15/01/2013

Apabila Ahli Akademik Malukan Kerajaan Negeri Selangor Yang Asyik Tuduh SYABAS! #IsuAirSgor



Hari demi hari, ketiadaan air menjadi satu fenomena pahit yang membuatkan kehidupan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berubah. Kini, rumah mereka akan dipenuhi dengan baldi, botol, atau apa sahaja bekas yang boleh digunakan untuk mengisi air.

Kini, mereka kena bangun awal-awal pagi untuk mengambil air daripada tangki statik yang dihantar oleh SYABAS. Kena beratur panjang dan lama. Kalau lambat alamatnya bergantung kepada nasib samada air cukup atau tidak.

Bak kata seorang peniaga, Saudara Hamzah “ Turun jam 6 pagi dengan membawa bekas untuk mengisi air bagaikan sudah menjadi rutin harian saya. Kalau tak bangun pagi macamana anak saya nak mandi? Dia nak pergi sekolah”.

Melihat kepada situasi ini, dilihat Kerajaan Negeri Selangor kerapkali menyalahkan SYABAS dalam masalah ini. Tetapi sepandai-pandai Oppa Khalid menari, akhirnya akan terselak jua! Kini beberapa ahli akademik telah menyuarakan pendapat mereka.

Apa yang lawanya adalah apabia seorang ahli akademik dan pakar air dah ‘bogelkan’ kerajaan Negeri Selangor. Siapa yang salah? Menurut beliau semua ini merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dan Oppa Khalid dilihat telah gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah perjanjian konsesi air.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, pensyarah kanan di Universiti Utara
Malaysia (UUM) pun ketawa sampai hampir menangis bila SYABAS tak berhenti kena ‘attack’ dan dituduh sebagai punca krisis air, paling lawak bila siap Khalid nak saman lagi!

Kih Kih Kih

Nak saman apanya kalau Kerajaan Negeri Selangor sendiri ada share 30% saham dalam SYABAS? Betul juga cakap Dr Zaharuddin tu! Apa yang rakyat tak tahu, biarpun Nampak macam sikit, sebenarnya mereka ada dua pengarah dalam lembaga SYABAS dan saham tu besar beb!

Jadi bila SYABAS dipersalahkan, ia cuma menjadi objek kambing hitam walhal Kerajaan Negeri Selangor memang ada kepentingan dalam SYABAS. Konon taknak rakyat tahu yang SYABAS ada kena mengena dengan Kerajaan negeri Selangor. Senang cerita kalau SYABAS salah, Kerajaan Negeri pun salah!

Ada dengarkan ugutan Kerajaan Negeri Selangor nak saman SYABAS? Dah tu nak saman dua pengarah SYABAS yang dilantik atas kapisiti pemilikan saham 30%? Oii! Dah ada 30% pemilikan saham bermakna ia juga punya kuasa eksekutif dalam pentadbiran.

Ada berani ka itu Oppa Khalid dedahkan siapa Noorusa’’adah Othman dan Suhaimi Kamarulzaman? Atau mahu sembunyikan mereka juga? Tak faham betul dengan tindakan mereka ini. Seolah-olah tidak tahu apa itu perbincangan ketika mesyuarat lembaga pengarah.
Atau Kerajaan Negeri Selangor tak ajar dua pengarah tersebut untuk bermesyuarat? Ataupun Kerajaan Negeri Selangor tidak faham peranan dan fungsi dua pengarah tersebut di dalam SYABAS? Nak sabotaj SYABAS lagi?

Tak payah lah Khalid nak dedahkan pun. Suhaimi dah bersuara, dah panas bontot kot.. Tapi apa yang dicakap memang tak masuk akal langsung. KDEB ada 30% dalam SYABAS dengan dua Lembaga pengarah tak boleh boleh apa-apa langsung! Sebab kerja harian dibuat oleh SYABAS.

Patutlah KDEB rugi, nak tanya sikit lah kan, Suhaimi kan pengarah kat KDEB tu? Buat apa ya? Memanglah pengarah tak buat kerja harian, sebab kerja pengarah kasik green light jer untuk sesuatu program. Orang lain yang jalankan. Kat KDEB bisnes utamanya nak bina rumah, rekreasi, kutip sampah. 

Pengarah kerjanya cuma nak luluskan berapa banyak nak bina rumah, berapa banyak lori sampah nak dibeli dan kat mana nak buat taman rekreasi. Ada tak Suhaimi turun tolong angkat sampah, bancuh simen. Tak ada kan? Dua kali lima dengan bos, menuding jari tak habis-habis..


Agaknya masa Zuraida Mak Lampir cakap dia dah pergi melawat rumah pam kat Wangsa Maju tu, tentulah dapat kebenaran daripada Suhaimi kan sebab Ong Tee Keat tak boleh masuki rumah pam Wangsa Maju tu kerana beliau "seorang ahli politik".



Orang BN tak boleh masuk, tapi orang PKR boleh lah pulak, Syabas ni betulke bertuankan UMNO? Jangan-jangan ni perancangan Pakatan nak burukkan BN?

Kalau kita tengok balik apa jadi sekarang, Kerajaan Pakatan Selangor tidak ambil peduli pun tentang masalah air. Yang mereka sibuk minggu lepas cuma Himpunan Penyokong Tegar Pakatan.

Anehnya! Kerajaan Negeri Selangor berhabis duit untuk taja bas dan perjalanan penyokongnya. Tetapi mengapa tidak duit menaja tersebut digunakan untuk bantu rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air?

Sebab itu Keris kata yang Pakatan hanya retorik dalam usaha nak bantu kesusahan rakyat. Demi menguasai konsesi air, mereka sanggup sabotaj syarikat konsesi air. Walhal yang menerima kesan adalah rakyat sendiri. Sekarang siapa yang menyesal pilih Pakatan Selangor?

Keris bersetuju dengan Dr Zaharuddin yang mana beliau hairan tentang apa sebenarnya yang mahu disembunyikan oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada rakyat dan sampai bila permainan politik yang membabitkan rakyat ini akan berakhir.

Sekarang Kerajaan Negeri Selangor dah tak payah nak tunjal-tunjal kepala orang lain, duduk bincang dengan Kerajaan Persekutuan dan SYABAS cari solusi. Ingat cari solusi bukan kesempatan nak buat duit! Kaji semula permohonan ‘Development Order’.

Keris dah tak sanggup dengar rungutan rakyat. Ini semua salah Khalid Ibrahim! Menyusahkan orang untuk kepentingan sendiri!

K7L : Tipikal Pakatan..nak jadi PM la..nak itu dan ini la..perjuangan PKR perjuangan individu!..bukan perjuangan rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk