09/02/2018

Segalanya Naik Di Selangor! - Inilah Hadiah Untuk Orang Selangor




KL Tempat yang lebih sibuk dan sesak tidak naik cukai pintu. Bagaimana dengan Selangor? Ada yang naik 400% dan ada naik sampai 640%?


Sumber :  Nizam Zain - 8 Februari 2018

Notis penundaan kenderaan daripada penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menunjukkan berlaku kenaikan caj sehingga lebih 640 peratus.

KUALA LUMPUR – Selepas Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) didakwa menaikkan cukai taksiran kediaman sehingga 400 peratus, kini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula mengikut jejak mereka dalam caj penundaan kenderaan.

Menurut sumber MalaysiaGazatte yang berkongsi gambar tertera notis penguatkuasa MBSA mendapati pesalah dikenakan caj penundaan kenderaan maksimum RM2,000 tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

Bayaran itu tidak termasuk kompaun kapit roda sebanyak RM300 sebuah, kos penyimpanan kenderaan RM50 (sebelum GST) dan kompaun buka di tapak sehingga RM1,000 (kenderaan berat).

Selepas carian di laman web MBSA di bahagian penguatkuasa serta penundaan kenderaan mendapati caj asal penundaan bagi kereta dan van maksimum RM270 manakala lori pula RM350 meliputi kos tunda dan kompaun tunda.



Kadar bayaran (asal) bagi penundaan kenderaan yang dikenakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala bayaran di tapak tundaan RM100 (kos tunda RM40 dan kompaun RM60) serta kos penyimpanan di Depoh Tunda MBSA ialah RM10 sehari.

Berdasarkan caj dan kompaun penundaan kenderaan yang dipaparkan di laman web MBSA mendapati berlaku kenaikan caj berkenaan sehingga lebih 640 peratus.

Bagaimanapun caj dan kompauan bagi kesalahan sama untuk kereta yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula jauh lebih rendah berbanding MBSA yang terletak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

DBKL hanya mengenakan kos penundaan sehingga RM150 bagi kereta (pengapitan dan pengalihan), bagi bas dan lori tanpa muatan tidak lebih daripada 3,000 kilogram sebanyak RM400 dan lori tangki, treler serta jenis kenderaan lain berat tanpa muatan lebih daripada 3,000 kilogram sebanyak RM550.


Kadar bayaran penundaan kenderaan yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa ini.

Sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, pelbagai polisi dan dasar diubah yang membebankan rakyat negeri itu.

Kerajaan negeri menaikkan bayaran ke atas 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, dengan lesen di bawah pentadbiran MBSA dinaikkan 72 peratus dan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebanyak 120 peratus.

Selain itu, kenaikan caj lesen perniagaan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga 400 peratus, caj premium dan pembangunan hartanah kepada pemaju sehingga 18 peratus. – MalaysiaGazette.

K7L : Puas dah? Masa untuk beri semula Selangor kepada BN!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk