muda' sebagai boneka mereka. Hati-hati.

K7L : Sedih dengan realiti yang sedang berlaku...

Mat Sabu Dah Ready Untuk Singkir Haron Din Dan Ulama Lain?


 

Sungguh berani dan tersusun. Mat Sabu dilihat sudah mula menonjolkan diri dalam persediaan untuk menggapai cita-cita menjadi Presiden PAS. Kerusi yang sangat diidamkan olehnya sejak muda lagi.

Tetapi apa yang orang PAS kena tahu. Selama ini dia tidak dibenarkan naik kerana Allahyarham Nik Aziz sekat. Sama macam Husam. Sebab itu bila beliau dah tak ada, terus masing-masing mengorak langkah.

Cara untuk Mat Sabu memang kotor. Dia guna pakai cara DAP iaitu character assassin. Dia ambil pelbagai ruang untuk 'bunuh' imej satu persatu ulama PAS. Tetapi hari ini mampu atau tidak dia melawan Timbalan Mursyidul Am PAS?

Apapun kita tunggu pemilihan PAS yang akan datang.

K7L : Sarkis!!!...

06/03/2015

Guan Eng Buat U-Turn Tak Sokong #KitaLawan 307 Ni?


  

Haha! Takkan masih tak faham. Guan Eng dah bagi isyarat yang tanpa Anwar PKR ni sampah. Dan terbaru dia pun dah taknak sokong banduan yang didapati bersalah melalui perbicaraan yang adil!

Yang sibuk nak sokong banduan kenapa? Nampaknya PKR dah mula gelisah. DAP dah tarik handbrake. Tinggal PAS samada mereka ini mahu bersama atau tidak memandangkan crowd yang biasa ada sebenarnya daripada PAS.

PKR ahli dia berapa kerat dan siapa sahaja yang menang pemilihan biarpun ada jawatan YB? Apapun kita dah nampak baju sebenar Guan Eng. Selama ini hanya lakonan dan kini dia ada produk tersendiri maka mereka sudah tidak pandang pada harapan Pakatan.

K7L : Tokong Penang sudah pusing..



SIAPA WAHABI? - Artikel Yang Akan Buat Ramai Melompat!




Persoalan Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh, kerana tiga mazhab lain selain as-Syafei juga tidak membaca Qunut Subuh, itu khilaf antara mazhab.

Bukan juga kerana tidak mengadakan kenduri arwah kerana ada qaul dalam Mazhab Syafi'i yang tidak menggalakkannya. Bukan juga kerana itu dan ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang sesat yang membentuk satu gerakan ekstrem dan boleh memecahbelahkan masyarakat.

Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah sesama umat Islam seperti IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban dan sebagainya.

Kesemua itu adalah didikan Wahabi. Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan "bertaqlid", jangan "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah".

Sekadar Catatan Ringkas.

1. Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut "Sunnah". Mereka kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf atau khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dua bentuk (i) Baik (Hasanah) dan (ii) Sesat (Dolalah). Bagi Wahabi semua Bid'aah sesat dan masuk neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang. Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada. Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyak menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan orang lain dan menjadikan ianya "wirid" harian.

2. Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup banyak dan memadai? Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

3. Wahabi merupakan gerakan MENSYIRIKKAN orang lain. Tawassul bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, dan dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dengan pelbagai bentuk lain.

4. Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan", "duduk" atas Arasy, "ketawa", Allah di atas langit. Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Asya'irah dan Maturidiyyah sedangkan manhaj Asya'irah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dengan sifat makhluk.

5. Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith-hadith dhaif dan membakulsampahkan semua hadith-hadith dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul 'amal dan targhib wa tarhib. Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani. Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar namun tidak sealiran dengan mereka.

6. Wahabi merupakan gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi dan tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yang mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk dan mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia ada yang mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yang baik dan ada yang sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yang Soleh, ada Munafik dan ada yang berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorang ahli Sufi.

7. Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra dan jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, dan jangan terkeliru dengan suara-suara membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi.

Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" dan tidak wujud. Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.

Kalau ada yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, dan mulut penuh dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.

Ada Wahabi Malaysia yang sangat terkenal dan bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu. Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan dan Perak, moga-moga makin ramai yang sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng dan begitu licik selama ini. Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini itu sebenarnya mungkin pendokong Wahabi.

K7L : Hanya jauhari yang kenal manikam.

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk