08/10/2015

Bajet 2016 - Kerajaan Ambil Kira Pandangan Rakyat!




Kerajaan akan mengumumkan angka Bajet 2016 yang lebih tinggi berbanding 2015 berikutan kepentingannya sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selain memacu ekonomi domestik.

Jelas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, selepas mengambil kira perkembangan semasa, Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menyaksikan peruntukan lebih besar bagi perbelanjaan pembangunan serta pengurangan perbelanjaan mengurus bagi mengimbangi defisit bajet berkenaan.

Sambil menegaskan ia hanya membabitkan kenaikan kecil, Ahmad Husni turut menyifatkan Bajet 2016 sebagai mencabar akibat ketidaktentuan ekonomi global dan pada masa sama perlu memastikan matlamat kemakmuran rakyat dapat dicapai.

"Kita telah merangka bajet itu tetapi pada masa sama perlu meneliti kesemua isu yang dibangkitkan kementerian-kementerian lain (sebelum memuktamadkannya)," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Skim Perumahan Belia (SPB) di sini, Khamis.

Kerajaan katanya turut mengkaji semula defisit fiskal negara kepada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada 3.2 peratus berbanding sasaran awal sebanyak tiga peratus akibat cabaran yang melanda persekitaran global, katanya.

Sementara itu, program SPB itu ditawarkan khusus bagi pasangan muda sudah berkahwin dengan gabungan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan bertujuan membantu mereka memiliki rumah pertama.

Bank Simpanan Nasional selaku institusi perbankan tunggal melaksankan skim berkenaan, akan menawarkan kemudahan pinjaman perumahan RM100,000 hingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 35 tahun atau usia 65 tahun, tertakluk yang mana lebih awal.

Kerajaan turut menawarkan bantuan bulanan RM200 bagi dua tahun pertama pembayaran pertama untuk membantu pasangan terbabit melunaskan pinjaman mereka.-- BERNAMA


K7L : Kajian lebih akar umbi..

1 ulasan:

  1. haha...tiap-tiap tahun bajet ayatnya ttp sama..bajet mesra rakyat..bajet untuk rakyat..bajet rakyat..puiiiii...ujung-ujung rakyat juga yg kena..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk