14/11/2012

Pasti Enak Jika Bijiran Sarapan Dimakan Dengan Daging Tikus?



LONDON – Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.

Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersamba susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.

“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

“Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.

Kellog’s mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.

Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. - Sumber

K7L : Muntah lagi..masuk ni dah berapa kali tulis entri makanan terus muntah..haha

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk