10/06/2014

Siapa Amoi Baru LKS & @RameshRao Sound @LimKitSiang DAP Pariah No Satu? #DAPenipu



Siapa amoi yang dengarnya baru masuk kerja dengan Lim Kit Siang? Uncle... u manya hamsap aaaaa..

Apapun kita dengar apa Ramesh marah dekat LKS 


K7L : Hahahahaha.. kena pariah..

Anak Johor Mula Bersuara Pasal #LPHJ @KhaledNordin



Saya mewakili Gabungan Anak Johor IPT mengucapkan tahniah ke atas YAB Menteri Besar dan Kerajaan Johor di atas kelulusan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.. Kami semestinya menyokong pembentukan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dan pindaan-pindaan yang berkaitan oleh Kerajaan Negeri Johor.. Kami juga mengucapkan tahniah di atas ketegasan yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar dalam meneruskan agenda untuk memastikan wujudnya peluang anak muda khususnya anak Johor dalam memiliki rumah di Johor.. Tindakan tegas ini memperlihatkan kesungguhan YAB Menteri Besar yang lebih mengutamakan rakyat Johor berbanding tunduk kepada desakan segelintir pihak yang kurang senang dengan enakmen ini..

Di samping itu, kami melahirkan rasa kekecewaan terhadap segelintir media massa dan ahli politik yang mempergunakan dan memanipulasi enakmen ini demi meraih kepentingan politik mereka. Perkara sebegini dilihat menimbulkan kontroversi dan persepsi negatif terhadap enakmen dan institusi diraja Johor..

Laporan yang mengatakan Sultan Johor akan memiliki kuasa mutlak di dalam hal pentadbiran khususnya enakmen ini adalah tidak benar.. Peruntukan sebelumnya menjelaskan bahawa Sultan bertindak di atas perlantikan berdasarkan nasihat Menteri Besar.. Menteri Besar bertindak selaku eksekutif dan Sultan bertindak selaku baginda Ketua Negeri dan Jajahan Takluk Johor iaitu pelindung dan penaung di negeri Johor.. Perkara ini selaras dengan peruntukan perlembagaan dan tidak menyalahi peruntukan sedia ada.. Peranan Sultan dilihat seperti peranan Yang Di Pertuan Agong di dalam beberapa perkara dalam Perlembagaan yang secara lazimnya menerima nasihat dari Perdana Menteri..

Pindaan terhadap enakmen tersebut kepada 'Pihak Berkuasa Negeri' memperlihatkan Kerajaan Negeri peka, berniat baik dan tidak sesekali mempergunakan institusi diraja untuk kepentingan lain.. Enakmen ini perlu difahami dan dibaca bersama Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.. Bukan isu Sultan yang perlu dipropagandakan tetapi niat baik Kerajaan Negeri menyelenggara, menyelaras semula segala hal yang berkaitan tanah, perumahan, projek dan hartanah daripada terbengkalai dan tidak terurus.. Enakmen ini juga melindungi hak-hak rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.. Keengganan sesetengah pihak pemaju membina rumah mampu milik untuk rakyat Johor, lembaga ini berperanan mendenda dan mengambilalih perancangan pembangunan perumahan dari pihak pemaju..

Selain itu, segala peralihan penjualan tanah rakyat Johor akan melalui lembaga ini untuk memantau proses tersebut sesuai dengan peruntukan enakmen ini.. Perkara ini juga dilihat baik dan Kerajaan Negeri melindungi hak rakyat Johor daripada dieksploitasi oleh tangan asing..

Kami mahasiswa Anak Johor menyambut baik usaha dan hasrat Kerajaan Negeri.. Kami berharap pihak luar tidak memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat Johor.. Tidak seharusnya kita rakyat Johor bertelingkah dengan Sultan sendiri dan seharusnya kita 'muafakat' membina bangsa Johor yang terbilang..

Shahrul Akmal Johari Pengerusi Gabungan Anak Johor IPT

K7L : Johor sedang meningkat..

Chegubard 'Dipukul' Teruk Sebab Nak Masuk UMNO? #PKRosak



Artikel menarik dari MyMassa :

Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak akan berdiam diri daripada daripada membangkitkan isu penyelewengan berkaitan dengan pemilihan parti 2014, meskipun sedar beliau bakal disaman atau dipecat keahlian parti.

“Maaf saya tak boleh diam…saya dah cuba tapi tak boleh diam…saya mungkin akan disaman muflis..mungkin akan dibuang parti..tapi saya janji akan tinggalkan cerita perlawanan buat anak cucu saya.

“Mungkin saya akan dipanggil pengkhianat…menyusahkan..agen atau apa sahaja..tapi maaf saya dah cuba tapi tak mampu diam,”katanya dalam laman sosial, CheGuBard.

Menurut Chegubard peristiwa pengerusi lembaga rayuan pemilihan PKR, Abd Malek Hussin ‘membaling wang’ memang benar-benar berlaku dalam mesyuarat Biro Politik parti.

“Kejadian baling duit dalam Biro Politik..ramai saksi..tapi sampai sekarang diam..meraka itulah harapan tertinggi parti yang hendak ambil alih negara tapi mereka diam…mungkin kerana nam selesai senyap-senyap dan bagi ruang tindakan dalaman,”katanya lagi.

Pada 28 Mei lalu, laman sosial ‘Saifuddin Nasution 4 Timbalan Presiden PKR 2014‘ mendedahkan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berlaku insiden Malek Husin melemparkan wang di atas meja.


Namun, dakwa laman sosial itu, Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat yang dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah “terpegun” apabila saudara Malik Hussin telah “melemparkan” sejumlah wang rasuah ke atas meja,” dedah laman sosial itu.

Mengambil tanggungjawab tersebut, Chegubard tampil membuat aduan bertulis kepada parti pada 5 Mei.

Chegubard dilaporkan Malaysiakiniberkata Abd Malek Hussin telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan “bosnya”.

“Bosnya” itu mungkin Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, lapor Malaysiakini yang memetik kenyataan Chegubard.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai “memalukan”, Chegubard menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasat kebenaran isu tersebut.


Selangorkini turut melaporkan selain Chegubard melaporkan isu rasuah semasa pemilihan parti, Pengerusi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) itu juga turut membuat laporan tentang Azmin Ali.

Chegu Bard mendakwa Azmin pernah menghina presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah di TV3, pada tahun 2013.

Menurut Selangorkini, aduan yang dibuat Chegubard itu sebagai peringatan kedua selepas tiada sebarang tindakan diambil selepas aduan pertama dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Azizan Abd Rahman.

Satu sumber rapat dengan Chegubard berkata, kenyataan Azmin kepada media arus perdana itu menyerang presiden parti itu berkaitan dengan dakwaan mengamalkan nepotisme dalam menguruskan parti.

“Dalam aduan Azizan sudah sebut dengan jelas, Mohamed Azmin adalah anggota Biro Politik dan beliau seharusnya boleh menggunakan saluran biro itu sendiri atau Mesyuarat Perhubungan Negeri (MPN) bukan secara terbuka,” kata sumber itu kepada Selangorkini.

Selain itu, dalam Chegubard dalam surat berkenaan turut menuntut tindakan diambil terhadap pihak di dalam Biro Politik yang membocorkan minit mesyuarat parti.

“Seorang pemilik akaun facebook digantung keahliannya, tetapi seharusnya pihak yang dikatakan pro Azmin yang membocorkan minit mesyuarat terbabit juga perlu diambil tindakan,” katanya.









K7L : Berterabur puak depa ni...

09/06/2014

Masalah PAS-DAP Berlarutan - Kini Dalam PAS Pun Dah Mula Bergolak!



Semalam Keris bertemu dengan rakan sekolah lama. Mulanya bincang pasal dulu-dulu sampailah dia akui kini dia adalah Ketua Pemuda PAS di kampung kami. Kemudian diskusi kami menjadi lebih serius.

Topik hangat adalah berkenaan hukuman hudud. Dia menyatakan kekesalan dengan pemimpin PAS yang bertelagah untuk melaksanakan. Sedangkan setiap dari ahli mereka dijanjikan hudud dalam setiap ceramah mereka dalam beberapa siri pilihanraya.

Dia akui yang pemimpin PAS kebanyakannya tunduk kepada DAP. Mungkin tidak lama lagi PAS akan ditinggalkan. 


Pergolakan semakin hangat namun tiada pemimpin PAS yang berani kehadapan. Mana janji hudud mereka di Kelantan?


Baca apa KL-Chronicle ulas.

K7L : PAS makin teruk dah ni...

Tanda-Tanda Sakit Badan Dan Kaitan Dengan Organ Lain



Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin : 

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Send

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

iv) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

v) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

vi) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

vii) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

viii) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAa) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

SUMBER:

Pn. Rusnani OmarPenolong PendaftarUnit Keselamatan & kesihatan PekerjaanUniversiti Malaysia Perlis

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk