K7L : Dulu kecik-kecik selalu nyanyi lagu bahtera merdeka..sekarang lagu Warisan pula menjadi teman tidur..
01/02/2012
Penduduk Ukay Bistari Tidak Lupa Jasa Azmin?
17:29
No comments
CTS sebelum ini pernah membuat posting mengenai cubaan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali yang cuba untuk menjadi hero di Twitter sebaliknya dibelasah teruk oleh seorang penduduk yang kebetulan merupakan pengikutnya di Twitter (baca di sini).
YB Azmin Ali bukan sahaja gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil Rakyat, sebaliknya beliau juga gagal mengambil peluang untuk meraih nama dan kredit di atas usaha yang dibuat UMNO Selangor di bawah kepimpinan DS Noh Omar.
Baca Selanjutnya di CTS
K7L : Azmin dah balik jumpa mak dia belum minta ampun?..bersifat pemimpin? Chiitttppooorraaahhh sama Azmin!
Penulis Blog Juga Ada Penyakit Ini - 'SOMBONG'
14:01
No comments
Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam as. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah SWT, lalu ia menempelak: “Mana boleh aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah SWT. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini:
PERTAMA - kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
KEDUA - kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
KETIGA - yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
KEEMPAT - menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
KELIMA - berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
KEENAM - sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
KETUJUH - kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
SUMBER : ILUVISLAM
K7L : Ini baru sombong..belum cerita tentang iri hati..Ya Allah jauhkan aku dan rakan-rakan UMB daripada sifat-sifat yang kau larang dan jauhkan kami daripada manusia-manusia yang punya sifat-sifat mungkar itu..
RM5 juta Di Pulau Pinang Hanya Untuk Dibuang?
11:02
1 comment
Daripada blog MyMassa
Kalau pembaca nak tahu, inilah tempat letak kereta di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang berharga RM5juta. Setelah siap, tempat letak kereta ini tidak dapat digunakan kerana ianya hanya muat untuk kereta kancil. Tempat letak kereta ini juga tidak mempunyai lif walaupun setinggi ini ia dibina.
Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil keputusan untuk merobohkan tempat letak kereta ini dan menggantikan dengan yang baru. Penduduk bidas musnah bangunan tempat letak kereta baru RM5 juta
GEORGETOWN: Penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tempat letak kereta bertingkat Stesen Bukit Bendera di sini, membidas cadangam Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu merobohkan bangunan baru berkenaan. Mereka berpendapat tindakan merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta itu sebagai membazir dan menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam menangani masalah rakyat.
Lim Cheng Cheng, 57, berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan bangunan itu, sebaliknya membaiki struktur tertentu seperti meluaskan laluannya supaya ia boleh digunakan pengunjung Bukit Bendera dengan kadar segera. “Pembayar cukai menjadi mangsa hanya disebabkan kesilapan beberapa individu terbabit dalam pembinaan tempat letak kereta ini dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi dengan pengumuman kerajaan negeri ini.
“Pemimpin kerajaan negeri sewajarnya tahu bahawa langkah itu sebenarnya membazir saja... bukankah lebih baik bangunan ini diubah suai saja kerana ia lebih menjimatkan wang pembayar cukai,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam. Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.
Pembinaan bangunan baru itu mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.
Seorang lagi penduduk, Wong Yew Aun, 28, menyifatkan langkah kerajaan negeri merobohkan bangunan tempat letak kereta itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak kerana membazir wang rakyat. “Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat menjimatkan dana awam tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kerajaan negeri lebih suka membazirnya demi membina tempat letak kereta baru,” katanya.
Tindakan Kerajaan DAP itu seolah-olah mencampakkan duit RM5juta ke laut di Pulau Pinang.
*Kalau kerajaan BN buat, mereka akan cakap projek gagal. Kalau macam ni pulak, nak panggil apa ye? Bodoh bertingkat-tingkat macam tempat ni jugak.
K7L : Hangpa pikiaq la sendiri..depa ni pandai bayaq hutang kaa..pandai buang duit rakyat?
3 Hacker Terkenal Dunia Dan 3 Wajah Pemimpin Penipu Di Malaysia!
08:03
2 comments
3 Hacker Terkenal Dunia
Dunia hacker sudah dikenali sejak adanya komputer, dan mereka mulai lebih bermaharajalela sejak adanya internet. Pengetahuan mereka dalam bidang ini tidak dapat dinafikan lagi. Berikut merupakan antara 3 orang penggodam yang paling terkenal didunia.
Kevin Mitnick (lahir 6 Ogos 1963) - Kevin dikenali kerana aksi hackernya yang cukup menghebohkan Amerika, dan merupakan "the most wanted computer criminal in United States history". Kisah hidupnya sempat di-filmkan sebanyak 2 kali di Hollywood, dengan tajuk'Takedown' dan 'Freedom Downtime'.
Kevin memulakan aksi hackernya pertama kali terhadap sistem pengangkutan di Los Angeles. Setelah berhasil menggodam sistem 'punchcard', dia boleh memakai bas kemana saja dengan percuma. Aksi berikutnya Kevin adalah menggodam sistem telepon, dimana dia boleh menggunakan perkhidmatan telepon jarak jauh dengan percuma.
Setelah mengenal komputer, Kevin sempat melakukan hacking pada:
- DEC (Digital Equipment Corporation) system
- IBM Mini Komputer di 'Computer Learning Center Los Angeles'
- Hacking sistem Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens
- Mengganggu sistem FBI
Kevin akhirnya ditangkap dan menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Dirinya baru dibebaskan pada tahun 2000. Setelah bebas, dia dilarang sama sekali daripada memakai peralatan telekomunikasi dan telepon hingga tahun 2003. Setelah Kevin menuntut haknya di mahkamah, akhirnya dirinya diperbolehkan menggunakan alat komunikasi dan komputer. Ketika ini Kevin bekerja sebagai seorang konsultan sekuriti komputer. Pehhhhh!
Adrian Lamo (lahir 1981) - Adrian adalah seorang jurnalis dan seorang hacker. Dia terkenal terutama dalam hacking rangkaian jaringan komputer yang mempunyai sekuriti yang tinggi.
Dirinya mulai dikenal orang setelah berhasil menggodam sistem komputer 'The New York Times' pada tahun 2002 dan 'Microsoft'. Dia juga diketahui dapat mengenalpasti kekurangan dalam keamanan jaringan komputer dari pusat kegiatan hackernya yang termasuk dalam senarai 'Fortune 500 companies' dan kemudian memberitahu mereka kelemahan dan kekurangan yang dia ditemui.
Kes ini sempat diteliti oleh FBI selama 15 bulan, setelah New York Times melaporkan adanya sistem mereka yang dicerobohi. Akhirnya pada tahun 2003 bahawa penyebabnya adalah Adrian. Adrian sempat bersembunyi beberapa hari, dan akhirnya menyerahkan diri ke FBI pada tahun 2004.
Adrian akhirnya menjalani hukuman 'tahanan rumah' oleh orang tuanya, dan 2 tahun masa percubaan dengan denda sebanyak $65,000. Adrian juga diyakini berusaha menggodam sistem komputer Yahoo!, Sun Microsystem, Bank of America, dan CitiGroup, dengan memanfaatkan kekurangan dan kelemahan sekuriti yang ada.
Jonathan James (lahir 12 Desember 1983) - James adalah orang Amerika Syarikat termuda yang dijatuhi hukuman atas kesalahan dalam dunia cyber. Ketika baru umur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena menceroboh laman web bahagian pertahanan Amerika.
Dia mengaku melakukan hacking adalah sebuah percubaan dan melakukan untuk suka-suka. NASA juga tidak ketinggalan dalam terkena daripada kehebatan James, James berjaya mencuri (download) software NASA yang dianggarkan bernilai $1.7 juta dollar AS pada tahun 1999. NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya akibat dari perbuatan si James selama tiga minggu. Dan setelah itu NASA terpaksa mengeluarkan bajet sekitar $41,000 untuk membetulkan sistem mereka yang diceroboh. 6 bulan setelah James menggodam NASA, dia ditangkap di rumahnya oleh polis tempatan pada jam 6 pagi. Dia menjalani hukuman penjara 6 bulan karena masih di bawah umur, dan hukuman 'tahanan rumah' hingga umurnya mencapai 21 tahun.
James dilarang daripada berinterkasi dengan komputer selama itu. Akhirnya, James meninggal dunia pada 18 Mei 2008, tidak ada maklumat tentang penyebab kematiannya.
Sumber : Oh Belog
3 Wajah Pemimpin Penipu Di Malaysia
Pemimpin ke-3
Pemimpin ke-2
Pemimpin Nombor Satu Paling Penipu
Masihkah kau ingat?
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
May
(34)
- #DosaDosaMahathir - Siri 5 - Siapa Yang Terus Kaya...
- Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Ba...
- Sebelum Mengundi Wajib Lihat Semua Video Mahathir ...
- Bukti Kukuh, Satu Undi Untuk PKR = Satu Undi Untuk...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Di...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Beza Zaman Mahathir vs Zaman Najib - #RinduZamanTun
- #DosaDosaMahathir - Siri 4 - Skandal PKFZ #SinsOfM...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu ...
- Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? -...
- Video Perbualan KJ Dengan DS Najib - Buatkan Mahat...
- Suara Anak Sri Gading! - Pakatan Harapan Johor Men...
- Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pa...
- #DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #Sins...
- Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
- Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS...
- #DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #...
- Haji Hadi Sindir Pakatan Harapan - Mahathir Melomp...
- Lepas Cerita Jet Rosak Tidak Menjadi, Datang Pula ...
- Syed Saddiq Calon Paling Sengal Dalam Sejarah? - B...
- Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #Tsu...
- Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangk...
- Zairil Khir Calon DAP Kena Makin Dengan Penduduk C...
- Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?
- Calon BN P112 Kuala Langat Mengujakan Pengundi PRU...
- Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oleh Calon Jambu!
- Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah U...
- Mahathir Minta Hadirin Jangan Undi Pakatan Harapan?
- Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?
- Koyak Poster Calon P112 - Petanda Pihak Lawan Takut!
- Pertembungan Epik - Antara Masa Depan Dan Masa Silam
- GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya ...
-
▼
May
(34)

















