20/06/2014

Bapok Tak Guna @azwanhjali Mencarut Orang Dalam Twitter - Adik @AzminAli Kan?



Dari Kedah Ke KL yang kini bertukar prospek dari seorang penulis politik kepada penganalisa artis tanah air. Haha!

Siapa la tak kenal si Azwan Ali ni kan? Pengacara propa mulut laser yang menyakitkan hati orang. Lani, dah tak laku masuk TV, dia dok laser kat twitter la pulak.

Status Twitter Azwan Ali sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Saban hari, ada sahaja isu yang diketengahkan oleh pengacara tersebut.

Namun, beberapa status yang dimuatnaik oleh Azwan menarik perhatian kami. Malah, ia dipercayai dibalas semula dengan sindiran sinis oleh Adibah Noor.
Ha..Kalau anda memang Twitter freak dan rajin follow artis, sudah pasti anda pun dapat menghidu perkara yang sama. Tapi apa yang berlaku sebenarnya?



Antara status ‘panas’ Twitter Azwan Ali

Apa sudah jadi? Tak tahu daripada mana puncanya, suasana hangat ini dikatakan bermula apabila kedua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM.

Adibah Noor juga dilihat seakan-akan tidak mengalah dan membalas status Twitter tersebut dengan sindiran yang tidak kurang pedasnya.



Ha.. berlawan kata sinis nampak. Ada tak sesiapa kat sini dapat agak ataupun nak teka apa sebenarnya punca ‘perang dingin’ antara dua bintang terkemuka ini?

Tentu ada salah faham di set, kemudian diluahkan pula di twitter. he he he..

Tapi sesiapa pun akan menyampah dengan Azwan Ali tu.. diva pala angguk dia.

K7L : Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik http://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Kami Sokong Kenyataan @razlanrafii Pasal Pusat Judi! #SelamatkanAkidah



Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membantah lagi sebarang permohonan tambahan judi.

Kami mendapat berita ada permohonan Pusat Judi akan dibuka di Bukit Tinggi, sebagai sebuah negara yang meletakan Agama Persekutuan adalah Agama Islam, segala usaha untuk menghapuskan apa sahaja yang haram dalam Islam mesti di tingkatkan.

Contohi Indonesian yang sudah berjaya mengharamkan lesen perjudian di Negara itu.

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia menolak segala permohonan lesen judi masa kini dan masa akan datang.

Kita kena ada usaha mengurangkan, bukan menambah.

Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan


Betul tu! Keris setuju sebab lesen untuk buka pusat judi mudah sangat. Nak buka cybercafe pun mudah sangat sampai tukar jadi pusat judi. Tunggu aduan aje kerjanya. Kan bagus tubuh pasukan elit untuk siasat. 

Lagi satu nak tambah dosa untuk Malaysia? Hentikan judi di Malaysia!

K7L : Rasa berdosa kalau tak sokong amar makruf nahi mungkar...

Mike Tyson Lupa Dosa Lama - Cuba Ikut Syiah Mat Sabu? #PASesat



Bekas Naib Presiden UMNO, Muhammad Muhd Taib mendakwa UMNO tidak mampu mendidik umat Islam di negara ini menjadi insan yang dikehendaki oleh agama Islam kerana UMNO hanya tahu menyogok rakyat dengan hiburan yang melalaikan. Muhd Taib juga menuduh UMNO hanya mementingkan keduniaan semata-mata dengan membina prasarana tetapi melupakan tugas untuk mendidik rakyat kearah menyebarkan agama.

(Muahahahah... didik rakyat sebar agama dengan demonstrasi, kebencian dan memecah belahkan ummah...sokong LGBT, murtad, curi pasir...?)

Beliau mendakwa, UMNO hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata dan tidak yakin UMNO mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

(Muahahahaha... lebih baik bina jalan raya dari baring dan melalak atas jalan raya macam lembu weh)

"UMNO lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan. "Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam ke seluruh dunia," katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh.

(Muahahahaha...patutla engko dulu pi Ostolia mengembara bawak duit banyak-banyak...ko pergi Ostolia tu sebarkan Islam ke?...masa ko perintah Selangor dulu pun banyak hiburan, ko tak halang pun)

Muhd Taib mendakwa Kelantan harus dijadikan contoh pentadbiran terbaik berbanding negeri-negeri lain kerana pemimpin PAS Kelantan katanya amat bersih, jujur dan juga amanah. Katanya beliau mengenali Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 semasa sama-sama menjadi ketua kerajaan negeri.

(Muahahahaha...Tak perlulah nak puji sangat pembangunan Kelantan di bawah Nik Ajiz tu. 23 tahun memerintah ramai yang berhijrah keluar sebab tak de kerja di negeri sendiri. 23 tahun perintah hudud ke mana... seludup plak yang banyak)


Menurutnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sudah beberapa kali bertemu dengan Tok Guru itu yang disifatkannya sebagai seorang yang benar-benar mulia akhlaknya dalam mentadbir Kelantan menjadi negeri yang terbaik diantara negeri-negeri lain.

(Muahahahaha...Buat malu guna nama Serambi Mekah kalau jenayah semakin berleluasa, rogol bergilir-gilir sesedap rasa. Sedangkan Aceh pun dah laksanakan hudud sejak 2006, sedangkan di Mekah sendiri dah ada sistem monorel tapi PAS di Kelantan hanya tahu rompak balak untuk kroni)

"Sebab itulah saya tengok ada negeri-negeri lain yang turut mencontohi apa yang dilaksanakan di Kelantan," kata beliau. -UtaraNews.com

(Cukup-cukuplah mengipas PAS la wei, Ko kecewa sebab dipinggirkan UMNO dari menjadi calon PRU 13 lalu ko masuk PAS kerana nak cuci dosa...Nik Ajiz pun dah mengaku kesilapannya mentadbir Kelantan, ko bila plak nak mengaku salah tadbir Selangor dulu?)

Serambi Mekah atau Serambi Bermukah?

Gambar Hiasan: Rogol beramai-ramai menjadi trend terbaru di Kelantan di bawah pemerintahan PAS sepertimana berlaku di Ketereh baru-baru ini. 

K7L : Cakap tak serupa bikin..

19/06/2014

Kisah Sebenar DI Sebalik Gambar Naga Yang Tersebar #NagaWujud



Ini kisah semalam. Tahu pasal naga?

Naga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah fantasi. Namun begitu naga juga dikatakan sejenis haiwan legenda dan didakwa pernah wujud suatu masa dahulu di muka bumi ini. Bagaimanapun setakat ini masih belum terdapat bukti akan kewujuduan naga ini.


Ahli-ahli paleontologi dan kaji sejarah masih belum menemui sebarang bukti bahawa naga pernah mendiami muka bumi ini. Setakat ini yang sering ditemui adalah fosil-fosil dinosaur yang memang pernah wujud di zaman purba.

Mungkinkah naga itu sebenarnya dinosaur yang masih belum pupus sewaktu tamadun manusia mula berkembang? Mungkin dinosaur tersebut disalah anggap sebagai naga oleh manusia pada waktu itu. Cerita mengenai naga pula kemudian ditokok tambah seperti mempunyai sayap dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya.


Mengikut ahli sejarah, seorang ahli sejarah China purba bernama Chang Qu pernah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah menemui rangka naga di sebuah tempat bernama Wucheng dalam wilayah Sichuan sekitar tahun 300 Sebelum Masehi. Bagaimanapun penemuan itu ditolak oleh ahli sejarah dan berpendapat bahawa rangka tersebut berkemungkinan besar merupakan fosil dinosaur.


Penemuan naga juga turut dicatatkan oleh dua pengembara yang terkenal iaitu Herodotus dan Marco Polo. Herodotus, pengembara berketurunan Greek yang digelar Bapa Sejarah oleh ahli falsafah Cicero telah menulis di dalam catatannya bahawa beliau telah mengembara ke sebuah tempat bernama Judea sekitar 450 Sebelum Masehi. Beliau telah mendengar cerita dari penduduk tempatan bahawa terdapat seekor naga yang dikurung berhampiran negara Jordan.

Herodotus kemudian melawat ke tempat tersebut dan menjumpai banyak rangka berbentuk ular. Herodotus kemudian mencatatkan bahawa rangka itu adalah seekor ular yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir dan telah bertembung dengan burung Ibis lalu mati dibunuh oleh burung tersebut.


Pedagang dan pengembara terkenal dari Venice iaitu Marco Polo pula telah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah diserang dengan makhluk seperti naga yang berterbangan sewaktu ekspedisinya melalui padang pasir di Anatolia untuk menuju ke Persia.


Di Tanah Melayu, Tasik Chini yang terletak di Pahang dikatakan pernah dihuni oleh seekor naga. Misteri tentang kewujudan naga di Tasik Chini masih belum dapat dihuraikan sehingga sekarang.

SUMBER : PAGE FB Misteri & Keajaiban Alam

18/06/2014

Siapa @cmlimguaneng Nak Letakkan Syarat? Ingat Kedah Kit Siang Kau Punya?



Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah? Itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.


Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf.

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta.




Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat.

Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail memberi peringatan supaya menghentikan gelagat 'kiasu' yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri.

Sikap 'kiasu' Guan Eng dilihat semakin menjadi-jadi sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan cadangan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

"Sejak itu, nampak sangat dia (Guan Eng) tidak senang duduk. Saya sendiri pun tak faham sebab apa dia jadi begitu kalau bukan kerana 'kiasu'. Orang 'kiasu' ni memang macam tu, tak boleh tengok orang senang. Dalam kata lain, dia cemburu atau iri hati.

"Sebab itu dia bantah kita bawa permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim," katanya.

Istilah 'kiasu' mengikut dialek Hokkien bermaksud takut kalah.

Ku Abdul Rahman berkata, cadangan Kedah mahu bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim sama sekali tidak akan menjejaskan Pulau Pinang yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

"Ini kerana mengikut kajian, LTABL akan capai tahap tepu atau kapasiti maksimum dalam tempoh dua tahun lagi dan jumlah kargo pula kian menurun setiap tahun. Ertinya zon utara memerlukan sebuah lapangan antarabangsa yang baru.

"Persoalannya di mana?

Dengan keadaan lalu lintas yang begitu sesak di Pulau Pinang walaupun sudah ada jambatan kedua dan masalah tanah yang terhad, kita kira yang paling sesuai adalah di Kulim.

Walaupun dia (Guan Eng) sebut Pulau Pinang paling banyak dapat FDI (Foreign Direct Investment atau Pelaburan Langsung Asing) tahun lalu, apa salahnya kalau kita nak majukan Kulim?.

"Kita sudah ada Taman Teknologi Tinggi di Kulim yang kita boleh tawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelabur dengan adanya lapangan terbang antarabangsa. Ini usaha kita, apa pula masalah dia?," katanya.

Ku Abdul Rahman berkata, pencapaianekonomi Kedah pada masa ini juga sudah mengatasi Pulau Pinang berdasarkan jumlah pelaburan pada suku pertama 2014 di mana negeri itu berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4 bilion di bawah Sarawak yang mendapat pelaburan RM7.3 bilion.

"Pulau Pinang hanya berada di tempat kelima dengan pelaburan RM831 juta, apa yang dia nak angkat diri sangat?," katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang juga tidak seharusnya berasa terancam jika cadangan pembinaan lapangan terbang itu direalisasikan kerana LTABL akan kekal dengan kedudukan sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri itu.

"Pelancong asing memang ramai ke Pulau Pinang dan tak akan terjejas. Saya yakin," katanya.

Mengenai lokasi, Ku Abdul Rahman berkata, nampak jelas sikap 'kiasu' Guan Eng yang menuntut LTABL dinaik taraf termasuk penambahan landasan malah bersedia menambak laut untuk mengatasi masalah tapak yang terhad.

"Mengapa perlu tambak laut sedangkan kita di Kedah tidak ada masalah itu. Tambak laut memerlukan kos lebih tinggi sedangkan manfaat penggunaannya mungkin hanya meningkat sedikit.

Di Kulim, tak perlu semua itu (tambak laut) sedangkan kita akan dapat lapangan terbang baru yang boleh memangkin peningkatan ekonomi berlipat kali ganda bagi zon utara termasuk Pulau Pinang sendiri.

"Soal tapak kita tak ada masalah kerana kita ada ladang kelapa sawit seluas lebih 6,000 hektar untuk tujuan itu. Tak perlu tambak laut yang boleh menjejaskan alam sekitar," tegasnya.

Katanya, Guan Eng tidak perlu masuk campur apa lagi meletak syarat kerana soal kelulusan bukan di tangan beliau tetapi Kerajaan Pusat.

"Apa perlu dia sebut pasal syarat? Itu menunjukkan dia takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kita bukan nak berlawan dengan dia pun. Kita fikirkan kepentingan negara, bukan Kedah semata-mata macam dia yang hanya fikir hal Pulau Pinang.

"Kita yakin lapangan terbang baru ini boleh bawa manfaat besar bukan kepada Kedah saja tetapi Perak dan Pulau Pinang ," katanya. Ku Abdul Rahman turut menempelak sikap Guan Eng yang menurut beliau, bukan daripada jenis jiran yang baik.

"Kalau dia jiran yang baik, dia tak akan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Kita nak bawa kebaikan kepada rakyat, mengapa dia nak bantah?

Dia lupakah selama ini kita (Kedah) sudah banyak berkorban untuk dia, korbankan hasil balak kita untuk jaga empangan pastikan dapat terus hantar air ke Pulau Pinang.

"Mereka tak bayar pun sedangkan di negeri lain, semua kena bayar. Pahang hantar ke Selangor kena bayar, Melaka pun bayar kepada Johor. Singapura juga bayar kepada Johor," tegasnya.

K7L : Sibuk sangat pasal Kedah kenapa?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk