29/07/2013

@razlanrafii Perlu Bertanding KP UMNO Malaysia Atau MT UMNO? #Pemilihan2013 @KhairyKJ



"Sekiranya tiada calon yang mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sendiri menawarkan diri untuk bertanding" - Mohd Razlan Muhamad Rafii


Berikut adalah petikan yang Keris ambil daripada blog Rezqeen Hill :

Mohd Razlan berkata, jika tiada calon yang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang dan YB Khairy Jamaluddin tidak mahu mempertahankan posisi sekarang, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Nampaknya sehingga ke hari ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memang belum mengumumkan samada beliau mahu mempertahankan kerusi Ketua Pemuda ataupun berhasrat untuk meniti tangga dalam politik.

Tidak mustahil juga YB KJ akan bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Berbalik kepada persoalan seperti tajuk yang Keris tulis. Samada Saudara Razlan Rafii perlu bertanding KP UMNO Malaysia ataupun MT UMNO?

Melihat pada senario yang sedia ada sekarang. Umum tahu menjelang #PRU14 kelak, kuasa mengundi terletak pada tangan orang muda. Pada #PRU13 yang lalu, lebih 2/5 pengundi datangya daripada orang muda.

Adalah lebih baik, daripada saudara Razlan mahu bertanding KP UMNO Malaysia, beliau memilih untuk berada di barisan Majlis Tertinggi UMNO. Kita perlukan lebih ramai orang muda yang akan menjadi penggerak zaman buat UMNO.

Mengapa masih kekalkan orang-orang yang terlalu lama tetapi tidak 'perform'. Bagi peluang kepada orang-orang muda. Keris fikir, jelas UMNO perlukan janaan serta suntikan baru bagi memastikan UMNO kekal no satu dalam negara.

K7L : Jadi apa tunggu lagi? Bertanding MT je bro!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk