24/12/2012

Tiada Air Lagi! Rakyat Subang Belum Selesai Isu Air, Sekarang Melarat Ke Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View #IsuAirSgor



Rakyat Selangor kena berjaga-jaga, penyakit gangguan bekalan air ni macam dah jadi satu wabak lah pulak. Kini rakyat di sekitar Cheras terutamanya kawasan Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar sudah mula bimbang kerana amaran gangguan bekalan air telah diberikan.

Ramai yang mencari punca mengapa gangguan air mula berlaku disana-sini. Keris mendapat maklumat bahawa gangguan tersebut merupakan kesan selepas penurunan paras kolam utama meruncing sejak awal minggu yang lalu.

Selain daripada itu, pertumbuhan pesat yang membawa kepada peningkatan permintaan air bagi kawasan tersebut dan mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kalau dulu cuma ada Kampung Pandan, sekarang ni macam-macam taman dan kawasan perindustrian dah dibangunkan.

Lebih daripada 9200 rakyat Selangor akan merana akibat tiada tindakan mencari solusi oleh kerajaan Negeri Selangor.

Lihat melalui logik akal dan secara kolektif, kita dapat lihat semuanya ini adalah kesan awal selepas Kerajaan Negeri Selangor terus ego dan sombong tidak mahu mencari sumber air yang lain. Kedegilan mereka akhirnya terkesan kepada kehidupan seharian rakyat yang mana air merupakan asas penting untuk hidup.

Sekarang dah nampak kesan kegagalan urustadbir air oleh Pakatan? Khalid Ibrahim seolah-olah tidak mementingkan hak rakyat kerana dia kelihatan seringkali melarikan diri jika ditanya soal air.

Terbaru menurut maklumat rakan Keris. Rakyat Selangor di beberapa tempat yang mengalami gangguan bekalan air akan berjumpa dengan Khalid Ibrahim kerana mahukan penjelasan lebih lanjut kerana pihak Kerajaan Negeri Selangor seakan menyembunyikan sesuatu.

Pada Keris, solusi bagi mengatasi kekurangan bekalan air akibat daripada peningkatan permintaan air adalah dengan mencari sumber air yang baru. Contohnya Loji Rawatan Air Langat 2. Dah nampak mengapa pentingnya loji tersebut untuk dibina?

Tidak mustahil juga jika Kerajaan Negeri Selangor akan menuduh SYABAS gagal walaupun sebenarnya Khalid sendiri yang salah. Siapa suruh tak mahu cari sumber air yang baru dahulu. Kerajaan persekutuan dan SYABAS dah nampak lama dah polemic ini.

Namun standard pembangkang, dah jadi baru menggelabah lepas itu nak tunjuk hero. Tuduh salah orang itu dan ini walhal mereka sendiri yang gagal. Rasanya dah berbuih bercakap tentang kepentingan membuat Loji Rawatan Air Langat 2.

Bila dah jadi macam ini Khalid nak kata apa? Inilah masalah yang disebut-sebut beberapa bulan yang lepas. Berapa ramai sudah rakyat Selangor yang ditipu dengan mengatakan bekalan air cukup? Kini rakyat yang menanggung ‘dosa’ kerajaan Negeri.

Keris mencadangkan supaya Menteri Besar Selangor ini meletakkan jawatan atau didesak untuk meletakkan jawatan. Ini kerana masalah besar seperti air pun dia pandang enteng. Sepatutnya daripada dulu lagi sumber air baru dijana. 



Sekurang-kurangnya air terawat mencukupi seiring dengan permintaan air yang yang meningkat. Ini juga merupakan salah Khalid yang bertindak mensabotaj SYABAS. Jika dari dahulu CAPEX SYABAS tidak dibekukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sudah pasti penukaran paip-paip bocor sudah semakin selesai sekaligus mengurangkan peratus kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW). Semua ini boleh menjadi antara solusi jangka pendek kepada permintaan air yang meningkat.

Sekarang Khalid nak salahkan siapa? Air dah mula tak ada! Perancangan jangka panjang dah terbentang, tapi tak naik ikut. Nanti lepas ni merata-rata boleh Nampak lori-lori air dengan kain rentang “Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor”.

K7L : Inilah jadinya kalau bodoh sombong tapi nak tunjuk bagus..

2 ulasan:

  1. dlm simpati dan sedihpun, teman nak kata juga kat org selangor ni.....PADAN MUKA KOME...HAHAHAHAHHAAH HAHAHAHAHAHHA HAHAHAHAHAH HAHAHAHAHH undi ler lagi puak gila babi tuhhhhh

    ReplyDelete
  2. begitu derita dan mahal harganya yang wajib dibayar atas kehendak dan keinginan yang tinggi untuk "mencuba" menukar kerajaan. ini yang dikatakan berani buat berani tanggung, tangan yang sanggup mencincang, bahu mestilah sanggup memikul. bermuhasabahlah warga Selangor dan dilain kali, gunakanlah akal yang waras, yang telah diperjuangkan kebenaranya sebelum bertindak sesuatu.

    انتارا_كيت

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk