28/11/2011

Hindraf/HRP Akan Dapat Kerusi Melebihi PAS Setelah Bersuara Pada Pakatan?

Keris hairan dengan pendirian HRP/ Hindraf yang dahulunya menjadi upahan Anwar Ibrahim untuk membuat huru-hara tetapi kini ingin berperanan bertanding pada pilihanraya yang akan datang. Sudahlah begitu, mereka ini yang tidak serik ditipu oleh puak pakatan telah menyelar kepimpinan PR untuk pembahagian kerusi.


Persoalannya, apakah agenda tersembunyi yang dibawa oleh mereka?. Adakah mereka mahu melebihi PAS dari segi kerusi?. Adakah PAS akn mendiamkan diri?. Lihat video di bawah untuk melihat apa yang mereka katakan tentang puak pakatan. Desas-desus mengatakan kerusi HRP kemungkinan akan melebihi PAS atau mereka akan bertanding di kerusi yang sama. Apa penjelasan puak pakatan?

 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ini memang cara DAP untuk hapuskan kuasa melayu..ajak PAS masuk PR pastu lupakan PAS?..adoi...

Ngar Kor Ming Hina Manusia Berkulit Gelap!

Dulu Nga Kor Ming pernah membaca ayat Al-Quran sekaligus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia namun dia telah disokong oleh si wahabi Nik Aziz. Setelah mendapat sokongan-sokongan sebegitu daripada jumud-jumud PAS, Nga semakin berani menghina dan terus menghina masyarakat melayu dan Islam.


Saksikan video dibaw
ah dimana Nag Kor Ming menyampaikan ceramah di Kamunting, Taiping yang berbaur rasis dan dia mencerca MB Perak iaitu YB Zambry Kadir.

 

Nampaknya setelah ISA ditamatkan maka semakin ramai puak-puak pakatan ini menyalak dengan lebih kuat. Patutlah mereka menentang Rang Undang Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen, rupanya mereka takut juga ditangkap.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Sekarang ini puak pakatan mahu mengajar rakyat Malaysia supaya biasakan diri dengan Demo Jalanan..tahukah anda semua itu cara pertama yahudi merampas tanah palestin?

27/11/2011

Harus 'Banned' Penyokong Indonesia Dari Mana-Mana Acara Sukan !


Menurut Buletin Utama TV3, belum pernah berlaku lagu terhadap mana-mana pasukan bolasepak di seluruh dunia samada ia bertaraf kelab mahupun pasukan kebangsaan yang menerima kawalan keselamatan yang sebegitu tinggi dan ketat daripada pihak berkuasa di sesebuah negara tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan sebagaimana yang pernah dan telah diterima oleh pasukan bolasepak Malaysia daripada pihak keselamatan Indonesia. Sewaktu perlawanan Indonesia menentang Qatar dalam pusingan Piala Dunia baru-baru ini, respons penyokong negara Garuda itu sangat pesimistik. Setakat menyokong pasukan mereka dan boleh menerima kekalahan di tempat sendiri.


Sudah dua kali, skuad bola sepak negara kita terpaksa menaiki Barracuda, sejenis kenderaan perisai tentera Indonesia untuk pulang ke hotel penginapan. Pertama, ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF pada tahun lepas di Stadium Nasional Gelora Bung Karno juga. Skuad Harimau Malaya terpaksa dibawa keluar dari stadium dengan menggunakan kereta perisai tentera serta kereta kebal bagi mengelak mereka dari diganggu oleh penyokong yang berada di luar stadium.


Kedua, sebaik saja tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia 17 November dua hari yang lalu di stadium yang sama, layanan serupa juga telah diterima oleh pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun ketika mereka keluar meninggalkan stadium terpaksa dibawa dengan beberapa buah kereta kebal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelak gangguan daripada penonton warga Indon yang tentunya tidak berpuashati dengan kekalahan 0-1 pasukan Indonesia ditangan skuad Harimau Malaya.


Jika difikirkan, pernahkah pasukan ternama seperti Brazil, Italy, Perancis, Sepanyol, Jerman, Argentina, Chile, Paraguay, Uruguay dan sebagainya menerima kawalan yang begitu ketat sekali seperti yang pasukan negara kita terima daripada negara Indonesia?

Begitu jugalah dengan kelab-kelab bolasepak terkemuka dunia seperti Chelsea, Manchester United, Liverpool, Manchester City dan lain-lain, belum pernah lagi mereka mendapat jaminan keselamatan yang begitu tinggi sekali daripada pihak berkuasa negara penganjur sebagaimana layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas pasukan negara kita.

Jikalau dianalisis secara jujur, tentu tindakan diambil oleh pihak berkuasa Indonesia yang membawa barisan pemain bolasepak negara menggunakan kenderaan perang milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan sendirinya telah menunjukkan kepada masyarakat dunia umumnya bahawa betapa kolot dan ganasnya rakyat Indonesia.

    


Lihat sahaja video diatas, Keris sendiri merasakan bahawa para penyokong Indonesia ini tidak seharusnya dibenarkan lagi untuk menghadiri mana-mana acara sukan samada didalam negara mereka mahupun diluar negara kerana mereka ini tidak berdisplin dan tidak profesional dalam mengawal emosi ketika menonton. Dan sikap tidak profesional ini tidak harus diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana nama Malaysia dipersada dunia kian menyerlah.


Baca juga mengenai berita kematian dua penyokong Indonesia di SINI


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kat Malaysia pun kena buat undang-undang kalau penyokong tak profesional maka mereka tidak boleh hadir menghadiri acara sukan lebioh-lebih lagi bolasepak...


24/11/2011

Siri 2 : Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011


Keris diberitahu bahawa 
Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 ini dijalankan dengan objektif :

  • Menyediakan saluran untuk anak muda menyuarakan pandangan mereka
  • Mencungkil bakat baru sebagai Pemidato Muda BN.
  • Melahirkan Pemidato Muda yang mantap dalam penguasaan isu semasa.
  • Memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu



"Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 ini adalah satu inisiatif daripada pihak Pemuda Barisan Nasional Malaysia untuk melahirkan Pemidato Lelaki dan Wanita Muda yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai Penceramah Muda Barisan Nasional. Pertandingan ini dianjurkan bagi membolehkan semua anak muda yang mempunyai bakat berpidato menyumbang secara terus kepada parti samada mereka mempunyai jawatan atau tidak di dalam mana-mana parti politik. Pertandingan ini juga diharapkan dapat memastikan bahawa pelapis kepimpinan Pemuda dan Puteri terdiri daripada mereka-mereka yang mampu berucap dengan baik sekaligus menjadi jurubicara parti", kata Lokman Noor Adam kepada Keris apabila disoal mengenai latar belakang program ini. 


Untuk pengetahuan pembaca, sesi saringan pertandingan ini bagi zon selatan telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Saudara Fadzil Muskon yang sudi hadir ke program tersebut.


Keris berbangga melihat begitu ramai anak muda yang berani berbicara dan berpidato mengenai isu-isu semasa dan mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Program masih terus berjalan dan Keris akan beritahu keputusan siapa yang berjaya ke final pertandingan itu kelak.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: BN Pilihan Orang MUDA!

Siri 1 : Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011

Keris yang mendokong Unit Media Baru PPUM telah dijemput untuk menghadiri program Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 anjuran Unit Pidato PPUM bagi saringan Zon Selatan yang berlangsung di Bangunan Persada Johor, Jalan abdullah Ibrahim, Johor Bahru, Johor Darul Takzim hari ini bertarikh 24 November 2011.



Ini antara ahli-ahli jawatankuasa Unit Pidato PPUM yang menjayakan program tersebut yang diterajui oleh Pengerusi mereka, Saudara Lokman Noor Adam yang juga merupakan salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Pengerusi Unit Pidato PPUM Armand Azha.



Ini Keris kongsi maklumat mengenai pertandingan tersebut bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang akan melangsungkan sesi saringan terakhir mereka di Zon Utara pada 26hb November 2011 nanti.

Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian di peringkat akhir. Setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Tema pertandingan pidato ini ialah “SUARA GENERASI 1 MALAYSIA”

Bahagian Pertama

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu.

Bahagian Kedua

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas skop bebas yang akan dikemukakan oleh Hakim (Bahagian Kedua Untuk Peserta Akhir Sahaja). Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama

Syarat-syarat Berpidato

Pemidato diberi masa 7 minit untuk menyampaikan pidato mereka.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali bila tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang sama sekali.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Pengerusi Pertandingan berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

Pemilihan Tajuk.

Bahagian A.

Pemidato hendaklah memilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini :

TAJUK PIDATO
PERTANDINGAN PIDATO POLITIK
PIALA PERDANA MENTERI

1. Muafakat Bangsa, Negara Terbela
2. Budaya Bangsa Malaysia, Mekanisme Perpaduan
3. Petunjuk Prestasi Utama Teras Kecemerlangan Kepimpinan Negara
4. Sejauh mana GTP, PTP Dan ETP dirasai rakyat?
5. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
6. Penghayatan Rukunegara Penentu Kecemerlangan Malaysia
7. 1 Malaysia Kunci Kesejahteraan Negara.
8. Budget 2012 – Siapa Yang Tidak Realistik?
9. Perlembagaan : Pusaka yang Perlu dijaga
10. Budaya Memfitnah, Trend Politik Masa kini?
11. Beza Berpolitik Untuk Kukuh Agama Dengan Guna Agama Untuk Kukuhkan
Politik
12. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
13. Perang: “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”
14. Hudud – Di antara Tuntutan Syarak Dan Modal Politik
15. Anak Muda Kini Hanya Berfikir Soal Ekonomi Diri?
16. FELDA – Pengusaha Ladang Terbaik Atau Pengusaha Yang Muflis?
17. Warisan Seni dan Budaya, Tunjang Kecemerlangan Sejagat
18. Adakah Dunia Tanpa Semapadan Pemacu Kegemilangan?
19. Mampukah Malaysia Mencapai Taraf Negara Maju?
20. Kecemerlangan Pendidikan Perlu Dikongsi Bersama
21. ISA – Antara Menjaga Keamanaan Dan Hak Asasi Individu
22. Perubahan Demi Kebaikan Dan Perubahan Demi Kuasa, Apa bezanya?
23. Perpaduan UMNO-PAS, Apa faedahnya?
24. Keadilan Ekonomi, Teras Keamanan Negara
25. Kepimpinan Berintegriti, Bangsa Bermaruah
26. Komunis - Pejuang atau Petualang?
27. Wajarkah Demonstrasi Menjadi Tunjang Demokrasi?
28. Kebejatan Moral Pemimpin Mempengaruhi Rakyat
29. Antara Mendapat Segulung Ijazah dan Berpolitik di Universiti, mampukah
ia seiring?
30. Sebarang Tajuk Yang Peserta Pilih Dan Diluluskan Penganjur

Peraturan Pemarkahan

i) Isi ( 35 markah )

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan 3 isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

ii) Bahasa ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Gaya ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

iv) Adab (10 markah)
Adab ini akan dinilai berdasarkan kepada kesopanan pemidato.

*Bonus (5 markah), bergantung kepada hakim.

Pembahagian Markah Pidato Bahagian B (Untuk Peringkat Kebangsaan)

i) Isi (40 markah)
ii) Huraian isi (30 markah)
iii) Contoh (30 markah)

*Pemidato juga akan dinilai dari aspek kelancaran berhujah dan kebernasan idea yang disampaikan.

INGIN MENCUBA?


HANYA SMS NAMA PENUH, NO HP, NO IC DAN ALAMAT PENUH KE :


1. LOKMAN ADAM
HP 0123320000
BB PIN 280BF393
TWITTER @LokmanAdam
FB Lokman Adam II


2. MOHD FITRI

HP 0122306304
BB PIN 2173944D
TWITTER @Mohamad_Fitri
FB Mohamad Fitri


3. ARMAN AZHA

HP 0122277266
BB PIN 2700149D
TWITTER @Armand_PJU
FB Armand Azha

4. ZAIDEL BAHARUDDIN
HP 0192220145
BB PIN 2312BF05
TWITTER @Sinatra_Z
FB Sinatra_Z



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Walaupun Keris bersama UMB namun diatas keazaman perpaduan diantara jentera-jentera Pemuda..kami bersama berusaha menentang fitnah dan dakyah pembangkang!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk