30/06/2012

Bahaya? Logo Toblerone Ada Sembunyi Lambang Freemason?


Woi! Jangan terkejut! Memang Keris tak sangka langsung memang wujud benda tersembunyi di sebalik logo yang tertera di bekas coklat Toblerone. Tengah syok makan sambil tengok bekasnya, Keris perasan akan apa sebenarnya yang tersembunyi. Ianya adalah seekor beruang! Haha!


Jika kali pertama anda lihat pasti anda hanya akan merasakan logo tersebut melambangkan Swiss Alps. Mengapa wujud beruang pada lambang tersebut? Selepas bertanya kepada Mr Google, jawapannya :

Toblerone berasal daripada sebuah bandar di Bern, Switzerland yang mana ada 'rumours' mengatakan bandar tersebut turut dikenali sebagai 'City Of Bears'. Sebab itu ikon beruang wujud secara tersembunyi di sebalik gunung Alps.

K7L : Jangan marah haaaa..

28/06/2012

Masjid Mahu Dirampas Cara Yahudi Di Selangor Untuk Doa Macam Di Penang?




Lihat sendiri bagaimana rampasan dilakukan oleh puak PAS melalui JAIS secara halus. Mereka mahu menguasai surau dan masjid supaya tiada siapa yang marah jika mereka menjadikan masjid platform mereka menyebarkan dakyah songsang politik mereka.Supaya tidak wujud sebarang bantahan jika berlaku bacaan doa seperti video di bawah.


Jika mereka dibenarkan untuk berbuat begini, maka tidak mustahil jika ajaran KAFA ataupun Fardhu Ain dihentikan dan diganti dengan ajaran politik kebencian kepada kerajaan. Ini yang Keris bimbangkan kerana puak-puak PAS tak pernah jemu berpolitik dalam apa jua keadaan termasuk doa dan sebagainya.

K7L : Politik bukan agama..itu pendirian Mctheory saat kali pertama kami berjumpa..dan Keris setuju!

@cmlimguaneng Kantoi Sebab Menipu Tentang @NajibRazak


Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat. Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. 


Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.


Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.


Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan.

Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?

Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST tempohari.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan seorang Ketua Menteri yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?



K7l : Pandai cakap tapi tak pandai buat kerja..

Sejarah Solat 5 Waktu - Azhar Idrus Ada Cerita?



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
K7L : Dah tahu?..apalagi solatlah!..jangan tinggal solat ye kawan-kawan..muhasabah diri..

[Video] Sikap Rasis Ketua DHPP Terhadap Jutawan Melayu - PAS Menikus Biarpun Kenyataan itu Kurang Ajar!




Dengar sendiri apa yang dilafazkan oleh Ketua DHPP Pas Pusat itu. Sungguh rasis dan kurang ajar. Dia memepersoalkan dan cuba menghasut orang melayu supaya membenci jutawaan Melayu yang banyak bersedekah pada anak yatim. Percakapannya seolah olah tidak mahu melihat orang Melayu tersenarai sebagai jutawan Malaysia.


Jika dikaji semula mereka yang berada di atas hanya dua nama Melayu, dan tiada siapa pun pertikaikan tentang kekayaan bangsa lain kerana semangat perpaduan dan hormat menghormati menjadikan kita tidak kisah akan perkara tersebut. 

Namun mengapa hasutan untuk tidak menyokong jutawan Melayu ini timbul? Apakah niat sebenar Ketua DHPP Penang itu? Apakah ini memang termasuk dalam agenda DAP yang memang rasis dan kauvinis?

Hu Chang Pow perlu mohon maaf kerana mengusik sentimen melayu! Kepada orang PAS yang jadi pak turut masa dia tengah berucap. Anda memang layak dibodohkan. Takde akal ke?

K7L : Kurang ajar sebab cuba timbulkan kebencian!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk