Berapa lama lagi harus kita tunggu? Tidak ada sebutir perkataan pun keluar daripada Mulut Azmin sekarang ini berkaitan isu skandal mempergunakan wang rakyat Selangor sebanyak RM 30 Billion melalui DEIG?
Dan dalam isu yang sedang panas di Selangor, sebagai Menteri Besar yang mendapat bantuan sepenuhnya suatu ketika dahulu untuk memastikan dirinya mendapat tempat tatkala 'perang' antara Wan Azizah dengan TSKI, apakah PAS masih lagi dikenang jasanya oleh Azmin?
Dua persoalan yang masih belum terungkai. Apa pendirian peribadinya? Apakah ada 'tangan ghaib' yang memberi maklumat berkenaan DEIG bertujuan untuk menjatuhkan MB Selangor?
Apapun kedudukan PAS sekarang ini sedang ditekan oleh DAP untuk memastikan Pakatan Rakyat yang telah rebranding menjadi Pakatan Harapan Baru yang tidak menempatkan PAS.
Kerajaan Selangor yang 'bercampur kuasa' diantara PAS-PKR-DAP kini akan menjadi apa? Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya. Kami mahukan penjelasan yang penuh.
K7L : Kalau padi katakan padi...
0 ulasan:
Post a Comment