27/02/2012

Ucapan MB Pahang Yang Sokong #HimpunanHijau Diadakan?





Rentetan dari Himpunan Hijau di Dataran MPK 4 pagi tadi. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Dr. Adnan Yaakob telah mengeluarkan kenyataan semalam.


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia. 


Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini. Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.

Kedua, pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.

Ketiga, gerakan Anti Lynas yang berselindung di bawah nama Hijau Hijau nyata tidak laku (tak dapat sambutan). Rakyat tidak percaya dengan Pembangkang yang menabur kata-kata bohong pada setiap masa dan setiap tempat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan demontrasi secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan.

Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism in patut diteruskan untuk kebaikan bersama.

Salam 1 Malaysia.

Yang benar,
Dato Seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.


Memang kena tepat ke muka Fuziah. Nantikan pandangan peribadi Keris 7 Lok tentang Polis yang 'tidak buat kerja' ketika Himpunan Hijau Dosa 2.0.

K7L : MB Pahang ni jujur sangat..keh keh keh..padan muka Puziah!

Anwar Poorah - Video Anwar Kena 'Maki' Dengan Kaum India Kedah



Kalai vanar & alternative action team dengan kerjasama penganut kaun Hindu sungai petani membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke kuil Sri subramaniyar, dimana dulunya, beliau telah berjanji untuk memberikan cuti umum bagi perayaan Thaipusam di Kedah, pada pru12. Tetapi sampai ke saat ini 22 Feb 2012, janjinya masih tidak ditepati, namun kaum india menjangkakan, sekali lagi Anwar Ibrahim dengan niat menipu, ingin berjanji lagi kepada penganut hindu di Sungai Petani!


JANJI Anwar memanglah begitu, masihkah kaum India di Malaysia ingat tentang Peristiwa Kg Buah Pala? 




K7L : "Kalau tak buat jangan panggil saya Anwar Ibrahim"..panggil dia penipu...

Gempar - Bukti Pendemo @HimpunanHijau Dibayar Tersebar?


Wow! Keris terima gambar ini dan terkejut dengan jumlah yang diterima oleh seorang pendemo yang dibayar untuk turun ke MPK4. Mungkin ada yang dibayar oleh beberapa individu berkepentingan dalam himpunan dosa 2.0 ini. Patutlah ada yang datang daripada jauh sebab mereka ada 'elaun'. Keris akan beri sedikit analisa tentang perhimpunan hijau dosa itu kerana Keris ada disana dan tahu apa yang jadi.


K7L : Jadi pendemo pun masyukkkkkk.....

Published with Blogger-droid v2.0.3

26/02/2012

Syarat-Syarat Untuk Himpunan Dosa 2.0 - Gagal Sebelum Mula!



Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Dosa 2.0 esok, hari ini menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut.

Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.

Penggunaan risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.

Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.

Syarat-syarat lain ialah:

  • Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
  • Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
  • Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
  • Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu
  • Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
  • Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
  • Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
  • Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Jangkaan seramai 20,000 orang menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng membuatkan Keris terasa sedikit lucu. Ceramah pemimpin No 1 pembangkang pun tidak mendapat sambutan hangat, inikan pula dengan demonstrasi oleh 'Penipu' Fuziah?

Follow tweethandle Keris - @Keris7Lok untuk sebarang info baru mengenai Himpunan Dosa 2.0.

K7L : Jika sempat Keris buat Live Update...

Ceramah Anwar Dengan Hasan Ali - Buatkan @azminali Tak Nak Datang Himpunan Dosa?


Keris tidak mahu cerita banyak yang penting pembaca nilai sendiri dan terjemahkan gambar-gambar berikut kepada satu pemahaman yang penting dalam menunjukkan siapa yang lebih diiminati rakyat.


Anwar Ibrahim
Vs
Hasan Ali



K7L : Kenapa Anwar tak sebut apa-apa tentang Lynas mahupun Himpunan Dosa 2.0 tadi masa ceramah?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk