14/02/2014

Website JAKIM Merapu Pasal Valentine Day? Apa Ni Beb?


Subhanallah! Dah menarik sebenarnya artikel untuk beritahu pada rakyat Malaysia akan tidak eloknya menyambut Hari Valentine Day. Tapi tolong kepada sesiapa yang menulis di JAKIM punya website, baca dulu sebelum publish!

Pertama ada banyak khilaf pasal sejarah tu. Mungkin boleh timbulkan kekeliruan. Jika tanya Keris, lebih baik buat kajian terperinci dahulu sebelum post! Keduanya pihak JAKIM baca atau tidak benda yang mereka post dalam bahasa Inggeris sebenarnya hanya 'Google Translate'?

Ayat merapu beb! Boleh klik gambar di bawah atau baca di SINI


klik gambar untuk besarkan

klik gambar untuk besarkan

Apa benda 'kebobrokan' dan 'sehasta by sehasta' (highlight kuning) dalam ayat tu? jangan bikin malu bang! Ini jadinya jika nak buat kerja cepat tapi tak mahu buat elok-elok. Buat malu kementerian je!

K7L : Sapa yang tulis tu sila betulkan..segan nak baca..

Kes Dera Anak Di Sweden - Siapa Mereka? Suatu Kebenaran Yang Terungkai!


Malaysia dikejutkan dengan berita dari Sweden. Kisah sepasang suami isteri yang di tahan serta didakwa kerana mendera anak. Pelbagai versi ceita kita dengar. Keris harap dengan berkongsi artikel ini, dapatlah kiranya rakyat Malaysa kenali kedua mereka yag sedang ditahan.



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..

Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Senyuman terukir
dengan hasil tangkapan

Bersama warga Malaysia yang lain pada
Hari Raya Aidilfitri @
Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..


Mereka selalu ceria
untuk ke sekolah :D

Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden

Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato' Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..

Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005),ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2..

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..

Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."

Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..
Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..



Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg

Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Arif tertidur sewaktu
konvoi beraya..

Ammar dan Adam
selalu bermain dan tidur di bilik aku

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Sambung baca cerita penuh di [SINI]

K7L : Semoga yang hak akan berdiri!.. Sama-sama kita doakan buat mereka.. kasihan anak-anak..

31/01/2014

"Bumiputra, Untuk Yang Bukan Bumiputra" - Apa Kata Anda?


Pernah sekali sahaja Keris bersua dengan Zee Kin, seorang anak muda berbangsa cina yang fasih berbahasa Melayu. Apabila bercakap dengannya, terasa seakan dia faham benar apa itu tahaluf siyasi.

Hari ini juga Keris mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia. Mari kita baca nukilan Zee Kin tentang Bumiputra :


Blog lama saya mengenai BUMIPUTRA, Tajuknya "Bumiputra, untuk yang Bukan Bumiputra" - satu perspektif yang "simple". Terima Kasih kepada rakan saya yang terjemahkan blog ini ke bahasa Melayu.
__________________________________

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai hua Qiao dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.

Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota.

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (maaf saya tak jumpa perkataan Melayu yang sesuai). Perbezaan kaum amat ketara ketika itu, tiada orang Cina bercakap bahasa Melayu.

British harus menangani tekanan dari UMNO dan juga dari orang Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang Melayu & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan istimewa, maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju.

Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur ini berakhir?

Saya beranggapan faktor kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada unsur-unsur kesepaduan apa pun. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada orang Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang gambar Queen Victoria. Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, orang Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan menghakis kewujudan orang Melayu. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan tidak selamat dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang orang Melayu dan menghapuskan agama Islam dan budaya Melayu. Perasaan sebeginilah yang mencegah orang Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan orang Cina dan India, memaksa mereka pulang ke negara asal, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal kontrak terbesar antara orang Melayu & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, orang Melayu membuat keputusan bahawa mereka sudah boleh mengenepikan aspek-aspek kerisauan sebelum ini. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana dipelihara oleh perlembagaan.

Nenek moyang kita, yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang), sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan. Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang sama, untuk memberi kerakyatan kepada pendatang yang tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan. Wajarlah orang Melayu menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, orang melayu berpuas hati dengan pemberian kerakyatan dahulu, selagi kedudukan mereka dijamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153.

Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah konsep Kecinaan dan perasaan tidak selamat (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai orang melayu yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).

Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.

Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.
Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, bersepadu dan mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup!

Tidak cukup untuk memberitahu orang Melayu yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Penyelesaian untuk Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.
Sama ada:

1) Kita mengagungkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).

atau

2) Kita mengasimilasikan and "integrasi" budaya kita dengan budaya orang Melayu.

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

-Tai Zee Kin-


K7L : Gong Xi Fa Cai

30/01/2014

PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Anwar Jadi MB Selangor? - DPP Selangor Jadi Tin Kosong?




Apa Kata Bekas KP Pas?


Bekas Ketua Pemuda Pas menulis di laman FBnya juga mengecam tindakkan PKR yang sesuka hati membuat keputusan tanpa berunding bersama sama parti gabungan mereka.

Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia - siakan tenaga rakyat ?

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal - pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan.

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil ... Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan - rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok - elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?

Wah! Marah sungguh dia. Tetapi sehingga hari in Keris hanya tahu dia melalak dalam facebook sahaja. Mana pergi maruah PAS jika di'hanjing'kan oleh PKR begitu sahaja? Nasruddin Tantawi patut mengajak pimpinan PAS lawan PKR yang bajet cool dan melampau kuasanya?

Pas memang perlu angin satu badan dengan permainan politik PKR. Kita fahamPAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Tapi takkan tahap kesal sahaja? Apa calon PAS tak layak bertanding di Kajang?


Apa Respon Pemimpin PAS Lain?




“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

Sampai Bila Mahu Jadi Tin Kosong?


Rakyat nak tengok berani atau tidak Dewan Pemuda PAS Selangor kali ini. Atau mereka hanya berbunyi umpama tin kosong sahaja? Kita tunggu dan lihat. Sampai masa PRK kalau mereka tukar kenyataan memang sah mereka sentiasa 'diliwat tapi tak dihargai'.

Dari dimainkan dan diperkotak katik biarpun PAS masih lebih kuasa di Selangor serta lebih layak jadi MB. Lebih baik PAS kelaur sahaja daripada Pakatan yang tidak utuh itu. Keluar dan jadi MB. Itu lebih baik jika benar Islam mahu dipertahankan.

K7L : Sembang lebih...

29/01/2014

Press Statement Anwar Untuk Jadi MB Dah Tersebar? #MBPonBoleh



Politik Anwar Rakyat Dah Muak

Anwar 18.8.12: I will retire if PR loses the election and become a professor.

Anwar 7.5.13: I am not retiring. We only lost because of the Bangalas and blackouts.

Anwar 20.11.13: I never said there were Bangalas. Tu semua fitnah jahat UMNO!

Anwar 27.1.14: I will NOT contest in the Kajang by-election.

Anwar 28.1.14: I hereby declare my candidacy for the Kajang by-election.

Anwar 28.1.14: Khalid will stay as MB. I will not take over.

Anwar xx.2.14: Screw Khalid. I am the best MB for the state. RM2 billion will be 'spent wisely'.


Rakyat sudah boleh agak apa yag ANwar akan cakap sebenarnya. Anwar nak tunjuk dia boleh menang tak kira bertanding di mana sahaja tapi dia silap. Dia bertanding pun tempat 48% kaum cina membuktikan dia sebenarnya takut nak bertanding tempat lain melainkan ada 'deal' dengan DAP atau PAS.

Cerita dia nak jadi MB pun tak perlulah dia nafi. Kalau tak jadi MB pun orang tahu yang dia 'wayang'. Dengar sini Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia tak bodoh ok?

Deal Dengan DAP - Apa Ceritanya?

Keris ada tulis pasal 'deal' Anwar dengan DAP yang mungkin berlaku  [Klik Sini] memandangkan DAP pun sokong Anwar bertanding di Kajang biarpun PAS mengamuk ayam berak kapur. 

Cuba baca :

KUALA LUMPUR: DAP Selangor mengesahkan sokongan tidak berbelah bagi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Kajang.

“Sebagai rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat, DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya kecil nanti, dan tidak akan mengabaikan atau lebih teruk lagi, mengkhianati mereka ketika mereka sangat memerlukan,” kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media lewat malam semalam.

Speaker Selangor, Hannah Yeoh pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang sekaligus membuka jalan untuk satu lagi pilihan raya kecil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun mengakui tidak mengetahui tentang perletakan jawatan serta pencalonan itu dan mengetahui perkara itu menerusi media.

Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, semalam.

DAP Selangor bagaimanapun menyatakan penerimaan mereka terhadap ‘penyertaan’ Anwar di Selangor dan DAP mahu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Selangor lebih maju.

“Jika kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor Pakatan boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi contoh yang sangat baik untuk diikuti negeri-negeri lain,” kata Pua.

Sumber : Astro Awani

Maka tidak mustahil bukan DAP akan diberi keistimewaan oleh Anwar berbanding PAS?

K7L : PAS mengamuk tapi camtu jela bunyinya...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk