29/05/2012

100 Peguam Calarkan Reputasi @Ambiga_S Dengan Bersih 4.0?



KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang peguam sukarela menawarkan perkhidmatan mereka untuk membantu membuat tuntutan ganti rugi bagi para peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas perniagaan mereka semasa perhimpunan Bersih 1,2 dan 3, kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusuf.

Jamal yang mewakili kumpulan anti-Bersih menggelarkan diri mereka ‘Bersih 4.0′ berkata ramai peguam telah menghubunginya dan mereka menawarkan khidmat secara percuma untuk mewakili peniaga-peniaga yang terjejas untuk menuntut ganti rugi daripada pihak berkenaan.

“Kita ingin menggesa peniaga di Kuala Lumpur, bukan sahaja peniaga kecil atau mereka yang berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, malah siapa sahaja yang turut mengalami kerugian atau masalah boleh berjumpa dengan peguam-peguam ini,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Jamal dan beberapa peniaga yang menyertai sidang media tersebut turut memakai kemeja T, berwarna kuning yang tertera tulisan Bersih 4.0.

Zahrin Ishak, satu-satunya peguam yang hadir, berkata mereka sedang mengumpulkan maklumat mengenai peniaga-peniaga yang telah menjadi ‘mangsa’ yang menanggung kerugian daripada Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.

“Kita harap, perkara ini akan dijadikan iktibar dan tidak diulangi pada masa akan datang,” katanya sambil menambah jenis saman yang akan difailkan adalah sama seperti saman kerajaan terhadap Bersih.

Pada 15 Mei lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Abmiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Bersih 4.0 pula telah menyerahkan memorandum bantahan di hadapan rumah Ambiga dan ia terima oleh Pengerusi bersama Bersih, Datuk A. Samad Said.

Pada mulanya mereka bercadang untuk berniaga pasar malam di hadapan rumah Ambiga namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir kerana mereka tidak mahu melanggar arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.

Memorandum berkenaan menuntut Ambiga bertaubat daripada kesalahannya menganjur Perhimpunan Bersih kerana ia ‘benar-benar’ menyebabkan golongan peniaga mengalami kesusahan dan kerugian.

Jamal berkata himpunan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun depan dan mereka akan melawat stadium berkenaan pada Isnin untuk mendapat kebenaran untuk membuka gerai di sana.

Beliau berkata peniaga Cina secara sukarela turut menderma lima buah motosikal Modenas sebagai hadiah untuk cabutan bertuah.

Terdahulu, pengguna Internet yang melayari laman web sosial Facebook, dan menyukai laman web Bersih 4.0 berpeluang untuk memenangi kereta mewah, Lamborghini Gallardo dan BMW. - KLXpress


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk