28/08/2015

Sah! Ringgit Malaysia Sudah Tidak Laku Di Serata Dunia?



Yang bodoh terus diperbodohkan oleh pembodoh sebab tak tau fakta atau tak tau di dunia ini ada lagi negara lain selain Malaysia yang juga mengalami susut nilai matawangnya.

Yang budak-budak itu tak la pelik sangat sebab mereka tak tau sejarah tapi yang tua bangka dah senja yang hidup cuma menongkat langit bukan tak tau sejarah tapi jadi penghasut dengan fakta2 sampah.

Tetapi bagi yang berpijak di bumi nyata berfikiran waras dan bernas seperti ini....

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan dan parti yang memerintah sekarang. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'..Pandai kan depa nie..otak tahap George Soros. Hi hi hi

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah saya perlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit:

• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupee India (10%)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18%)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20%?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Dulu :

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3% hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12%. Itulah yang berlaku pada masa itu. Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi di masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Kepada yang menjadi pakar ekonomi segera tu..adakah mereka ini selalu membeli barang buatan US dan negara2 Europe? Bukankah barangan negara kita sendiri lebih baik dan teruskan membeli kerana ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara kita sendiri.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini mewar-warkan perkara yang belum pasti...Hakikatnya masyarakat sekarang lebih percayakan KEYBOARD WARRIOR dari mencari sendiri fakta yang sebenar.

Sumber : Gossip Rakyat
K7L : Memanglah tak laku kalau tak tukar duit lagi...bodoh mana tah suruh tukar ke USD bawak ke Mekah...

5 ulasan:

  1. hakikatnya, walaupun berdagang dengan China, Thailand, Jepun lain2, ianya menggunakan USD dan bukannya remimbi, baht atau yen.....jangan kelirukan ramai tanpa fakta.....kalau nilai ringgit rendah adalah baik, turunkan lagi nilainya sehingga RM10 = USD1

    ReplyDelete
  2. Wang adalah ciptaan manusia, so memang x perfect. Turun naik tu perkara biasa yg juga disebabkan oleh manusia juga. x mahu guna wang, gunalah benda lain, emas ke, perak ke. Aku baru terbaca antara usaha kerajaan yg telah diambil ialah perdagangan antara Malaysia dan Thai gunakan matawang tempatan. Diharap ini akan diperluas penggunaannya dengan negara2 lain selain US supaya kesan kenaikan USD memberi impak yg minimum kepada ekonomi negara. Macai2 kalau nak beri komen biarlah yg membina atau mencadangkan solusi, bukan asal hentam sahaja.

    ReplyDelete
  3. Ada aku kisah. Aku bukannya nak gi oversea bagai. Aku idup dengan gaya sendiri takat ni no problem. Berbelanja dlm.negeri sendiri nilainya tetap sama. Tak de pun nak bermewah bagai bukan ke kita dituntut bersederhana dalam segala hal. Apa nak bising. Biar turun nilai biar yang banyak saham dsbnya kebanyakkannya mata sepet biar dia terjun laut,bangunan atau gantung diri. Suka kurang skit bangsa tu. Bangsa melayu bukannya banyak duit pun. Biar rm nilai macam daun kering biar dorang berambus ramai2 dari msia baru aman. Elok kalau boleh dia balik kenegeri asal usul nenek moyangnya nak tengok mcmana dorang boleh terima ke tak.

    ReplyDelete
  4. Pi thailand guna bath tok leh ko? Pi Indonesia guna rupiah tok leh ko.... nok guna jugok USD....

    ReplyDelete
  5. Mmg la turun duit sebab asyik kena songlap aje.Penuhkan duit keluarga sepupu sepapat supaya dapat hidup dunia akhirat senang.Itulah pilihan rakyat.Yg pengampu mmg pandai buat statement SBB duit masuk.Hakikat duit USD mengukuh SBB government us sekarang kawal duit diorang.Tapi yang pelik Kat ringgit ni. Halo kawan..cuba guna kadkredit beli guna PayPalko hingat bole guna ke? Duduk Kat rumah cakap mmg senang.. Cuba ko pegi Singapore KO tengok ringgit punye rate LA.. Cube KO terangkan ape ITU POA.Jangan cite yang bukan2 kawan. What it mean? Tu maknanya ringgit x de nilai.. Orang2 Kat luar dah x nak ringgit dah.. Bila dah x nak KO x yah cite 1 USD sama ITU 4.87 lagi.. Tgk lah sampai akhir tahun aku ingat lebih x 5.0 or 5.5.. Bayangkanlah bila PayPal pn x nak cr card base on myr... Ni dok kata harga minyak pulak sebab ringgit jatuh..Haha jgn nak buat alasan x logik bole.. Malaysia bkn pengeluar minyak terbesar dunia Cuba kau compare ringgit dengan duit negara Timur tengah.. Haha nak ak screenshot ke... Kenapa ringgit fall very down berbanding duit diorang ni.. So x payah jadikan minyak isu dalam kejatuhan nilai ringgit.. Lagi satu kenapa minyak pada bulan ogos rm2.05 tapi pada September pulak 1.95 sedangkan harga minyak purata adalah sama dalam masa yang sama ringgit jatuh teruk.. Bole pulak turunkan harga so dimana perbezaan 10 sen 2? Pada hari ni usd1 - rm4.36 Motif-halo kawan jgn bebual thambi dey

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk