08/03/2012

Bahaya #Lynas - Barang-Barang Ini Ada Radiasi 'Rare Earth'




Apa sebenarnya yang cuba dilaungkan oleh pembangkang dalam Perhimpunan Hijau 2.0? Adakah mereka mahu memperjuangkan alam sekitar yang akan tercemar? 
Adakah mereka mahu menentang perlombongan nadir bumi yang dioperasikan oleh LYNAS? Atau mereka tercari-cari isu untuk menambat hati pengundi untuk PRU13? 
Atau juga mereka rasa buku jingga mereka akan terancam kerana pelaburan yang digalakan oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional?

Sekiranya anda atau mereka yang dari pembangkang menentang perlombongan nadir bumi cuba berfikir sejenak dengan apa yang ada disekeliling anda. Adakah anda menggunakan peralatan ini atau tidak?

1. Telefon pintar seperti iPhone dan Androids anda tidak boleh bergetar (vibrate) tanpa kuasa magnet yang diperbuat dari bahan nadir bumi yang dinamakan Neodymium (unsur 60)

2. Jantung turbin angin ialah sebuah magnet kekal yang dibuat dari nadir bumi yang dinamakan Neodymium (Unsur 60) yang membantu menjana tenaga elektrik dan tenaga mekanikal bagi mengerakkan turbin.

3. Lampu kalimantang bergantung kepada lapisan Logam Terbium (unsur 65) juga bahan dari nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan cahaya putih yang terang.

4. Peralatan ketenteraan juga banyak menggunakan bahan dari nadir bumi seperti Yttrium (unsur65) yang digunakan sebagai penebat haba didalam sistem ekzos jet.

5. Anda boleh menonton televisyen dirumah tanpa menggunakan bahan dari nadir bumi, tetapi gambar televisyen membosankan seperti ditahun 50-an dan 60-an kerana imej yang malap. Europium (unsur 63) digunakan ke dalam skrin televisyen bagi menaikkan warna merah ditelevisyen anda dan Terbium (unsur 65) digunakan untuk menghasilkan warna hijau terang.

6. Serium (unsur 58) adalah logam nadir bumi yang paling banyak digunakan. Ia digunakan kedalam bahan api (diesel) untuk membantu proses pembakaran lebih cekap. Ini juga bermaksud anda telah berjumpa dengan logam nadir bumi ini hampir disetiap jalan raya di Malaysia.

7. Disprosium (unsur 66) digunakan dalam pembuatan laser, injector bahan api, cakera padat dan didalam pembuatan kenderaan hibrid.

8. Europium (unsur 63) digunakan sebahagian dari proses mengesan pesakit sindrom Down.

9. Erbium (unsur 68) digunakan untuk menghasilkan penapis fotografi, kaca mata hitam, perhiasan dan penguat bagi gentian optik.

10. Holmium (unsur 67) mempunyai unsur magnet yang kuat dan digunakan dalam perubatan dan juga bidang pergigian.

Dimanakah anda? Pengguna nadir bumi atau tidak? Jika ada diantara kita yang mengatakan mereka tidak mendapat faedah dari perlombongan nadir bumi ini adalah mereka yang duduk didalam gua dan tidak menggunakan langsung teknologi yang lahir didepan mata.

Logiknya masih adakah mereka yang tidak menggunakan televisyen dizaman ini? Atau masih adakah mereka yang tidak mendapat faedah dari sinaran lampu kalimantang?

 

Jelas disini laungan “ANTI LYNAS” dan “ANTI RARE EARTH” adalah satu tanda HIPOKRIT yang berada dalam diri mereka yang kononnya mahu menyelamatkan bumi. Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan baru-baru ini adalah lebih kepada HIMPUNAN YANG CUBA MENIPU DIRI SENDIRI.




Mungkin juga pihak pembangkang di Malaysia sudah ketandusan isu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan mereka sekarang ini, dan mereka melihat isu LYNAS di Gebeng ini boleh menjadi batu loncatan dalam siri mitos mereka menawan negeri Pahang.

Sumber : 
Selangor13 

K7L : Disarankan agar MP Kuantan agar beliau berpindah dan duduk didalam gua bagi memperlihatkan kesedaran beliau dalam menyelamatkan bumi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk