14/01/2014

Berdosa Jadi Blogger Jika Persoalkan Kangkung Dan #SyokSendiri @NajibRazak



Dah lama tak menulis. Maklumlah kami bloggers ini bukan wartawan dan tak berapa #Lifestyle. Keris sebenarnya memang sudah tidak punya hati untuk menulis blog setelah sedar diri Keris tak ada kerja lain selain menyerang pembangkang yang merupakan cara lama dan tak efektif.

Tetapi hari ini kembali menulis semula setelah isu kangkung menajdi hangat dan terasa mana perginya penulis blog yang efektif di bawah kendalian Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia?

Ramai tanya Keris kenapa tak bersama :

1. Dah berapa bulan lantik kenapa tak bergerak lagi?

2. Pendekatan media baru apa yang diguna pakai jika apa-apa bukan dibuat dalam blog tetapi dalam suratkhabar yang 'dibaca' oleh anak muda?

3. Siapa Keris untuk diangkat walaupun pernah menjadi barisan Jentera Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia yang banyak berperang tapi tak dipandang?

4. Siapa yang Syok sendiri sekarang? Kami penulis blog ataupun Pemimpin yang tak perform tapi suka salahkan orang?

5. Sampai bila BN nak jadi lembab dalam pengurusan isu?

Jika dahulu kes pertunangan anak PM, Fitnah Chegubard, Serangan terhadap PTPTN dan banyak lagi antara isu yang 'diuruskan' kami dengan cepat dan berjaya menutup mulut pihak pemfitnah.


Hari ini isu kangkung dah lama tapi masih lagi tiada 'damage control spinning' yang dilakukan. Mana pergi mereka yang diberi amanah menangkis fitnah melalui media sosial? Kalau nak pakai Intsagram sahaja dengan followers berapa kerat dah kata itu medium baru untuk anak muda, Keris rasa kita dah boleh buat kursus baru iaitu 'Kursus Menjadi Blogger Pembangkang Yang Baik'. 

Sebab hari ini mereka melihat bloggers sebagai 'pelacur' yang tahu mengkritik dan mengancam mereka. Bagi bloggers yang punya jawatan dalam UMNO akan dilabel sebagai ancaman dan 'dibenam' serta diugut jika tak menurut.


Keris sudah biasa dengar bekas Jentera UMB di'dosa'kan atas sebab-sebab yang tak masuk akal. Hari ini bukan sahaja UMB malahan kawan-kawan blogger lain juga di'dosa'kan hanya untuk tutup kesalahan 'si perut buncit' yang sudah buat salah.

Sudah jangan persoalkan lagi perihal kangkung tetapi tanya pada diri sendiri siapa yang syok sendiri dalam membuat keputusan. Bloggers tulis tak efektif jadi tak perlu takut dengan kritikan kami. Tapi kalau pemimpin salah buat atau salah cakap confirm #PRU14 ada kesan. Itu beza antara marhaen macam kami yang tak efektif dengan pemimpin yang 'bijak' dan 'efisien'.

Kami tak pandai bergaya baju kot sahaja tapi kami tak mengemis nak bergaya. Kami tak pandai dekati masyarakat sebab itu kami jadi blogger tak efektif. Kami tak pandai menulis sebab itu dulu banyak juga isu kami tangkis. Kami tak reti cari berita sebab itu mata kami pedih kena tear gas hanya untuk dapatkan bukti elak fitnah pembangkang. Siapalah kami?

K7L : Sayang UMNO tapi tak sayang orang UMNO yang buat UMNO macam bapak dia punya...

1 ulasan:

  1. Tuan. Pos tuan sgt bermakna. Perjuangan tuan sungguh bergaya. Tulisan tuan sungguh bijaksana. Fakta tuan sungguh isinya. Janganlah tuan berputus asa. Lilin membakar menyala bercahaya jua biar tiada yg pedulikannya. Fikirkan pejuang kita yg lama dari pertama. Menyerah tiada walau dihina. Demi marwah bangsa, melayu, agama islam, sultan raja dan negara tercinta. Walau apa, segalanya qada dan qadar. Kita redho padaNya.. Teruskan dgn niat. Lupakan untuk diingat.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk