08/10/2015

Azmin Malukan Presiden PKR Apabila Bekeras Tidak Mahu Ketepikan Exco PAS?



AIDCNews – 22/9/15 – Anggota exco daripada PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan tiada sebarang perubahan, biarpun terbentuk pakatan pembangkang baharu hari ini dikenali sebagai Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

“Pembentukan gabungan itu hanya melibatkan perancangan politik (pakatan) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ia tiada kaitan dengan PAS dan pentadbiran negeri di Selangor…ini perancangan masa depan parti-parti politik untuk hadapi cabaran-cabaran semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wifi Selangorku di Shah Alam, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status anggota exco PAS negeri ini dengan penubuhan pakatan baharu tersebut.

Penubuhan Pakatan Harapan itu diumumkan Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada sidang media di Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata PAS dialu-alukan untuk turut serta dalam pakatan tersebut.

“Kita sedang berbincang belum lagi tutup pintu…PKR berpendirian pintu masih terbuka untuk PAS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menggesa PKR dan DAP tampil menjelaskan bentuk kerjasama di dalam kerajaan negeri Selangor selepas PAS tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.

“Adakah kerajaan Selangor dipimpin oleh Pakatan Harapan atau ada sebarang bentuk kerjasama berasingan untuk mengekalkan kuasa di Selangor?” soal Keng Liang dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, tiga jawatan Exco negeri itu juga dipegang oleh wakil PAS.

Kedudukan terkini kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah; DAP-15; PAS-13; PKR-13; Parti Pekerja-2; BN-12 dan Bebas-1 kerusi.

Sidang Meja Bulat Pembangkang yang berlangsung hari ini menyaksikan PKR, DAP dan Parti Pekerja (AMANAH) sepakat untuk membentuk kerjasama baharu yang diberi nama Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Alamak! Apa sudah jadi ni Kak Wan? Kenapa benarkan MB Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR kekalkan PAS kalau Kak Wan umum PAS sudah tidak bersama Pakatan lagi? 

Mana bileh kongsi kuasa lagi kalau sudah tidak sebumbung? Ataupun benar Azmin nak malukan serta jatuhkan Kak Wan yang dilihat sudah tidak relevan sebab terlalu akur dengan arahan parti-parti lain?

Penyingkiran PAS dalam Pakatan sebenarnya dah boleh tunjuk pada rakyat Malaysia siapa sebenarnya Pakatan. Mereka hanya nak kuasa dan kedudukan. PAS pun padan muka sebab bersekongkol dengan syaitan-syaitan yang dikenali.

Apapun Azmin yang ditekan saban hari masih kekalkan PAS dalam barisan kepimpinannya. DAP nak cakap apa? Kak Wan nak bising apa? Azmin MB maaa..

K7L : Caca marba depa ni...

1 ulasan:

  1. PAS DAH MAKAN TAIK BARU NAK SEDAR SELAMA NI JADI BARUA DAP

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk