20/07/2013

@MukhrizMahathir Dan 9 ADUN Kedah Jejak Bumi #N01KualaBesut Bantu BN! @tunfaisal



Mukhriz berkata, Kedah banyak belajar daripada Terengganu terutama dalam bidang pendidikan menerusi pendekatan Ulul Albab yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang. 
"Kami datang jauh dari Kedah kerana kami membalas jasa dan budi baik kerajaan Terengganu kerana banyak yang kami belajar menerusi pendekatan pendidikan yang digunakan di negeri ini (Terengganu). 

"Salah satu contoh ialah pendekatan Ulul Albab yang saya terapkan di Jerlun ketika menjadi Ahli Parlimen," katanya ketika pemberita selepas menyerahkan zakat kepada 110 penerima di Kampung Air Terjun, di sini.

Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri Kedah berkata, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimennya (ketika menjadi Ahli Parlimen) menunjukkan keputusan yang cemerlang selepas menggunakan pendekatan Ulul Albab yang berasal dari Terengganu.

Pendekatan Ulul Albab diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengalakkan lebih ramai pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.

Selain Mukhriz, sembilan lagi Ahli Dewan udangan Negeri (ADUN) dari Kedah turut berada di Kuala Besut untuk membantu jentera pilihan raya BN.

Beliau selepas itu melawat seorang warga emas, Hassan bin Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas Bendahari Pas Gong Penaga.

K7L : Terbaiklah BN Kedah!..

1 ulasan:

  1. Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://n9kini.net ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk