23/07/2013

Non Muslim Makan Di Bilik Air Adalah Fitnah? - Satu Penjelasan Telah Didedahkan!


Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.


Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.
baca selanjutnya di  Mazidul Akmal Sidek

K7L : Penjelasan....

[Video] Apa Kata Orang #KualaBesut Jika 16:16 Berlaku! @tunfaisal @ahmadmaslan



Di sini ada dua orang pengundi DUN Kuala Besut yang memberi pandangan tentang apa akan berlaku jika 16:16 terjadi seperti permintaan PAS. Nak tahu apa akan jadi?


Puak PAS Terdesak! Sanggup Fitnah Dalam Bulan Ramadhan! @tunfaisal @ahmadmaslan



Malam tadi ceramah besar di Kg Tok Saboh dibuat oleh puak PAS. Maka datanglah penonton-penonton import mereka yang hadir dari Kelantan, Pahang dan luar kawasan Besut untuk dengar ceramah.

Namun amat mengecewakan apabila satu fitnah telah diskripkan dalam ceramah tersebut dengan niat untuk meraih simpati. Mereka bertindak menipu para hadirin dengan satu SMS palsu.

Kononnya telah disebarkan kepada penduduk kampung supaya pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat padahal ianya tidak berlaku. Semua ini telah dijelaskan bagaimana fitnah ini dibuat.

Mari tengok video pendedahan ini :



K7L : Bulan yang baik ini pun sanggup fitnah demi kuasa?..sesat puak ni..

Puisi Istimewa #KualaBesut Buat Abe Ku! @besutlening



Nukilan dan isi hati seorang bapa buat anaknya yang didoakan untuk menjadi wakil rakyat yang berjaya dan bertanggungjawab. Puisi yang digarap dengan baik dan ikhlas. Tahniah buat bapa Abe Ku.

22/07/2013

[Video] Pengundi Suarakan Perbezaan Calon PAS dan Calon BN! @tunfaisal



Sebelum in Keris ada keluarkan video mengenai orang lama PAS yang menyatakan sokongan beliau untuk mengundi calon BN, Tengku Zaihan atas beberapa faktor. Hari ini Keris minta pembaca dengan sendiri pandangan pengundi di Kuala Besut terhadap calon-calon PRK Kuala Besut.


Apa pula kata keluarga Che Long?


Che Long sendiri tak mahu jadi wakil rakyat. Mengapa perlu beri undi pada orang yang tidak bersungguh mahu membantu rakyat Kuala Besut?

K7L : Kena ikhlas baru boleh jadi wakil rakyat..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk