24/09/2014

Beri Lesen Pada Along? Pinjaman Along 'Dihalalkan'? @mpkotabelud



Sumber : Utusan

Nampaknya bagi masalah rumah, pelbagai cara telah mula dicadangkan. Pelbagai isu telah dibawa ke tengah untuk dibincangkan terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Pemilikan rumah bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur sememangnya menjadi masalah kepada rakyat terutamanya golongan belia yang baru berkahwin. Kos menyewa kadangkala lebih tinggi daripada gaji yang diterima.

Satu lagi masalah yang timbul untuk membeli rumah adalah kerana pinjaman bank tidak diluluskan kerana gaji kecil atau sudah ada pinjaman yang lain. Beberapa hari yang sudah Keris ada terbaca di Utusan pasal satu cadangan untuk memberi lesen kepada syarikat pinjaman wang bagi membantu memberi pinjaman untuk membeli rumah mampu milik.

Hemat Keris, bukankah Syarikat Pinjaman Berlesen ini nama lain dia Along? Jadi kenapa Kerajaan nak 'bantu' puak ini? Kan lebih baik tubukan badan pinjaman kerajaan ataupun membuat perjanjian dengan mana-mana pihak bank bagi masalah pinjaman?

Keris yakin dan pasti jika puak Along ini diberi lesen sebegitu, maka akan tumbuh lagi Along-Along yang dihalalkan. Tidak mustahil cat merah penuh di rumah-rumah sekitar Kuala Lumpur. Bunganya tinggi sebab mereka bukan bank kan?

Apapun itu baru cadangan. Pandangan Keris usahlah buat lesen sebegitu. Kelak Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang akan dipersalahkan biarpun mereka yang buat pinjaman tidak bayar adalah salah mereka sendiri. 

Jangan jadikan keghairahan ingin membantu rakyat mendapatkan rumah mampu milik menjadi sebaliknya kelak. Keris yakin YB Rahman Dahalan bijak dalam mengatur Kementeriannya melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

K7L : Berapa orang ada masalah dengan Along masa muda?..

1 ulasan:

  1. Teringat aku iklan 'along' di tvhiee (cakap indon)...

    1. Pada bagi lesen kat along, lebih baik bagi kat aku... keris7lok ke.. he..he..

    2. Adoi! bermaharajalela along dan gangster buat kutipan mati - untung 10kali ganda.. sebab akta kewangan tidak boleh di kuatkuasakan. Institusi Kewangan/ perbankan gerenti protes..

    3. Penjual2 kereta oun melompat sakan. Mereka pun hendak tabung sendiri beri pinjaman kenderaan. Macam lesen kredit. Mudah dan bosar(besar) untung!

    Moral nya : Kadang2 yang karut itu memang sah karut ! Macam si 'anu' tuuu..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk