28/01/2013

YB PAS Kedah Tak Senang Duduk Selepas Kantoi Tipu Rakyat Baling?



Di sebabkan tidak sanggup menanggung kerugian beribu ringgit, penduduk kampung berhampiran Kampung Iboi yang dijanjikan Kerajaan Negeri untuk diberikan geran tanah yang diusahakan mereka sejak dari dahulu lagi telah mencari inisiatif sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Negeri.



Menurut orang kampung, sudah beribu ringgit telah dihabiskan penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas bagi mendapatkan geran yang telah di janjikan.

Dalam permasalahan yang dihadapi penduduk kampung yang tertipu dengan janji Kerajaan Negeri, Ketua Pemuda UMNO Baling, Khairul Azhar dan Adun Bayu, YB Azmi Che Hussien telah tampil membantu penduduk kampung dengan mengadakan sesi dialog serta mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Saudara Tun Mohd Ammar Aziz dan Jefrizal Jaafar untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang di hadapi penduduk kampung dengan kerjasama Team Media Kedah.


Atas nasihat khidmat bantuan peguam, penduduk kampung yang ditipu Kerajaan Negeri disarankan supaya membentuk satu jawatankuasa bertindak untuk mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan polemik ini secepat mungkin atau membawa kes ini kepada pihak berkuasa Polis dan SPRM kerana ianya mempunyai unsur-unsur penyelewengan.


Sermai 119 mangsa telah menyatakan kekeliruan dan memohon nasihat daripada kedua peguam yang hadir termasuk pendapat YB Adun Bayu dan Ketua Pemuda UMNO Baling. Apapun kini Keris rasa pemimpin PAS yang bertanggung jawab dah mula menggelabah.



K7L : Haaaaa.. mana mau lari....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk