18/07/2013

@tunfaisal #N01KualaBesut - Usaha PR Mahu Tipu Pasal Dakwat Kekal Akan Berulang Di Kuala Besut?



Keris masih lagi teringat akan kisah penipuan yang cuba dibangkitkan oleh puak pakatan setelah menyedari mereka akan kalah berdasarkan sentimen rakyat lebih menyokong Barisan Nasional pada #PRU13 yang lalu.

Tapi semua itu berjaya dipatahkan setelah satu video yang membuktikan mereka berbohong kepada rakyat!


Namun pada PRK Kuala Besut kali ini, biarpun dalam bulan Ramadhan adalah tidak mustahil jika sekali lagi 'aksi' dan drama dakwat yang digunakan tidak kekal akan berulang semula. Dah terdesak apa diorang kira?

Antara cerita yang sampai ke telinga Keris adalah wujudnya sekumpulan sokongan yang akan pergi dari rumah ke rumah dan berlakon sebagai agen penerangan untuk penggunaan dakwat kekal yang dikatakan 'baru'.

Skill mereka mudah sahaja iaitu menasihatkan beberapa pengundi meletakkan minyak pada jari mereka sebelum dicelup bagi memudahkan dakwat kekal tersebut dicuci. Seperti yang diterangkan dalam sesi demonstrasi dakwat kekal siang tadi, minyak boleh menjadi agen yang mampu menggangu keberkesanan dakwat kekal tersebut.

Kepada pengundi N01 Kuala Besut, Keris sarankan untuk berhati-hati dari menerima sebarang nasihat daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

K7L : Untuk kuasa, apapun depa sanggup buat beb...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk