20/02/2018

Top Dog Sebenar Pakatan Dah Mula Tunjuk Belang!




Mahathir kata dalam hirarki Pakatan Harapan (PH) beliau adalah "top dog" iaitu sebagai pemimpin dominan. Mahathir angkuh kata sebagai Pengerusi PH, beliau akan pengerusikan Majlis Presiden.

“Dalam hierarki HARAPAN, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya pada 18 Julai 2017. 

Sekarang ini apa cerita? Kata jadi "top dog" dalam pembangkang, kata jadi calon Perdana Menteri, tetapi bila soal agihan kerusi kenapa DAP yang nampak seperti jadi "top dog"?

Di Negeri Sembilan sampai naik atas kerusi. Di Selangor masih belum selesai. Di Pulau Pinang, agihannya dirahsiakan DAP. Di Kelantan, bergolak. Di Kedah, DAP "sound" PPBM mengenai agihan kerusi. 

Kalau tengok pada pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, iaitu 165 kerusi selepas Konvensyen PH pada 7 Januari lepas sudah tahu siapa "top dog" yang sebenar dalam pembangkang. 

Orang yang tiada nama dalam organisasi Pakatan Harapan yang menjadi "king maker" sebenar atau "top dog" dalam pembangkang, bukannya Mahathir. 

Jelas sekali "top dog" pembangkang adalah Kit Siang dan DAP. Mereka yang berhak tentukan kerusi mana yang mereka hendak tanding. "Top dog" makan isi, "dog" yang lain gigit tulang sahaja. 

Kalau dilihat pembahagian kerusi PPBM kononnya diberikan 52 kerusi paling banyak, 51 kerusi oleh PKR, DAP 35 kerusi dan PAN hanya 27 kerusi. 

Ada 57 kerusi lagi yang masih bermasalah untuk diagihkan seluruh negara untuk Parlimen. Khabarnya jumlah sebenar agihan adalah seperti ini ;

1) DAP - 71 kerusi
2) PKR - 70 kerusi
3) PPBM - 52 kerusi
4) PAN - 27 kerusi
4) Warisan - 2 kerusi

Jumlah kerusi adalah 222 kerusi. DAP lah yang paling banyak dapat kerusi, oleh kerana tidak mahu angka sebenar ini diketahui orang Melayu maka pembangkang hanya umumkan agihan di 156 kerusi di Semenanjung Malaysia sahaja. 

Di beberapa negeri sekarang ini sudah timbul masalah pembahagian kerusi di peringkat DUN. Tidak ada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mahathir untuk agih kerusi. Mahathir di IJN, tetapi DAP yang tentukan siapa boleh tanding atau tidak. 

Lihatlah di Selangor, PAN dan DAP sudah gasak Azmin mengenai agihan kerusi. Ronnie Liu, otai DAP sudah "sound" Azmin secara terbuka. Malah khabarnya, DAP mahu tanding lebih dari 20 kerusi di Selangor. 

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat, berkata DAP yang mengetuai pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor sebenarnya sedang mengulangi 'skrip' sama untuk menawan Selangor, sama seperti mereka menguasai Pulau Pinang jika memenangi PRU-14 nanti.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim sudah "sound" parti bunga Selangor, dengan mendakwa parti cuba menunjukkan taring walaupun ia parti baharu.

"Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring. tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatan Harapan" kata Teng.

Bila Ronnie Liu dan Teng Chang Kim berani "sound" Azmin dan PPBM, ini bukti jelas siapa sebenarnya "top dog" dalam pakatan pembangkang.

Di Kelantan ada 14 kerusi bermasalah, masih berebut lagi sesama PKR, PAN dan PPBM. Di Kedah pun sama, PAN yang ditaja DAP mahu kerusi lebih. 

Masing masing "gila kuasa" mahu jadi calon. Penyakit Mahathir sudah berjangkit ke seluruh ranting pembangkang di seluruh negara. 

Mahathir tidak boleh bagi kata putus dalam isu agihan kerusi ini. Mahathir tiada kuasa. Pihak yang ada kuasa, namanya tiada dalam organisasi tetapi boleh buat keputusan. Kit Siang lah orangnya. 

Baru mengaku "top dog", baru dicalon jadi bakal PM sudah tiada apa apa kuasa. Jadi kalau jadi PM yang sementara lagilah tidak berkuasa. Kalau kena ulang alik IJN, maka orang lainlah yang pegang kuasa. 

DAP yang ada kerusi paling banyak akan berkuasa. Hari ini pun, belum lagi PRU14 sudah nampak siapa sebenarnya "top dog" sebenar dalam pembangkang. 

Masa agih kerusi ini pun sudah ketara, "top dog" sebenar adalah DAP bukannya Mahathir. DAP hanya jadikan Mahathir sebagai umpan sahaja untuk dapat undi Melayu. 

Gunakan Mahathir untuk jatuhkan kerajaan yang ada di Putrajaya. Kemudian pecat kakitangan awam. Masukkan orang orang DAP di Putrajaya. Ini bencana besarnya kalau DAP berkuasa. 

Jangan berilah peluang kepada pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini. Bahaya !!!

K7L : Tolong lihat betul-betul.. jangan dikaburi omongan bodoh PPBM dan PKR!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk