05/06/2015

Kebangkitan Ulama PAS - DAP & PKR Pulaukan Muktamar PAS?


 

KUALA SELANGOR: Seperti yang dijangka pemimpin-pemimpin DAP memulau muktamar PAS yang bermula hari ini, sehari selepas Dewan Ulama PAS meluluskan usul menggesa parti itu memutuskan perhubungan dengan DAP.

Selain Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak kelihatan pada majlis paling penting untuk PAS.

PKR diwakili oleh timbalan presiden Mohamad Azmin Ali.

Tindakan DAP itu sudah pun di jangka berikutan keputusan Lim untuk memutuskan semua hubungan di antara parti itu dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Lim juga menuduh Hadi sebagai seorang yang mungkir janji dan tidak menghormati kerangka kerjasama Pakatan Rakyat.

Semalam, Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP berikutan parti itu tanpa henti menyerang peribadi presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti Islam itu sendiri.

Usul berkenaan dibawa oleh perwakilan Perak, Nor Azli Musa yang disambut laungan 'takbir' oleh seluruh perwakilan.

"Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP. Bukan dengan PKR atau Pakatan Rakyat (PR). Sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

"Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita," kata beliau.

Hadi hari ini dijangka mengupas hubungan parti itu dengan DAP yang bertambah buruk selepas Hadi bertekad mahu hudud di laksanakan di Kelantan dan memperolehi sokongan ADUN Umno di negeri itu untuk berbuat demikian. - Antara Pos 

Nampaknya PAS betul-betul sudah bersedia nak jatuhkan DAP dan berperang dengan mereka. Salah DAP juga sebab terus menerus hina Presiden PAS. Apapun kita tunggi drama apa yang akan berlaku.

K7L : Mungkin bila nanti...

04/06/2015

Nik Abduh Kata Ahli PAS Nak Buang DAP Dari Hati Mereka?


 

Pemuda PAS yang baru sudah mula tunjuk belang mereka. Tak tunggu lama mereka terus serang DAP. Apakah DAP akan berdiam diri setelah dimalukan oleh Pemuda PAS dibawah pimpinan Nik Abduh.

Team Pilihan DAP iaitu Suhaizan Kaiat gagal dalam pemilihan kali ini. Guan Eng pun tak mahu diam. Jadi mungkinkah Pakatan akan terus berpecah? Difahamakan yang akan rugi nanti adalah PKR.

Andaikata PAS tak mahu lagi dengan Pakatan atau disingkirkan daripada Pakatan oleh DAP, PAS tetap memerintah negeri Kelantan. Dan kemungkinan besar PAS juga dapat menjadi Menteri Besar di Selangor. 

 

Jadi nak takut apa? Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Yang pastu Mat Sabu tengah terkencing-kencing sekarang ini.

K7L : Hidup PASMA! Hahhahaha...

PAS Sedang Dalam Keadaan Terdesak Jika Terus Kongsi Kuasa Dengan DAP?


 

Orang-orang lama PAS kini nampaknya sudha tidak tahan lagi selepas dua penggal mereka melihat PAS dianjingkan sebegitu rupa. Maruah PAS semakin pudar kebetulan ada barisan pemimpin yang tidak sayang pada PAS dan lebih pada motif individu.

Kini usaha untuk hapuskan ketiga-tiga perkara itu amat jelas kelihatan dari mereka yang bersama dengan PasMa. Tapi kita lihat bagaimana satu demi satu pemimpin 'ada nama' tumbang pada muktamar kali ini.

Orang UMNO juga kena ambil pengajaran tentang apa yang dilalui oleh PAS. Mereka berbalah sesama sendiri dan akhirnya PAS lemah dan terus lemah. Untuk bangkit mereka perlu mula semula dari bawah.

Sedangkan dahulu sebelum wujud Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar, PAS terkenal sebagai pembangkang yang bagus dan hebat. Tetapi hari ini kehebatan itu PAS kongsikan dengan DAP dan PKR menjadikan PAS hanya keldai suruhan.

Kita tunggu dan lihat pengundian PAS nanti. Apakah PAS akan terus menyimpan si kitol dalam kepimpinan PAS atau mereka dibersihkan terus.

K7L : PAS orang Melayu.. UMNO pun orang Melayu...

Mat Sabu Duri Dalam Daging PAS? - Perang Sudah Mula!


 

Kekalahan dua Ketua Sayap pilihan PasMa menjadikan Mat Sabu lebih tidak senang duduk. Jika dulu dia menang kerana dua calon Ulama bertembung dan sebelum ini agak bernasib baik apabila YB Mohd Amar tidak dapat sokongan.

Hari ini senario mula berbeza. Tak guna Mat Sabu nak tunjuk baik dengan Hadi. Sebab Hadi dah tahu yang Mat Sabu duri dalam daging PAS. Ramai hali PAS dah tahu dan bersedia untuk gulingkannya.

 

Sebelum ini Mat Sabu dan konco-konconya rasa sangat yakin setelah penubuhan PasMa. Dah bajet plan cun gila untuk kalahkan team Ulama PAS. Tapi mereka lupa akan kuasa akar umbi PAS.

Sekejap sahaja satu demi satu tumpas. Tidak ada yang tertinggal sekiranya calon itu menyokong PasMa dna Mat Sabu. Kali ini akar umbi tak mahu beri muka dan lebih bersetuju untuk tidak terus menjadi keldai DAP seperti yang Mat Sabu impikan.

Apapun kita lihat pertempuran esok. Signal sudah pun diberikan kepada team PasMa dan yang menentang Team Ulama PAS. Dewan Ulama PAS pun dah beri isyarat 'No' kepada hubungan dengan DAP.

Mereka nak kekal dalam Pakatan tetapi tidak ada hubungan dengan DAP. Keliru? Samada PAS mendesak DAP berambus atau PKR-DAP bubarkan Pakatan yang tidak berdaftar. Jadi PAS tidak akan dilabel sebagai pengecut.

Dan mungkin Selangor akan kembali kepada PAS dan UMNO dalam kerajaan campuran sama macma sekarang. Cuma Menteri Besar baru mungkin daripada PAS. PAS sudah mula tunjuk taring sebab tak tahan dipijak lagi?

Apapun sambutlah salam persaudaraan dengan UMNO. Jika tidak, Islam akan terus dijual. Jadilah PAS yang dahulu, menjadi pembangkang yang menstabilkan negara, bukan merosakkan dengan fitnah dan cara kotor.

K7L : Kita tunggu keputusan hari ini pula...

03/06/2015

Zuhdi Tuduh DAP Cuba Singkir Ulama PAS?


 

Nampaknya Dr Zuhdi yang juga akan bertanding mempertahankan kerusi AJK PAS Pusat semakin berani menyatakan pendirian tidak sekufu dengan DAP dan konco-konconya di dalam PAS.

Kini Khalid Samad dan Hanipa Maidin berusaha sedaya upaya untuk memastikan Dr Zuhdi kalah kerana acapkali menganggu plan mereka yang mana telah merancang untuk menjatuhkan Haji Hadi untuk memastikan PAS kekal tunduk kepada DAP.

PAS kini dah jadi sarkis. Sarkis yang mana pemiliknya adalah DAP yang membonekakan beberepa pemimpin mereka. Apakah yang akan terjadi kelak sekiranya PAS berjaya ditawan oleh puak liberal?

Apakah DAP akan terus 'menanam' Hadi untuk pastikan tiada lagi gangguan daripada PAS yang sering mengkritik tindakan DAP dalam Pakatan? Mungkinlah PRU14 menyaksikan kerebahan Pakatan yang dibuat hanya untuk kuasa?

Lim Guan Eng sendiri sudah berani kata tanpa PAS di Selangor pun DAP-PKR tetap boleh memerintah. Jadi PAS sedar tak di tahap mana mereka sebenarnya dipandangan DAP dan PKR?

K7L : Jangan jadi lapik kaki hanya untuk meraih kuasa yang tidak seberapa.. malulah sikit..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk